Wednesday, April 02, 2008

Berubah : Berubah dah, tapi payah untuk kekal?

salam cemerlang buat semua...
apa khabar hari ini?... pastinya hebat & cemerlang lagi bersemangat....
what ever it is.... try our very best to 'shift gear' from 'have to' mode to 'choose to' mode....
kat atas sana suka saya kongsi 'model muhasabah diri' ARP untuk digunapakai leh semua sebagai satu kayu pengukur diri dalam memastikan setiap perubahan demi perubahan (tidak kira berapa magnitudenya) yang kita lakukan ke atas diri akan terus kekal dan bersifat dinamik iaitu terus bergerak kehadapan dan bersedia dalam apajua cabaran dan rintangan diri...
dalam model tersebut, ada tujuh tahapan diri yang utama yang perlu kita psstikan di mana kedudukan kita saat ini..
bermula dari bawah....(bagi yang belajar Reiki, ianya root poin..) di mana kita secara keseluruhannya mempunyai sifat-sifat negetif seperti hasad, dengki, tamak, haloba, pemarah, tidak sabar, pemalas dsbnya...
bagaimana untuk menanggani sifat-sifat ini?
alway ask ourself few important questions...
1. atas apa alasan kita berada di dunia ini
2. apa tugasan yang kita perlu lunaskan di dunia ini
3. siapa yang perlu kita 'report duty' pada hakikatnya
4. kenapa kita perlu melalui perjalanan ini?
5. mengapa kita diberi akal serta fikiran?
6. apa perbezaan ketara di antara kita dengan haiwan serta ciptaan yang lain?
7. kemana arah tuju kehidupan ini?
dengan memberi skala 1 hingga 10.... cuba 'rate' diri kita dalam setiap tahapan tersebut....
(contoh; sifat angkuh... dari 1 ke 10... keangkuhan diri kita berada pada skala brapa?.. dan seterusnya)
dan sudah pasti naik dan turunnya kita pada tahapan-tahapan itu bergantung kepada kekuatan tolakan atau tarikan yang kita alami....tolakan ke atas oleh faktor-faktor positif atau tarikan ke bawah oleh faktor-faktor negatif...?
faktor-faktor itu boleh jadi datang dari 3F iaitu; family, friends or foe's... keluarga, rakan atau musuh...
paling malang ialah apabila tarikan itu datang dari dalam diri sendiri... di mana kita gagal mengawal hawa nafsu kita...
secara fizikalnya... pengaruh negatif dari keluarga, rakan atau musuh boleh kita lihat dan kenal pasti dengan mata kasar....
tetapi pengaruh dalaman iaitu dari dalam diri perlulah kita 'diagnos' secara mental, emosional dan spiritual...
kunci bagi mengekalkan perubahan ialah niat, lafaz dan perbuatan... yang seiring dengan penuh keikhlasan serta berserah secara total ke hazrat Ilahi dengan terus 'mengangkat pedang jihad' setinggi-tingginya dalam melawan hawa nafsu...
kenali diri dan mengenali musuh kita adalah satu faktor kemenangan dalam 'peperangan'...
selamat berubah, mengekalkan perubahan dan terus berubah ke arah kecemerlangan...
wasalam.

2 comments:

Anonymous said...

sifu..entri yang saya tungu2..betapa seksanya nak ISTIQAMAH dalam sesuatu perkara baik...terima kasih berkongsi ilmu di sini.

Sifu Mirza said...

ya bibi...

insya Allah saya akan sisipkan lagi teknik-teknik 'mempertahankan' diri dari kebuasan hawa nafsu agar kita boleh kekal istiqomah dalam perjuangan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails