Thursday, April 19, 2007

The Great King Salahudin @ Saladin Al-Ayubi....

salam....

Salahudin Al-Ayubi adalah seorang Raja dan Panglima Perang Islam yang berjaya menawan Kota Palestine dalam peperangan salib....

Betapa kehebatan Baginda tiada tolok bandingannya sehingga kini....

apa hebatnya?....

antaranya;

1) Baginda memberhentikan peperangan ketika ketua pihak musuh (King Richard) jatuh sakit.
2) Baginda menghantar 'tabib' Baginda yang terbaik untuk mengubati King Richard.
3) Baginda hanya meningggalkan 1 dinar 47 dirham sewaktu Baginda meninggal dunia dan jumlah itu tidak mencukupi untuk membeli kain kafan Baginda.
4) Banyak lagi....

susurilah perjalanan seorang Raja yang hebat lagi Sufi ini dalam proses kita menyucikan diri dan mencari diri yang hilang....

saya titipkan beberapa kisah baginda di sini....

saya juga teringat sedutan filem Kingdom Of Heaven di mana Baginda di tanya oleh ketua kafir tentang apa kepentingannya Palestine bagi Baginda?... jawapan pertama Baginda ialah...'tiada apa-apa....'..... dan jawapan kedua apabila kelihatan ketua kafir itu tidak berpuashati dengan jawapan pertamanya....Baginda mengatakan...Palestine adalah segala-galanya...(di mana Baginda merujuk betapa perjuangan memenangi Perang Salib itu sebenarnya cukup bererti buat Umat Islam dari segi mempertahankan kesucian kota tersebut dan memberi motivasi dan tenaga tahap tinggi untuk mereka di masa hadapan)....

malangnya, kini umat Islam terus diperkotak-katikkan....

dan kemenangan Sultan Salahudin Al-Ayubi @ Saladin itu adalah merupakan kemenangan 'terakhir' buat umat Islam...dari segi fizikal, spiritual, mental dan emosional....

begitulah.....dan kini umat Islam ternanti-nantikan bilakah akan munculnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan Umat Islam yang terkontang-kanting....

soalan saya.... apabila munculnya Imam Mahdi....siapakah yang mengenali beliau dan seterusnya meng'ia'kan beliau????

sama-samalah kita nantikan.....

nanti sahaja?.....dengan tak buat apa-apa?..... jangan..jangan.... Allah sedang memerhati kita....

jom hayati 'trailer' filem Saladin (filem animasi yang dibuat di Malaysia dengan kepakaran tempatan....made in malaysia for the world...)



yang ini adalah clip-clip Sultan Salahudin Al Ayubi (juga termasuk aktor yang melakonkan watak Baginda dalam Kingdom Of Heaven...)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails