Tuesday, November 01, 2011

Mati Tapi Beri Manafaat...


salam semua,

tiada siapa antara kita yang mengetahui bilakah nyawa kita akan dicabut.
tiada siapa antara kita yang boleh melewatkan sakratul maut dan mempercepatkan sakratul maut.
semuanya di tangan Allah Azza Wajalla.

kematian adalah satu nikmat serta rahmat dari Allah.
kematian boleh menginsafkan semua orang disekeliling.
tidak kiralah kadar keinsafan itu pada takat mana, ia tetap menginsafkan.

adakah kita bersedia untuk mati?
mungkin rata-rata di antara kita memang mahu mengelak untuk membicarakan kisah kematian kerana ramai yang 'kalau boleh' mahu mengelak kematian.

kullin nafsin za iqotil maut... setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

maka kematian adalah satu kepastian.
yang tidak pastinya ialah kemana kita selepas mati? ke syurga atau ke neraka...
semuanya bergantung kepada rahmat Allah.

amalan yang kita lakukan adalah mandatori sebagai hamba yang bertuhan.
untuk menggunakan amalan kita sebagai koleteral untuk ke syurga, kita tidak mampu melakukannya apatahlagi kita mengetahui setiap kudrat, iradat, ilmu, hayyat, samaq, basar & kalam ini adalah kurniaan Allah Robbul Jaleel.

maka janganlah kita mendabik dada dengan amalan yang dilakukan.
tunduk serta tawadduklah dalam beramal serta istiqomah dengan ikhlas dengan mengharap keredhoan Ilahi dalam melaksanakan amal ibadah hanya kepadaNya.

--------------------------------------------------------------------

persoalannya.... adakah mati kita nanti dapat memberi menafaat kepada yang lain?
mati yang bagaimana boleh memberi menafaat kepada orang lain?

ianya persoalan diri.
jika kita melaksanakan segala amal kehidupan ini hanya kerana Allah dengan gerakkerja memakmurkan ummah, maka insyaallah..mati kita nanti akan dapat memberi menafaat kepada ramai ummah.
jika kita melaksanakan segala ibadah amal kehidupan ini hanya kerana Allah dengan gerakkerja hanya disekitar diri & keluarga... mati kita nanti insyaallah juga dapat memberi menafaat kepada orang-orang yang terhampir dalam konteks memberi sedikit keinsafan dan kesedaran.

--------------------------------------------------------------------

pokoknya mudah, sentiasalah bekerja untuk Allah, hanya kerana Allah dan gerakkerja itu memberi menafaat kepada ummah.
sedekah jariah, ilmu dan anak yang soleh adalah 3 perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w yang dapat 'membantu' seseorang itu selepas ianya mati.
sedekah yang memberi menafaat, sedekah yang ikhlas utk melihat ummah berkembang maju (bukannya sedekah utk dilihat dan dipuji puji).
ilmu yang diajar kepada ummah dan ianya memberi menafaat dan berantai hingga ramai mengamalkannya.
serta anak yang soleh, yang dapat meneruskan 'legasi' bekerja kerana Allah & untuk Allah... anak yang meneruskan titisan 'dna' bapa yang 'serve others'..

----------------------------------------------------------------------

begitulah kisah kematian yang kita takuti tetapi sebenarnya ianya adalah satu Rahmat buat kita dan semua hambaNya yang mengetahui.

wasalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails