Wednesday, February 28, 2007

Remaja Perempuan lakukan seks...???

salam semua...

mengambil tajuk akhbar utusan malaysia semalam "Semua remaja perempuan bermasalah pernah lakukan seks"....

dari kajian yang dilakukan dan laporan oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail...

beliau berkata "Sungguh menyedihkan dan mengejutkan daripada kesemua responden yang ditemu bual hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks"...

mereka-mereka ini berumur antara 15 dan 16 tahun... dan latarbelakang mereka ialah berasal dari keluarga yang bermasalah; masalah psikologi, bercerai, masalah kewangan dan kebanyakkannya tinggal di rumah kos rendah....

kata Dr. Khaidzir lagi, selain terbabit dengan hubungan seks, mereka juga terlibat dengan dadah (98%), bahan lucah (97.3%), berjudi (96.8%), vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%)...

ini adalah satu petanda generasi kini mengalami masalah sosial yang kritikal....


"komen saya....ini adalah 'hasil' dari ketidak seimbangan negara dalam mengejar kemajuan dan mengenepikan kekuatan dalaman... dan perlu diingat, kekuatan dalaman itu adalah kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan serta diri sendiri"...

saya ada cakap dlm posting yg lalu...generasi 'rosak' ini adalah zuriat generasi yuppies (iaitu generasi lepas merdeka yang berumur antara 40 - 50 tahun sekarang ini....)

cuba kita susuri perjalanan generasi yuppies ini..... kita akan dapati, golongan ini melebihkan 'material' dari segala-galanya....

nanti kita cerita lagi....

2 comments:

nahmy said...

salam bro...

memang 'pilu kudus' dengan kisah sebegini....lebih2 lagi mengenangkan mereka ini kebanyakkan anak bangsa berugama islam (atau dah hanya tinggal nama saja islam...). mungkin juga inilah 'harga' kemajuan yg terpaksa di bayar....wallahualam

Sifu Mirza said...

ya ya bro..

gitulah gamaknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails