Friday, February 09, 2007

Buang Bayi..... Apa Ceriter?



salam semua...

'lately' ni, bila kita jengok ke dalam masyarakat, kita disuapkan oleh cerita-cerita perhal buang bayi.... bayi dibuang begitu sahaja, di tong sampah, tandas, ditepi jalan dsbnya....

apa nak jadi?.... apa nak jadi jadilah....

itu adalah hakikat kehidupan di negara membangun, negara yang menuju ke arah negara maju 2020 nanti.

tapi pasal apa jadi kes begini?... kerana mereka 'lupa' beli pil RM3 utk gugurkan kandungan kut? atau lupa pakai 'kondom' atau tak mampu pergi 'injection' perancang keluarga?....

semua teknik-teknik utk 'tidak mengandung' apabila melakukan 'zina' sudah berlambak di pasaran.... tidak susah...tak payah ajar, semua dah tahu.... itu adalah hasil sebuah negara maju..... apa yg ada di Amerika, ada di sini... hidup tanpa ikatan, berzina tanpa takut tuhan sudah biasa... bukan duduk sehari dua....dan bertahun bersekedudukan.... dah biasa dah.... kalau marah....lagi dibuat....

begitulah hakikat kehidupan kini.....

so aper ubatnya?....

ubatnya.....kefahaman tentang diri, Pencipta dan kehidupan...
ubatnya.....keyakinan akan apa yg difahami....
ubatnya.....pengisian diri...
ubatnya.....kekuatan minda...
ubatnya.....sikap yang betul...
ubatnya.....diri sendiri....

nak jadi jahanam pun kita....
nak jadi hebat pun kita....

nanti saya cerita pasal generasi..... dari generasi pejuang kemerdekaan, generasi yuppies, generasi X, dan genarasi 'lost world'....

sebab generasi sekarang ini (yang membuang anak ini) adalah hasil dari perkahwinan generasi yuppies...(yuppies = young urban executives = mereka yg berumur 40 - 50 tahun sekarang ni)

regards & wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails