salam jumaat buat semua
saban hari kita sering melakukan kesilapan, kemungkaran dan kemunafikan...secara sedar ataupun tidak sedar....
pelakuan kita itu sedikit sebanyak akan mengakibatkan 'bencana' ke atas diri kita...
kesinambungan peristiwa 'kemusnahan' ini Allah tunjukkan kepada 'bencana' yang berlaku di atas muka bumi ini...
keruntuhan bukit bukau yang diselengara secara salah...
keruntuhan bangunan yang dibina atas dasar 'rasuah'...
keruntuhan moral dan akhlak umat manusia samada orang biasa atau berpangkat...
keruntuhan institusi kekeluargaan yang dibina atas dasar cinta pada mulanya....
keruntuhan institusi organisasi atas dasar tiada kasih sayang di dalamnya dan penuh dengan hasad dengki...
dan banyak lagi contoh yang kita ketahui setiap hari....
perkara-perkara ini berlaku atas dasar manusia yang sering alpa dari melakukan muhasabah pada setiap detik dan ketika....
manusia terus-terusan bergelumang dengan nafsi-nafsi yang meruntun diri tanpa henti....
manusia terus lalai dan leka dari terus menimba ilmu....
manusia terus rasa 'dah cukup' dan berbangga atas pencapaian 'sementara' yang tidak sebesar mana...
manusia terus berbangga dengan 'material'....
terlalu sedikit yang melakukan muhasabah diri dan bergerak kehadapan untuk memajukan diri sendiri...
manusia juga lupa bahawa diri itu terkandung 'beberapa diri' lagi....
melalui 'ilmu mat saleh' kita di dedahkan dengan diri dalaman dan luaran sahaja atau 'physical & spiritual'....benar tapi kurang kemas...
diri kita terdiri dari beberapa diri lagi.....
antaranya diri sebenar diri....atau roh kecil
nyawa atau roh besar....
diri yang tersendiri atau nafsu....
dan diri luaran yakni diri fizikal....
dan ianya menpunyai pecahan-pecahan lagi....
mengenali diri-diri tersebut akan memungkinkan kita meneruskan kehidupan dengan baik malah cemerlang...
dalam melakukan kerja-kerja membersihkan diri ini.... perlulah diingat, kerja-kerja tersebut haruslah dilakukan dengan penuh istiqomah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam....
kerja pembersihan itu mestilah dilakukan dengan penuh kesungguhan...
kerja pembersihan itu mestilah dilakukan dengan cara yang betul....
yang penting kerja itu perlulah dilakukan dengan penuh keikhlasan...
pastinya kerja-kerja pembersihan itu perlulah mendapat tunjukajar dari yang arif iaitu guru-guru yang pakar, faham dan yakin akan segala teknik-teknik tersebut....yang telah melalui perjalanan itu serta bertanggungjawab penuh di atas pengajarannya.....
bukan guru-guru yang hanya bermain madah dan teka teki lalu meningggalkan kita dalam pertanyaan yang tak sudah...
perlu juga diingat, kerja-kerja pembersihan ini hendaklah meliputi pembersihan dalaman dahulu dan pembersihan luaran selepasnya....
selepas benar-benar bersih..kita akan dapat menyaksikan pergerakan 'aura' yang mantap di sekeliling tubuh seseorang itu...
saya ingin berkongsi foto aura di bawah.....
lihat perubahan aura diri seseorang itu.....
perubahan itu berlaku atas 4 elemen: mental, emosional, spiritual & fizikal....
kalau diri dah bersih..cantiklah auranya...
kalau masih kotor dan kalut....maka merah atau kehitaman auranya..
nanti saya akan terangkan 'bacaan'nya.....
No comments:
Post a Comment