Thursday, November 03, 2011

Qurban Al-Qubro....


qurban al-qubro.....pengorbanan terbesar.

di sepanjang perjalanan hidup kita, apakah pengorbanan paling besar yang telah kita lakukan?
bentuk pengorbanan apakah yang telah kita jalani sehingga ianya memberi kesan paling dalam pada diri kita?

ada orang berkorban wang ringgit...
ada orang berkorban tenaga keringat...
ada orang berkorban hati & perasaan...
ada orang berkorban kuasa & jawatan...
ada orang berkorban ilmu & kefahaman...

berapa ramai yang sanggup berkorban seluruh jiwa & raga?
berapa ramai yang sanggup berkorban segala-galanya?

mungkin ramai antara kita yang sanggup berkorban segala-galanya untuk mendapatkan sesuatu...

sehingga ramai yang 'terperangkap' mengorbankan jiwa & raga kepada nafsu serta syaitan & iblis.
tatkala kita 'terperangkap' menjadi tawanan nafsu serta syaitan & iblis....di saat itulah kita menuju kehancuran.

----------------------------------------------------------------------

berkorbanlah kerana Allah s.w.t

kerana sekiranya pengorbanan yang kita lakukan itu adalah selain dari kerana Allah s.w.t, maka ianya adalah pengorbanan nafsu nafsi....pengorbanan yang hanya mahu memuaskan kehendak diri.

pengorbanan adalah 'amali' di atas setiap ujian yang kita lalui.
pengorbanan adalah 'kertas final exam' yang perlu kita duduki dan penentu tahapan diri kita.

setiap ujian dalam kehidupan mendambakan pengorbanan.
tiada ujian yang tidak hadirnya pengorbanan.

jika kita masih memikirkan tentang setiap pengorbanan yang kita lakukan, maka kita masih belum menyempurnakan hakikat pengorbanan diri.

--------------------------------------------------------------

siapalah kita di sisi Allah s.w.t....
apakah perkara pada diri atau sekitar yang menjadi milik kita?
semuanya milik Allah s.w.t....

hakikat pengorbanan ialah keupayaan memisahkan diri dari segala-galanya termasuk diri sendiri dan hanya kepada Allah lah tempat kita bergantung harap & memohon pertolongan...

--------------------------------------------------------------

hanya Rahmat Allah yang berupaya mengangkat korban @ qurban yang kita lakukan...

maka adalah sedih jika kita sering menadah tangan mengangkat doa agar dicucuri rahmat sedangkan dalam masa yang sama, kita masih bernafsu-nafsi atau mengikut kehendak diri dalam melaksanakan pengorbanan..

wasalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails