Wednesday, September 19, 2007
Bila Petronas 'menjerit'...
salam semua....
dua hari lepas, saya 'terbaca' berita tentang betapa syarikat minyak negara kita Petronas 'menjerit' meminta agar harga gas dikaji semula untuk kenaikan.
jika kenaikan ini diluluskan maka, bahang kenaikan berbagai-bagai barangan serta perkhidmatan akan turut melonjak naik.
permintaan kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak sedunia yang bermain sekitar USD80 se tong... dan oleh kerana beban yang ditanggung itu maka Petronas tidak sanggup untuk menanggung beban subsidi sebanyak RM50 billion di sepanjang 10 tahun yang lepas...
dalam masa yang sama, beberapa bulan yang lepas Petronas ada mengumumkan keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak untuk beberapa tahun yang lepas sebanyak RM30 billion...
saya pun jadi hairan... kalau ikut sifir mudah... sebuah syarikat minyak (teroka, gali & jual) sudah tentu terbabit dalam mengaut keuntungan dalam setiap kenaikan harga di pasaran... sementelah lagi minyak yang kita hasilkan ialah yang bermutu tinggi.. dan menyumbang kepada peratusan yang tinggi kepada hasil negara, maka wajibnya sudah tentu tiada masalah untuk meneruskan subsidi kepada rakyat tercinta..
entahlah.... tetapi TPM Dato Seri Mohd Najib tegas dalam mempertahankan bahawa kerajaan tetap pada janji untuk tidak menaikkan harga minyak pada tahun ini... (tahun ini tinggal 3 bulan sahaja dan 1 januari 2008 adalah tahun baru....)
tergiang-giang dalam telingan saya bagaimana Nabi Allah Yusuf memberi nasihat kepada Raja Mesir dalam 'belanjawan negara' di mana ada perbelanjaan, ada simpanan dan ada kecemasan...
teringat juga saya bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz begitu berhemat dalam mengurus perbendaharaan negara hatta minyak serta pelita juga termasuk dalam ke 'amanah' an sikap Baginda...
saya juga risau bagaimana begitu 'berjuta-juta' hasil cukai dibelanjakan untuk membayar pampasan bagi projek di Broga, Jambatan Bengkok dll juga kecuaian pegawai-pegawai dalam menguruskan dana negara....
entahlah... apa yang saya lihat sekarang... gejala rasuah semakin menjadi-jadi dan paling menyedihkan serta mengerikan ialah ianya dilakukan secara terang-terangan....
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment