Friday, July 01, 2011

Pemimpin Melayu Gagal....

salam buat semua...

coretan ini mungkin tidak disenangi oleh segelintir puak namun ianya adalah hakikat yang perlu diterima walau secara lansung atau tidak.

bercakap tentang melayu di bumi malaysia ini, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa melayu adalah kaum yang paling utama dan pemilik bumi ini sebagaimana nama asal malaysia iaitu semenanjung tanah melayu.

itu adalah bukti kukuh bahawa melayu adalah bangsa yang memiliki secebis tanah di atas dunia ini dan berhak sepenuhnya ke atas tanah itu.

di malaysia, melayu berparti atau bersiasah untuk memerintah kerana itu adalah antara syarat kemerdekaan yang dituntut dari pihak british dahulu.

kaum melayu kemudiannya menubuhkan parti dan menamakannya sebagai united malay national organization ataupun umno.
atas platform parti itu melayu mendapat mandat untuk memerintah dan mengetuai kaum cina & india dalam sebuah masyarakat majmuk.
namun atas dasar demokrasi dan kehendak manusia yang pelbagai, maka muncullah parti-parti lain selain dari umno, tidak  kira dari kaum melayu itu sendiri atau cina mahupun india...ini hakikat demokrasi.

sejak 50 tahun lampau parti umno dan gabungannya, yang terbesar iaitu mca & mic yang mewakili kaum cina & india telah memerintah.
segala perbendaharaan negara milik rakyat telah diamanahkan kepada gabungan ini untuk dimanafaatkan agar negara terus maju dan berkembang.
kaum melayu melalui perubahan demi perubahan sejajar dengan perubahan demi perubahan negara.
kaum cina & india juga turut menikmati hasil dari kemajuan negara dari masa ke semasa.
kaum melayu menerusi umno terus mendapat mandat sebagai pemimpin negara dan penentu halatuju negara.

kaum melayu yang sebahagian besarnya bernaung dibawah umno, terus memberikan sokongan kepada parti dengan harapan segala perkara yang melibatkan pembangunan, hal ehwal agama & ekonomi dapat dipertingkatkan serta dimajukan dari masa ke semasa dan dalam keadaan sentiasa berada di hadapan berbanding kaum cina & india.

tahun demi tahun terus berlalu, dasar demi dasar terus dilaksanakan demi memastikan hasarat, tujuan & objektif kaum melayu terjaga dan terus tercapai.

kini, setelah 50 tahun, melayu masih lagi memerlukan tongkat untuk berjalan..tongkat itu bukanlah merujuk kepada 'tak larat'nya berjalan akibat tua atau sakit tetapi merujuk kepada ketidakmampuan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum yang lain.

itu hakikatnya kini.

amanah yang diberi kepada pemimpin kaum melayu ini seolah-olah begitu sukar untuk dipikul walaupun mereka menyedari bahawa melayu adalah pemimpin rakyat negara ini.
apa masalahnya?
masalahnya ialah apabila pemimpin mempunyai banyak kepentingan yang lain selain kepentingan utama iaitu memertabatkan bangsa dari segi kepimpinan, ekonomi dan pegangan agama.

tiada apa yang orang melayu boleh banggakan kerana kini, ekonomi telahpun dikuasai oleh bangsa lain.
50 tahun yang berlalu sangat-sangat dibazir hanya dengan memenuhi kantong diri sendiri serta kroni.
orang melayu masih duduk di tanah-tanah orang lain, di rumah-rumah haram dan yang sedikit mampu, duduk dirumah-rumah pangsa atau flet.

50 tahun penuh dengan kegagalan demi kegagalan.
kemajuan orang melayu bukan boleh diukur dengan ketinggian KLCC.
kemajuan orang kampung bukan boleh diukur dengan  kecanggihan KLIA.
orang melayu terus mundur semundur-mundurnya kerana pemimpin-pemimpinnya sibuk memuaskan kehendak selain dari kaumnya sendiri.

begitulah....

pemimpin melayu masih gagal...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails