Monday, September 24, 2007
Menyusuri 10 hari kedua Ramadhan....
salam semua...
Alhamdulillah... kita sudahpun memasuki 10 hari kedua dalam bulan yang penuh dengan keberkatan..Ramadhan Al Mubaraq...
Alhamdulillah... kita dengan izinNya telah berjaya mengharungi ujian 10 hari pertama dengan pelbagai perkara yang ada antaranya begitu menyentap dayaupaya mental, turun naik emosi, getaran spiritual serta renjatan fizikal...
Alhamdulilah... berkat kesabaran diri yang tinggi, insya Allah...saya yakin kita semua akan memperoleh rahmat serta pengampunan dari Al Khaliq...
namun seorang manusia muslim yang ingin berubah menjadi mukmin, sudah tentu tidak pernah lari dari menerima ujian demi ujian yang terkadang begitu mengheret diri luaran yang selama 11 bulan yang lalu begitu meruntun segala kehendak nafsu amat mencabar diri...
perkara menurut nafsu adalah perkara pokok sebenarnya... kerana turutan nafsu itu adalah sempadan di antara garis hitam dan putih...
nafsu jugalah yang sering mengheret diri ini untuk menurut garis hitam sedangkan ada garis putih bersebelahan yang begitu lurus kehadapan...
Rasulullah pernah berpesan, jihad yang sebenar ialah jihad memerangi hawa nafsu... dan Baginda juga pernah berkali-kali menyatakan kerisauan perihal umat Baginda di akhir zaman yang amat keliru dengan kehidupan, yang keliru dengan garis hitam dan putih sehingga Baginda mengungkapkan bahawa, di akhir zaman nanti umatku akan berada dalam keadaan fitnah umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap...
begitulah sekali keadaan kita di masa ini....
terkadang, kebenaran itu nyata berada di hadapan kita namun atas beberapa perkara kita menjadi keliru dan terus terjebak ke dalam suasana fitnah... ini berlaku hanya kerana manusia itu sering menidakkan gerak hati serta kata iman dan terlalu banyak menggunakan akal fikiran yang amat terhad....
contoh paling menyedihkan ialah peristiwa Adik Nurin... belum kering air mata, masih merah lagi tanah kubur.... kini ibubapa Nurin pula dipersalahkan... mengapa ini boleh berlaku?... sudah tiadakah lagi pertimbangan dalam diri manusia?... manusia perlu ingat bahawa mereka tidak berkuasa selama-lamanya... manusia juga perlu ingat akan amanah serta tanggungjawab sebenarnya di muka bumi ini....
apa yang berlalu itu biarkanlah berlalu...
ibubapa Nurin pasti sudah insaf dengan kecuaian mereka namun mereka memandang kehadapan dengan harapan apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat kita semua...
cukuplah dengan hukuman Allah terhadap mereka kerana kelalaian itu... insya Allah taubat serta keinsafan yang dipanjatkan akan diberkati serta diterima Allah...
manusia yang tinggal in usahlah cuba untuk menjadi tuhan pula... menuding jari mencari siapa yang patut dipersalahkan....
kita perlu akur betapa sistem maklumat yang menjurus kepada mengenalpasti penjenayah masih lagi terkebelakangan... walaupun kita dapat memperoleh DNA penjenayah, namun tiada 'database' untuk kita 'trace' siapa empunya DNA tersebut...
so?... terimalah hakikat dan usahlah menuding jari... seolah-olah ada di antara kita yang tidak pernah salah dan berat sangat mulut memohon atau menerima kekurangan diri atau sistem yang ada...
manusia yang beriman sudah pasti akan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat peristiwa yang berlaku... apa hikmahnya, apa pengajarannya.... sesungguhnya jika kita benar-benar beriman, kita akan meletakkan banyak pengajaran kepada kiri kita dan sebagai seorang yang beriman sudah tentu kita akan mengorak langkah memperbetulkan mana-mana ruang yang lemah...
begitulah....
10 Ramadhan kedua ini... sama-samalah kita perbanyakkan taubat kita kepada Allah... moga-moga setiap pergerakan kita selepas ini lebih mantap dan padu... moga-moga akal kita 'hidup' kembali untuk berfikir secara lebih sihat... dan boleh membuat pertimbangan agar tidak berharap kepada manusia semata-mata.... kerana perlu diingat, segala harapan hanyalah kepada Allah S.W.T...
wasalam
Thursday, September 20, 2007
Adik Nurin...
salam buat semua...
saya diberitahu oleh rakan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai (sila lihat posting di bawah) adalah mayat adik Nurin... ianya telah disahkan oleh polis...
sila klik sini untuk info lanjut...
bapanya tidak dapat menerima kenyataan tersebut...
ibunya pasrah....
dan kita semua termanggu....
apapun Al-Fatihah...

Manusia semakin 'Gila'!....
salam semua...
lagi kes penderaan terhadap kanak-kanak dihidangkan kepada kita...
mangsa; kanak-kanak perempuan berumur antara 8 - 10 tahun dijumpai mati dengan keadaan berbogel, terdapat kesan jerutan dan kemaluannya pula disumbat dengan buah timun serta terung...
adus... apakah semua ini?...
peristiwa ini berlaku di negara yang kita cintai, Malaysia....
negara kita setakat ini, Alhamdulillah belum lagi mengalami sebarang mala petaka yang dahsyat seperti bencana yang melibatkan gempa bumi, gunung berapi, taufan dsbnya....
namun kisah-kisah yang terpapar sejak kebelakangan ini juga boleh ditafsirkan sebagai bencana dan malapetaka yang memberi seribu satu hikmah kepada rakyat dan negara...
kita mengalami bencana kerakusan manusia yang terlibat dengan gejala rasuah secara terang-terangan...
kita mengalami bencana kerakusan manusia yang berebut kuasa di sana-sini hingga berbunuhan...
kita mengalami bencana kerakusan manusia mencolek, merogol & merompak malah sanggup membunuh di sana-sini..
kita mengalami bencana keserakahan nafsu manusia dengan skandal seks nya tidak kira di pejabat, di rumah yang sendat, di mana-mana...
kita mengalami bencana ketaksuban manusia dengan ajaran sesatnya dan imam Mahdi ciptaan mereka...
kita mengalami bencana kenaikan harga ayam serta barangan dan perkhidmatan yang lain yang datang tanpa diduga...
kita mengalami bencana boleh apabila diperkotak-katekkan sewenang-wenangnya oleh sesapa di tanah kita sendiri...
kita mengalami bencana apabila hutan-hutan terus togel kehilangan pokok-pokok terutama pokok balak tanpa kelulusan...
kita mengalami bencana apabila ramai wanita melayu islam rupanya menjadi peratusan terbesar peminjam yang meminjam dari Ah Long...
kita mengalami bencana apabila lesen pasar ramadhan di 'sub-let' sehingga berlapis-lapis...
kita mengalami bencana apabila kita sudah tidak lagi boleh menggunakan akal kita untuk menimbang kehidupan...
kita mengalami bencana apabila kata hati atau gerak rasa terus diendah pedulikan...
begitulah kita dewasa ini.... semakin maju negara kita, maka semakin canggih atau kompleks kehidupan yang kita harus tempuh...
dan manusia itu; apa yang nyata...jika tidak memahami kehendak Tuhan mereka maka tunggulah bencana demi bencana yang akan mengunjung tiba... hanya masa yang menentukannya...
wasalam
Wednesday, September 19, 2007
Di Mana Adik Nurin???
salam semua...
soalan.... di manakah adik Nurin sekarang?
ianya menjadi misteri dan terus menjadi misteri sehingga ke hari ini...
apa yang pasti, semua pihak samada secara lansung ataupun tidak, sedang berusaha untuk menjejaki adik Nurin... dan saya terbaca dalam blog yang dikhususkan utk adik Nurin bahawa ada yang mengatakan beliau telah 'diambil' oleh makhluk halus (bunian)... link ke sana
apapun, kita semua mendoakan agar adik Nurin selamat 'kembali' kepangkuan keluarganya.... Insya Allah...
wasalam
Bila Petronas 'menjerit'...
salam semua....
dua hari lepas, saya 'terbaca' berita tentang betapa syarikat minyak negara kita Petronas 'menjerit' meminta agar harga gas dikaji semula untuk kenaikan.
jika kenaikan ini diluluskan maka, bahang kenaikan berbagai-bagai barangan serta perkhidmatan akan turut melonjak naik.
permintaan kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak sedunia yang bermain sekitar USD80 se tong... dan oleh kerana beban yang ditanggung itu maka Petronas tidak sanggup untuk menanggung beban subsidi sebanyak RM50 billion di sepanjang 10 tahun yang lepas...
dalam masa yang sama, beberapa bulan yang lepas Petronas ada mengumumkan keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak untuk beberapa tahun yang lepas sebanyak RM30 billion...
saya pun jadi hairan... kalau ikut sifir mudah... sebuah syarikat minyak (teroka, gali & jual) sudah tentu terbabit dalam mengaut keuntungan dalam setiap kenaikan harga di pasaran... sementelah lagi minyak yang kita hasilkan ialah yang bermutu tinggi.. dan menyumbang kepada peratusan yang tinggi kepada hasil negara, maka wajibnya sudah tentu tiada masalah untuk meneruskan subsidi kepada rakyat tercinta..
entahlah.... tetapi TPM Dato Seri Mohd Najib tegas dalam mempertahankan bahawa kerajaan tetap pada janji untuk tidak menaikkan harga minyak pada tahun ini... (tahun ini tinggal 3 bulan sahaja dan 1 januari 2008 adalah tahun baru....)
tergiang-giang dalam telingan saya bagaimana Nabi Allah Yusuf memberi nasihat kepada Raja Mesir dalam 'belanjawan negara' di mana ada perbelanjaan, ada simpanan dan ada kecemasan...
teringat juga saya bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz begitu berhemat dalam mengurus perbendaharaan negara hatta minyak serta pelita juga termasuk dalam ke 'amanah' an sikap Baginda...
saya juga risau bagaimana begitu 'berjuta-juta' hasil cukai dibelanjakan untuk membayar pampasan bagi projek di Broga, Jambatan Bengkok dll juga kecuaian pegawai-pegawai dalam menguruskan dana negara....
entahlah... apa yang saya lihat sekarang... gejala rasuah semakin menjadi-jadi dan paling menyedihkan serta mengerikan ialah ianya dilakukan secara terang-terangan....
wasalam
Thursday, September 13, 2007
Tahniah & Syabas buat Warga Perodua...
salam semua...
'semalam & balik semalam' (11 & 12 sept '07) saya berada di ibu pejabat perodua, sg. choh, rawang bersama warga-warga terpilihnya yang hebat-hebat untuk satu program latihan.
saya melihat potensi untuk pergi 'jauh' ada pada diri mereka cuma kesedaran diri perlu dipertingkatkan dengan terus melakukan muhasabah, checklist dsbnya...
remember always ask ourself 'what is next?...'
dan antara perangkap yang paling merbahaya ialah apabila kita dah 'merasakan diri kita bagus & takda silap....'/ the dangerous trap is when we 'think' that we are good enough and perfect... and we make no mistakes...'
anyway....
syabas & tahniah buat mereka...
Monday, September 10, 2007
Laporan Juruaudit Negara membimbangkan....
salam...
dalam 'keriangan' rakyat menerima pengumuman belanjawan 2008...saya tersentak dengan lapuran Ketua Audit Negara tentang betapa 'pembaziran' yang melampaui batas berlaku di beberapa kementerian...
di antaranya ialah senarai barangan yang di beli untuk diguna-pakai oleh Institut Kemahiran Belia...
RM224 untuk satu set 'screw driver' yang harga runcitnya ialah RM40
RM10,700 untuk satu set buku teknikal yang harga pasarannya ialah RM417
RM5,741 untuk satu unit 'jack kenderaan' yang harga pasarannya ialah RM50
RM8,254 untuk satu unit kamera digital kodak yang harga pasarannya ialah RM2,290
RM42.80 untuk satu set bunga plastik yang harga pasarannya ialah RM5.20
(cuba kita buat kiraan mudah, setiap item tersebut dibeli sebanyak 100 set, kita kira kerugian rakyat yang membayar cukai:
screw driver - (RM224 - RM40) RM184 x 100 = RM18,400
buku teknikal - (RM10,700 - RM417) RM10,283 x 100 = RM1,028,300
jack kereta - (RM5,741 - RM50) RM5,691 x 100 = RM569,100
kemera kodak - (RM8,254 - RM2,290) RM5,964 x 100 = RM596,400
bunga plastik - (RM42.80 - RM5.20) RM 37.60 x 100 = RM3,760
jumlah kerugian untuk 100 set barangan yang dibeli dan terpaksa dibayar oleh pembayar cukai ialah RM2,215,960.....(dua juta lebih..) itu baru mengambil contoh 100 set untuk setiap satu item... kalau lebih???)
kementerian belia dan sukan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian yang melampaui batas ini...
pengerusi Transparent, Tan Sri Ram mengulas laporan tersebut dengan menyebut betapa rakyat akan 'mencari jalan' untuk mengelak dari membayar cukai kepada kerajaan apabila laporan-laporan audit yang dibentangkan di Parlimen tersebut tidak dibahaskan dan sudah tentu tidak diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.
kata beliau lagi, rakyat sudah mula boleh berfikir dan tidak akan merelakan duit cukai yang diperolehi dengan darah dan keringat boleh dibazirklan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang diberi amanah...
saya turut sedih... entahlah...sampai bila...
dan saya teringat kata pujangga dari negeri Cina: Ikan itu sekiranya hendak busuk, ia akan bermula dari kepala...
orang melayu juga ada perumpamaan; antaranya bapak borek anak rintik dan cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari...
sekuat manapun kita laungkan 'Kepimpinan Melalui Teladan'... tetapi jika tiada kesedaran dan mula alpa dengan pangkat & jawatan, tidak kiralah siapa mereka atau dari mana mereka berasal atau apa pegangan mereka... kehancuran pasti akan datang...
itu janji Allah....
lembu kita pegang kepada tali
manusia kita pegang kepada janji
amanah Allah itu berat jika manusia itu memahami...
tidak ramai yang mampu memikul namun ada manusia yang lupa akan peristiwa isra' mikraj di mana Rasulullah bertemu dengan manusia yang mengangkat kayu untuk diletak pada bahu... manusia itu sudah tidak larat dan mampu untuk memikul kayu tersebut namun manusia itu cuba untuk menambah lagi kayu...
bagi pemegang amanah: para pemimpin sekalian.... lakukanlah muhasabah... kembalilah kepada Tuhan yang mencipta kamu... ingat bahawa hidup ini ada kesudahannya, kesudahan di alam yang lagi satu... amanah perlu dilunaskan dengan baik....
ingatlah peristiwa Khalifah Umar Abdul Aziz tentang pelita...
ingatlah sejarah Sultan Salahudin Al Ayubi...
hidup mati mereka hanya kerana Allah s.w.t
wasalam
Salam Ramadhan untuk semua...
salam buat semua yang hadir di blog ini tidak kira di mana sahaja anda berada...
di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq buat anda sekeluarga...
doa saya anda sekeluarga memperoleh taufiq, hidayah, rahmat serta rahman Allah di bulan yang mulia ini...
Ramadhan yang mulia ini, sesungguhnya penuh dengan keberkatan buat semua kita...
sama-samalah kita mengambil 'peluang' memenafaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya..
mana-mana yang telah diazamkan oleh diri, maka eloklah dilaksanakan oleh kita dengan penuh keikhlasan dan mengharap keredhoaan Allah s.w.t
Ramadhan yang penuh keberkatan ini mempunyai seribu satu rahsia yang perlu diungkap oleh kita... maka sedikit peka lah kepada setiap perjalanan detik-detik yang kita lalui di sepanjang bulan ini...
atas faktor 'urusan nafsu' yang lebih 'terkawal' disepanjang menunaikan ibadah puasa, maka elok benarlah kita menggunakan sebaiknya 'hasil' dari disiplin yang di'kenakan' ke atas diri kita...
cubalah untuk mengawal 'kegelojohan' dalam memilih juadah berbuka...
cubalah untuk mengikut 'kata hati' agar lebih masa digunakan untuk bermunajat dan melakukan ibadah-ibadah khusus...
cubalah untuk menurut gerakhati yang mengajak untuk melakukan solat-solat malam seperti tarawikh, taubat, tahajjud, hajjat dsbnya...
cubalah untuk mendisiplinkan diri selama 30 hari ini...
sesungguhnya, Allah 'tetap' melihat kepada hati setiap dari kita.... kerana dalam hati tersembunyi keikhlasan, ketaqwaan, keredhoaan serta keimanan yang abadi...
dan saya masih terbayang lagi tatkala peristiwa perang Khandaq... di mana Rasulullah dan para sahabat telah bersama-sama mengorek khandaq (parit) sebagai persediaan untuk berperang dan di waktu itu ialah bulan Ramadhan... masya Allah... dan ceritanya lebih hebat lagi, ketika waktu berbuka hanya ada seketul kurma untuk dikongsi oleh ratusan sahabat sebagai jaudah berbuka...
Maha Suci Allah, dengan sebutir kurma tersebut..para sahabat berbuka malah kenyang dan merasakan lazat...atas Rahmat Allah kepada KekasihNya Rasulullah yang telah berdoa buat semua...
cuba kali ini, kita jangan lagi memberi alasan bahawa puasa ini 'melemahkan' diri kita untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan ibadah kehazratNya...
ambillah kesempatan ini, sama-samalah kita hayati perjalanan Rasulullah.... mudah-mudahan kita tergolong ke dalam golongan mereka-mereka yang beriman serta tidak rugi..insya Allah...
mari lonjakkan diri.... serap 'tenaga berfrekuensi tinggi' yang ada di bulan ini...
selamat berpuasa....
wasalam
Thursday, September 06, 2007
SURVEY: KURSUS REIKI DI BULAN RAMADHAN...
salam semua...
saya bercadang untuk mengadakan kursus Reiki di bulan Ramadhan akan datang...
saya ingin membuat sedikit survey untuk mengetahui 'kesanggupan' anda menghadiri kursus ini pada bulan Ramadhan...
tentatif kursus akan diadakan pada hari Sabtu dari pukul 10.00pagi hingga 2 petang.
tentatif lokasi ialah di pusat bandar puchong..
yang berminat boleh memberi tarikh cadangan melalui;
1. menalifon ke 03-5882 4407
2. sms ke 016-206 7469
3. mail ke sifumirza@sca-insan.com
kursus yang saya akan anjurkan ialah kursus 'pakej level 1 - 3'
yuran kursus tersebut ialah RM300.00
peserta akan disediakan nota serta sijil Reiki
kursus meliputi syarahan, teori, praktikal dan di adakan secara metod 'bengkel' (workshop style)...
wasalam
Melayu Malas?.... input saya dalam satu forum...
[quote author=Smart Prince link=topic=133.msg2186#msg2186 date=1188273166]
Dlm buku Dr Hm Tuah "jangan main'",beliau ada menyebut sebuah ensiklopedia barat mengecop bangsa Melayu sebagai bangsa yang paling malas di dunia..Betul ke?adakah hal ini menjadi punca ramainya pelajar melayu yang tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar Cina dan India di universiti malahan di sekolah juga?
[/quote]
salam,
sekadar pandangan peribadi saya...
sikap malas adalah sikap universal dan wujud dalam diri setiap manusia...tanpa mengira bangsa dan agama...
sejauh mana manusia itu menangani sikap malsanya terpulang kepada dir masing-masing...
malas adalah lawan kepada rajin...
ada manusia jadi malas kerana tidak mempunyai motivasi atau 'tekanan' untuk menjadi rajin...
tekanan ini boleh jadi tekanan yang mendadak atau tekanan berjadual...
tekanan mendadak ialah seperti secara tiba-tiba kita memerlukan RM30,000 bagi membiayai kos pembedahan (sedangkan kita tidak pernah menabung dsbnya) lalu kita mula meligatkan akal pikiran untuk mencari duit tersebut....dan tetiba datang rajin yang terpaksa...
tekanan berjadual ialah tekanan yang kita 'set' kan.. dan ia berkait rapat dengan disiplin atau istiqomah pada diri dan perbuatan... contoh menabung setiap bulan...
orang Amrerika juga ada yg malas
orang jepun juga ada yg malas
orang cina juga ada yg malas
orang india jug ada yg malas
orang indonesia juga ada yg malas
so malas ini adalah sifat yang ada dalam setiap diri manusia...
cuma bagi saya 'kemalasan orang melayu' telah di 'highlight'kan dengan cara yang berlebihan dan salah...
dan highlight ini berterusan sehingga ke hari ini.... cerita malas ini telah melampaui cerita rajin.... dan cerita rajin terus tengelam....
dan sudah lumrah, manusia akan mengambil atau menurut yg majoriti... so cerita malas dah jadi majoriti perbualan... maka lama kelamaan ia menjadi satu label yang payah nak di'kopek' tanggalkan...
bagi saya, bangsa melayu adalah di antara manusia yang terhebat di dunia... kehebatan bangsa melayu boleh dilihat dengan menyusuri kegemilangan kerajaan melayu melaka...
bayangkan betapa orang-orang melayu mengurus sebuah pelabuhan yang tersibuk di dunia di waktu itu...
dan orang melayu dilihat maju dalam banyak segi sehingga menimbulkan perasaan irihati bangsa lain... maka akhirnya si portugis datang untuk 'merompak' teknologi yang orang melayu gunakan dalam pengurusan pelabuhan dsbnya...
mereka datang 'cilok' teknologi dan memusnahkan pelabuhan... dan bawa pulang teknologi itu ke negara mereka... (sama seperti yang rakan-rakan mereka lakukan kepada Baghdad satu ketika dahulu...)
dan antara perkara penting yang kita perlu ambil kira ialah pegangan orang melayu ketika itu... iaitu mereka memang mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan sudah pasti ajaran Islam telag memberi begitu banyak 'nilai tambah' kepada bangsa itu sendiri...
itu cerita kehebatan.....
ini cerita kehancuran...
setiap penjajah sudah pasti akan menjalankan sedikit 'research' setiap kali mereka merancang untuk menjajah sesebuah negara... researchnya akan berkitar kepada isu kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa yang telah ditarget.. hasil bumi (ekonomi) dan kedudukan geografinya...
dan (mungkin) s.w.o.t analysis yang dijalankan oleh penjajah telah memberi keputusan bahawa antara kelemahan bangsa melayu ialah pangkat serta harta (dalam Islam juga ada menekankan betapa manusia itu akan hancur jika menukar Tuhan kepada pangkat, harta dan wanita...).
maka berikan pangkat kepada mereka.... beritahu meraka adalah Tuan kepada tanah dan berhak menjadi Raja (walau tanpa kuasa)..
maka berikan harta kepada mereka........ dengan tanpa perlu berbuat apa-apa....(makan komisyen ajer, biar orang lain buat kerja..)
dan proses ini berterusan tahun demi tahun sehinggalah beratus tahun dan sedah tentu ia menjadi 'sikap' yang sebati.... (dalam islam sesuatu amalan itu kalau nak sebati kena amalkan selama 40 hari berturut-turut... inikan pula ratusan tahun...)
..dan akhirnya tidak dapat dinafikan.... sikap selesa dengan faktor ketuanan, mudah mendapat sesuatu tanpa berusaha telah menjadi sebati dengan diri...
..dan ini adalah bukti betapa satu-satu penjajahan telah meninggalkan kesan yang sangat buruk... buruk kepada minda, emosi dan spiritual satu-satu bangsa yang terjajah....
namun Allah Maha Besar... ditiupkan kesedaran pada insan-insan yang dipikirkan boleh 'memangkin' kan perubahan sikap sesuatu bangsa itu.... dan kita dapat saksikan mereka-mereka yang berjiwa besar 'lahir' dan menjadi pejuang untuk merubah 'nasib' bangsa melayu....
namun Allah juga berfirman..."Tidak Aku ubah nasib sesuatu bangsa/kaum/seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri..."
akhirkata.... kalau kita sedar... kita sedarkan famili kita dahulu....kemudiankita sedarkan jiran dan rakan sekerja/sekolej...kemudian masyarakat dan seterusnya...
ini adalah satu perjuangan.... dan perjuangan ini bertunjangkan pegangan kita... jika kita memegang material, kita akan hancur sekali lagi... jika kita memegang Allah & Rasul.... maka perjuangan kita sudah pasti ada imbuhan...jika tidak di sini...insya Allah ada di sana...
wasalam...

Tuesday, September 04, 2007
'Fragile' nya kehidupan ini....
salam buat semua....
fragile dalam bahasa malaysia ialah rapuh...
rapuh bermaksud betapa mudahnya sesuatu itu 'musnah'...
'musnah' bermaksud ianya tiada berguna lagi selepas berlakunya kemusnahan...
ada di antara manusia yang 'meminta' ke hazrat Allah di padang mahsyar kelak untuk dikembalikan ke dunia... mereka meminta bukan setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari... mereka hanya meminta sesaat sahaja....
untuk apa mereka meminta untuk dikembalikan ke bumi?... tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melakukan ibdah ke hazrat Allah s.w.t...
bukankah mereka telah menikmati kehidupan penuh senang lenang dan penuh ke aysikkan sewaktu di dunia dahulu?....
ya..mereka-mereka itulah yang meminta untuk dikembalikan ke dunia...
namun permintaan mereka ditolak oleh Allah s.w.t.... dan mereka itu tergolong ke dalam golongan manusia-manusia yang rugi...
peristiwa di atas mempunyai pengajaran yang dalam buat kita yang ketika ini sedang menjalani kehidupan di alam maya ini...
'kata kunci' nya ada di dalam permintaan manusia di atas tadi... iaitu 'untuk beribadah ke hazrat Allah...'
kata kunci beribadah ini turut terdapat di dalam doa iftitah atau ikrar kita dalm setiap permulaan solat kita... ianya mempunyai kepentingan selepas solat dan sebelum hidup serta mati... (innas solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamammati..)
kesilapan kita mengemudi kehidupan ini akan membuatkan betapa ianya menjadi begitu fragile sekali buat kita... ia terbuka kepada banyak perkara yang akan memusnahkan diri kita sendiri...
kata kuncinya iaitu ibadah atau nusuki adalah perkara asas yang perlu diambil serius oleh setiap manusia beragama islam...
mengapa perlu serius?... kerana Allah s.w.t tidak menjadikan manusia itu melainkan untuk melakukan ibadah kepadanya.... kata kunci itu diulang lagi dalam "tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan tunduk patuh serta beribadah kepada AKU.."
ibadah mempunyai konteks yang amat luas... ianya bermula apabila kita mula berfikir tentang ibadah... ianya tidak bermula sejak bangun pagi tadi...kerana tidur juga merupakan satu ibadah... oleh itu ianya bermula di saat ini tatkala kita memikirkan tentang apa yang kita lakukan dan untuk apa kita lakukan...
permulaan ibadah itu adalah dari hati kita... di terjemahkan melalui lafazan dan digerakkan oleh tujuh anggota istimewa anugerah Allah buat kita...
dan ibadah itu adalah merupakan 'dynamo' yang menge'caj' diri kita agar senantiasa bertenaga dalam meneruskan perjalanan hidup ini...
seorang yang 'hilang' atau tidak mengenali Penciptanya adalah seorang yang amat malang sekali.... dan sudah tentu seorang itu begitu fragile dan terbuka luas ruang untuk menuju kemusnahan...
memahami tuntutan serta kehendak yang Allah gariskan adalah merupakan suatu yang wajib buat semua hambaNya... tidak memahami kehendak Pencipta adalah sesuatu perbuatan yang malang dan sesungguhnya manusia itu akan terperosok ke dalam kumpulan manusia yang rugi sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Asyr...
"sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian...
kecuali mereka yang beriman dan BERAMAL SOLEH...
berpesan-pesan kepada kebenaran..
berpesan-pesan kepada kesabaran"
jelas nyata... BERAMAL SOLEH itu merupakan kata kunci bagi perbuatan ibadah...
dan bumi akan menjadi lebih subur...
manusia akan menjadi lebih aman...
anak-anak akan menjadi lebih tenteram...
suami isteri akan menjadi lebih faham...
akan hakikat kehidupan ini....
wasalam..
Monday, September 03, 2007
Selamat Berjaya Amirul Aizat !!
salam semua...
hari ini Amirul Aizat adalah di antara lebih kurang setengah juta pelajar tahun enam yang menduduki peperiksaan UPSR 2007.
setelah berusaha bersungguh-sungguh, kini tibalah masanya Amirul Aizat diuji dengan peperiksaan sebenar.
sebagai pendukung amanah bagi insan yang bernama Amirul Aizat, telah saya sediakan segala prasarana dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal buat beliau.
hari ini beliau perlu menghadapi ujian itu 'sendiri'...
doa saya mudah-mudahan beliau berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya Allah.. dan hasratnya untuk ke sekolah berasrama penuh tercapai...
Selamat Berjaya Amirul Aizat!

Subscribe to:
Posts (Atom)