Thursday, April 05, 2007

Ahmadinejad 'score point' ; Blair terus angkuh....



salam....

saya berpeluang mengikuti berita Al-Jazera sebentar tadi (12.35am) dan 'terpaku' apabila berpeluang menyaksikan berita berkenaan 'hadiah' Iran kepada Britain iaitu pelepasan kesemua 15 anggota marin yang 'menceroboh' perairan Iran.

dalam satu majlis keraian di mana 3 tentera laut Iran menerima pingat di atas kejayaan 'menangkap' penceroboh itu....ucapan Presiden Iran, di penghujungnya membuatkan ramai hadirin terpaku....

Ahmadinejad antaranya berkata 'Pembebasan ini adalah satu hadiah buat Britain dan ianya adalah sejajar dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w....'

beliau di lihat bersalaman dengan semua marin British itu dan peristiwa itu di saksikan lebih 50 wartawan dan jurugambar....

saya hanya boleh katakan: bijak sungguh Presiden Ahmadinejad ini...dalam ketegangan situasi di Asia Barat terutamanya kes nuklear, beliau memberikan tamparan kepada pihak Barat dengan cara yang cukup berkesan...iaitu membalas tindakan 'ganas' barat dengan 'fatonah' Islam....

sedang barat sibuk hendak menyerang Iran....(nampak macam pengganas).... Iran pula menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan....

dan sudah tentu Presiden Ahmadinejad 'score point' di kalangan rakyat negara barat berbanding Presiden (US) dan Perdana Menteri (Britain) mereka yang terusan berfikiran 'pengganas' iaitu menyerang & terus menyerang negara Islam...

---------------------------------------



saya turut berpeluang melihat Blair memberikan ucapannya, (setelah 20 minit jurugambar & wartawan menunggu beliau dan penasihat2nya menyediakan 'speech')...

tiada terima kasih kepada kerajaan Iran...
terima kasih hanya kepada kuncu barat & UN...
dan memberitahu rakyat iran bahawa Britain tidak berprasangka terhadap rakyat Iran..(nampak macam pasrah nak 'cucuk' rakyat Iran agar salahkan Ahmadinejad)
tiada lansung keluar nama Ahmadinejad...

dan sungguh angkuh serta tidak menghormati Negara Islam Iran....

begitulah kita....(islam)...terus diperkotak-katikkan.....

sampai bila?......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails