Monday, September 10, 2007

Laporan Juruaudit Negara membimbangkan....




salam...

dalam 'keriangan' rakyat menerima pengumuman belanjawan 2008...saya tersentak dengan lapuran Ketua Audit Negara tentang betapa 'pembaziran' yang melampaui batas berlaku di beberapa kementerian...

di antaranya ialah senarai barangan yang di beli untuk diguna-pakai oleh Institut Kemahiran Belia...

RM224 untuk satu set 'screw driver' yang harga runcitnya ialah RM40
RM10,700 untuk satu set buku teknikal yang harga pasarannya ialah RM417
RM5,741 untuk satu unit 'jack kenderaan' yang harga pasarannya ialah RM50
RM8,254 untuk satu unit kamera digital kodak yang harga pasarannya ialah RM2,290
RM42.80 untuk satu set bunga plastik yang harga pasarannya ialah RM5.20

(cuba kita buat kiraan mudah, setiap item tersebut dibeli sebanyak 100 set, kita kira kerugian rakyat yang membayar cukai:

screw driver - (RM224 - RM40) RM184 x 100 = RM18,400
buku teknikal - (RM10,700 - RM417) RM10,283 x 100 = RM1,028,300
jack kereta - (RM5,741 - RM50) RM5,691 x 100 = RM569,100
kemera kodak - (RM8,254 - RM2,290) RM5,964 x 100 = RM596,400
bunga plastik - (RM42.80 - RM5.20) RM 37.60 x 100 = RM3,760

jumlah kerugian untuk 100 set barangan yang dibeli dan terpaksa dibayar oleh pembayar cukai ialah RM2,215,960.....(dua juta lebih..) itu baru mengambil contoh 100 set untuk setiap satu item... kalau lebih???)

kementerian belia dan sukan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian yang melampaui batas ini...

pengerusi Transparent, Tan Sri Ram mengulas laporan tersebut dengan menyebut betapa rakyat akan 'mencari jalan' untuk mengelak dari membayar cukai kepada kerajaan apabila laporan-laporan audit yang dibentangkan di Parlimen tersebut tidak dibahaskan dan sudah tentu tidak diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.

kata beliau lagi, rakyat sudah mula boleh berfikir dan tidak akan merelakan duit cukai yang diperolehi dengan darah dan keringat boleh dibazirklan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang diberi amanah...

saya turut sedih... entahlah...sampai bila...

dan saya teringat kata pujangga dari negeri Cina: Ikan itu sekiranya hendak busuk, ia akan bermula dari kepala...
orang melayu juga ada perumpamaan; antaranya bapak borek anak rintik dan cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

sekuat manapun kita laungkan 'Kepimpinan Melalui Teladan'... tetapi jika tiada kesedaran dan mula alpa dengan pangkat & jawatan, tidak kiralah siapa mereka atau dari mana mereka berasal atau apa pegangan mereka... kehancuran pasti akan datang...

itu janji Allah....

lembu kita pegang kepada tali
manusia kita pegang kepada janji

amanah Allah itu berat jika manusia itu memahami...
tidak ramai yang mampu memikul namun ada manusia yang lupa akan peristiwa isra' mikraj di mana Rasulullah bertemu dengan manusia yang mengangkat kayu untuk diletak pada bahu... manusia itu sudah tidak larat dan mampu untuk memikul kayu tersebut namun manusia itu cuba untuk menambah lagi kayu...

bagi pemegang amanah: para pemimpin sekalian.... lakukanlah muhasabah... kembalilah kepada Tuhan yang mencipta kamu... ingat bahawa hidup ini ada kesudahannya, kesudahan di alam yang lagi satu... amanah perlu dilunaskan dengan baik....

ingatlah peristiwa Khalifah Umar Abdul Aziz tentang pelita...
ingatlah sejarah Sultan Salahudin Al Ayubi...

hidup mati mereka hanya kerana Allah s.w.t

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails