Tuesday, February 27, 2007

U.S vs IRAN




salam semua...

sebelum keluar rumah tadi saya sempat menjengok Al-Jazeera....
mengambil ruang utk mendapatkan berita perihal 'ketegangan' yang berlaku di Teluk Arab....

cerita yang diwar-war sekarang ialah, Amerika yang dipimpin oleh 'King' Bush 'The Lion' ingin menyerang negara Islam Iran pimpinan 'Sultan' Ahmadinejad 'Al-Ayyubi'...

menurut berita Al-Jazeera, rata-rata penduduk Amerika menentang tindakan yang mahu diambil oleh Bush....dan mereka rata-rata berpendapat IRAN bukanlah seperti IRAQ...

dan saiz IRAN adalah 3 kali lebih besar dari IRAQ....

kemungkinan untuk 'hangus' di IRAN amatlah besar...

apapun menurut berita tersebut, banyak negara masih percaya akan rundingan berbanding kepercayaan Bush iaitu menyerang IRAN...

Bush kini dilihat 'menjolok-jolok' IRAN agar memulakan peperangan.... dan IRAN yang mempunyai tentera seramai 1 juta orang tidak sedikit pun gentar dengan ancaman Bush...

teringat saya tentang Salahudin Al-Ayubbi...kehebatan beliau itu sangatlah 'dahsyat'... kerana 'teknologi' yang beliau miliki ketika itu... berjaya menandingi kehebatan tentera salib....

IRAN ada nuklear...semua tahu....
US ada nuklear semua tahu....

IRAN islam...
US salib...

maka di atas dasar mengucap dua kalimah syahadah...tidak kiralah IRAN itu syiah atau sunni.... mereka juga berhak mempertahankan kepercayaan dan keyakinan mereka kepada Allah.... dan adalah rukun buat mereka mempertahankan 'wattan' iaitu tanah air mereka...

kita?.... masih sibuk dengan 'mat rempit'....'bohsia'...'bohjan'....' program realiti'....'poligami'.....dan terus hanyut.....

nanti kena tanya kat akhirat....apa mau jawab?....
soalan mudah ajer yg ditanya....'kat dunia dulu, sebahagian besar umur yang AKU berikan kamu peruntukkan untuk apa?

mmmmm......aaaaaaa.........uuuuhhhhh.......berpeluh....memang berpeluh...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails