Monday, November 21, 2011

Gamitan 1433 hijriah....


salam semua...

kurang 7 hari lagi, kita akan bertemu dengan titik mula tahun 1433 hijriah...
sudah 1433 tahun peristiwa hijrah berlaku...
peristiwa yang memberi impak besar kepada diri Rasulullah, para sahabat, ummat & dunia Islam keseluruhannya...

hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah & para sahabat Baginda adalah satu perintah dari Allah.
hijrah yang dilakukan oleh Baginda & para sahabat merupakan satu titik tolak kebangkitan Islam dan satu mercu tanda akan hubungan hambaNya dengan Pencipta mereka.

hijrah yang dilakukan juga merupakan siri-siri pengorbanan para hambaNya terhadap Pencipta langit, bumi dan seluruh cakrawala...

begitu indahnya peristiwa hijrah jika dilihat dari satu sudut kecintaan antara hamba & Al-Khaliq.

--------------------------------------------------------------

apa sinonimnya peristiwa hijrah dengan perjalanan hidup kita?
apa iktibar yang boleh kita ambil dari peristiwa hijrah tersebut?
apa petunjuk yang boleh kita tamsilkan buat pengajaran hidup kita?
apa ilmu yang boleh kita amalkan buat bekalan dalam perjalanan hidup ini?

banyak persoalan yang ada dalam sedetik berlakunya peristiwa tersebut...

-------------------------------------------------------------

hijrah berkisar tentang perubahan.
hijrah berkisar tentang melakukan sesuatu yang menuntut pengorbanan diri serta segalanya...yang meliputi pemikiran, perasaan, semangat serta fizikal.
hijrah merupakan satu titik tolak perubahan diri serta persekitaran yang ada.
hijrah merupakan satu tanda pentaubatan serta kesyukuran atas kurniaan nikmat, taufiq serta hidayahNya..

-------------------------------------------------------------

jika kita sudah hidup selama 30 tahun... bermakna, sudah 30 kali kita melalui titik peringatan hijrah ini.
jika kita sudah hidup selama 40 tahun... bermana, sudah 40 kali kita melalui titik tanda akan perlunya hijrah dilakukan kepada diri & persekitaran kita...

sudahkah kita berhijrah?
sudahkah kita berubah?

dengan sebenar-benar hijrah hanya kerana Allah Taala...?
atau hijrah kita kerana selain dari Allah... sebagaimana hijrahnya seorang sahabat Nabi kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya...

---------------------------------------------------------------------

moga kita memahami hijrah sebenar-benarnya.... :-)

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails