Thursday, November 24, 2011

Melonjak Lebih Jauh!


salam semua,

saban hari kita bercerita atau berbincang atau memikirkan atau merancang untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih hebat dari sekarang.

berbagai-bagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam merangka perancangan demi perancangan yang melibatkan perubahan demi perubahan terhadap diri serta elemen-elemen yang akan menjadi ajen kepada pembaikan diri.

kita tahu, 3 perkara penting dalam memastikan diri kita berada dalam keadaan 'kompetetif' atau berdayasaing; iaitu sikap, kemahiran & pengetahuan (attitude, skills & knowledge).

berfikir berhari-hari lamanya atau berminggu-minggu lamanya atau berbulan-bulan lamanya atau bertahun-tahun lamanya tidak akan memberikan sebarang kesan, kerana kita masih dalam keadaan 'stand still' atau tiada sebarang pengemblingan mental, emosional, spiritual & fizikal secara bersepadu.

perlu diingat - sebarang perubahan yang mahu diambil ke atas diri agar menjadi lebih baik adalah melibatkan 'gerak kerja' yang berterusan oleh 4 elemen diri di atas tadi.

---------------------------------------------------------------------------------------

jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu berjaya dengan berpeluk tubuh?
jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu jalan pintas dalam mengecap kejayaan?
jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu jalan mudah tanpa sebarang pengorbanan untuk jadi hebat?

di mana kita? ke mana arah tuju hidup kita? apa yang kita mahukan dari kehidupan ini? apa yang telah kita lakukan untuk berjaya? apa bentuk pengorbanan yang telah kita buat untuk meletakkan diri kita sentiasa berdaya maju?

-----------------------------------------------------------------------------------------

kemalasan berfikir akan membenakkan minda kita...
keegoan diri yang meninggi dan rasa bagus yang melampau akan mengundah gulanakan emosi kita...
kemalasan maksima akan membekukan semangat kita...
kepasifan anggota fizikal kita akan merantai pergerakkan kita...

-----------------------------------------------------------------------------------------

apakah patut kita mahu jadi bagus tetapi malas segalanya?
apakah patut kita mahu jadi hebat tetapi tiada sebarang kemahiran diri?
apakah patut kita mahu berjasa tetapi miskin pengetahuan?

-----------------------------------------------------------------------------------------

melonjak diri lebih jauh perlukan keberanian!
melonjak diri lebih jauh perlukan keyakinan!
melonjak diri lebih jauh perlukan usaha yang berterusan!
melonjak diri lebih jauh perlukan semangat yang tinggi!


mari kita melonjak lebih jauh & lebih tinggi...
dan semoga lonjakkan itu sebagai satu tanda pentaubatan kita kepada Allah dan rasa syukur dijadikan sebagai hambaNya untuk memakmurkan bumi & alam semesta ini!

wasalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails