Monday, September 24, 2007
Menyusuri 10 hari kedua Ramadhan....
salam semua...
Alhamdulillah... kita sudahpun memasuki 10 hari kedua dalam bulan yang penuh dengan keberkatan..Ramadhan Al Mubaraq...
Alhamdulillah... kita dengan izinNya telah berjaya mengharungi ujian 10 hari pertama dengan pelbagai perkara yang ada antaranya begitu menyentap dayaupaya mental, turun naik emosi, getaran spiritual serta renjatan fizikal...
Alhamdulilah... berkat kesabaran diri yang tinggi, insya Allah...saya yakin kita semua akan memperoleh rahmat serta pengampunan dari Al Khaliq...
namun seorang manusia muslim yang ingin berubah menjadi mukmin, sudah tentu tidak pernah lari dari menerima ujian demi ujian yang terkadang begitu mengheret diri luaran yang selama 11 bulan yang lalu begitu meruntun segala kehendak nafsu amat mencabar diri...
perkara menurut nafsu adalah perkara pokok sebenarnya... kerana turutan nafsu itu adalah sempadan di antara garis hitam dan putih...
nafsu jugalah yang sering mengheret diri ini untuk menurut garis hitam sedangkan ada garis putih bersebelahan yang begitu lurus kehadapan...
Rasulullah pernah berpesan, jihad yang sebenar ialah jihad memerangi hawa nafsu... dan Baginda juga pernah berkali-kali menyatakan kerisauan perihal umat Baginda di akhir zaman yang amat keliru dengan kehidupan, yang keliru dengan garis hitam dan putih sehingga Baginda mengungkapkan bahawa, di akhir zaman nanti umatku akan berada dalam keadaan fitnah umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap...
begitulah sekali keadaan kita di masa ini....
terkadang, kebenaran itu nyata berada di hadapan kita namun atas beberapa perkara kita menjadi keliru dan terus terjebak ke dalam suasana fitnah... ini berlaku hanya kerana manusia itu sering menidakkan gerak hati serta kata iman dan terlalu banyak menggunakan akal fikiran yang amat terhad....
contoh paling menyedihkan ialah peristiwa Adik Nurin... belum kering air mata, masih merah lagi tanah kubur.... kini ibubapa Nurin pula dipersalahkan... mengapa ini boleh berlaku?... sudah tiadakah lagi pertimbangan dalam diri manusia?... manusia perlu ingat bahawa mereka tidak berkuasa selama-lamanya... manusia juga perlu ingat akan amanah serta tanggungjawab sebenarnya di muka bumi ini....
apa yang berlalu itu biarkanlah berlalu...
ibubapa Nurin pasti sudah insaf dengan kecuaian mereka namun mereka memandang kehadapan dengan harapan apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat kita semua...
cukuplah dengan hukuman Allah terhadap mereka kerana kelalaian itu... insya Allah taubat serta keinsafan yang dipanjatkan akan diberkati serta diterima Allah...
manusia yang tinggal in usahlah cuba untuk menjadi tuhan pula... menuding jari mencari siapa yang patut dipersalahkan....
kita perlu akur betapa sistem maklumat yang menjurus kepada mengenalpasti penjenayah masih lagi terkebelakangan... walaupun kita dapat memperoleh DNA penjenayah, namun tiada 'database' untuk kita 'trace' siapa empunya DNA tersebut...
so?... terimalah hakikat dan usahlah menuding jari... seolah-olah ada di antara kita yang tidak pernah salah dan berat sangat mulut memohon atau menerima kekurangan diri atau sistem yang ada...
manusia yang beriman sudah pasti akan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat peristiwa yang berlaku... apa hikmahnya, apa pengajarannya.... sesungguhnya jika kita benar-benar beriman, kita akan meletakkan banyak pengajaran kepada kiri kita dan sebagai seorang yang beriman sudah tentu kita akan mengorak langkah memperbetulkan mana-mana ruang yang lemah...
begitulah....
10 Ramadhan kedua ini... sama-samalah kita perbanyakkan taubat kita kepada Allah... moga-moga setiap pergerakan kita selepas ini lebih mantap dan padu... moga-moga akal kita 'hidup' kembali untuk berfikir secara lebih sihat... dan boleh membuat pertimbangan agar tidak berharap kepada manusia semata-mata.... kerana perlu diingat, segala harapan hanyalah kepada Allah S.W.T...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment