Thursday, February 22, 2007

Bunuh anak kerana poligami???

salam....

dalam kesibukan saya ingin menyelit sebuah kisah tentang betapa seorang ibu yang sanggup menjerut anak beliau kerana tidak boleh menerima hakikat poligami...

poligami memang perit....(kalau dilihat dari sudut perit)...
poligami memang tension...(kalau dilihat dari sudut tension)...

namun poligami tidak menghalalkan pembunuhan....
namun poligami diizinkan oleh Pencipta... sebab diizin?...hanya Allah yang akan memberitahu kita semua alasannya...setelah 'puas' kita memecah otak mencari dimana 'adil'nya poligami...

saya hanya nak 'chip-in' kes pembunuhan itu.... bukan kes poligami...

perlu kita ingat...disepanjang perjalanan hidup ini... kita akan menemui titik-titik hasutan nafsu agar kita menjadi 'binatang buas'....

timbangan iman akan membataskan perbuatan 'jahiliyah' itu...

sudah hilang akalkah kita?....

menjeritlah sepuas-puasnya jika suami berpoligami...
balinglah pinggan mangkuk sebanyak mungkin jika suami kahwin lari...

tetapi....jgnlah dibunuh insan yang suci dan masih perlukan corakkan ibubapa...

di sinilah perbezaanya antara iman, ilmu dan pengetahuan....apatahlagi tentang pemahaman akan kehidupan serta hakikatnya....

berbalik kepada soalan kepada diri....siapa kita?...apa amanah yang kita pikul?...

tepuk dada...tanya iman...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails