salam semua...
minggu lepas adalah minggu yang panjang..
kenapa panjang?... kerana
satu; rompakan nekad yang mencipta sejarah negara di KLIA....
berbalasan tembakan di antara perompak dengan pegawai polis menyaksikan beberapa pegawai polis cedera dan malangnya cctv 'terpadam' seketika ketika rompakan itu belaku... dan 'mujur' cctv plaza tol khabarnya ada merakam imej perompak yang terlibat...
rasanya cerita cctv ini telah berlansung agak lama, bermula dengan kes nurin jazlin di mana keberkesanan cctv dalam membantu penyiasatan amatlah didambakan di saat ini... dan 'hangit-hangit tahi ayam' berkenaan pemasangan cctv di lokasi-lokasi tertentu hebat diutarakan termasuk kos nya yang akan menelan jutaan ringgit malaysia...
apapun, kes rompakan di klia ini adalah sebahagian bukti bagaimana tidak cekapnya cctv yang ada termasuk pengendalinya sekali...
dan paling 'tak best', menteri pengangkutan yang menjawab bagi pihak mahb yang bertanggungjawab ke atas klia, dengan bangganya menyatakan bahawa 'itu adalah kawasan awam' dan takda pemasangan cctv di situ.... cerita ini berlawanan dengan cerita pihak berwajib...
anyway... ikut 'deme' lah labu...
bagi saya, sangat-sangat tidak cekap... kerana?.. kerana 'airport' adalah salah satu lokasi penting bagi sesebuah negara dan faktor keselamatan adalah menjadi keutamaan...
dua; bumbung dewan sebuah sekolah di wakaf tapai, trengganu runtuh...
mujur tiada murid-murid atau sesiapa di dalamnya (dewan itu) ketika itu...
lebih menyedihkan rupanya sekolah yang mula digunakan sejak 2005 itu tiada sijil layak menduduki atau cf....
ayo yo... apa cerita ini...
manusia oh manusia... sanggup kau memperjudikan nyawa anak-anak dengan hanya memikirkan tembolok kamu sahaja?....
apapun kalau cerita di akhirat... nanti jawab kat sanalah...
kalau cerita di dunia... jumpa di mahkamahlah...
sekarangpun 'panas neraka' sudah dirasakan oleh pihak-pihak yang bertanggungajwab dengan pembinaan dewan termasuk sekolah itu....
kedua-dua cerita di atas mennunjukkan betapa faktor kekecekapan menjadi faktor terakhir di ambil kira selepas mengambil kira 'berapa boleh masyuk sorang untuk projek ini?'...
sedih-sedih....
sedih?.. ya sedih sebab kedua-dua cerita di atas termasuk dalam 'calculated risk' atau risiko yang boleh dijangka dan boleh di atasi dengan perancangan-perancangan yang terbaik dari pihak-pihak yang cekap dan amanah serta jujur dalam melunaskan tanggungjawab... melainkan apa yang berlaku itu melibatkan ribut taufan atau banjir besar atau apa yang dikatakan sebagai 'act of god'...
wasalam
2 comments:
Did you attend the AsiaICTpmp forum on Strategic Risk Management by Dr David Hillson?
Its was you gave a speech on risk mgmt Hospital projects?
I was there too!
dear bro. mav.. :-)
how's life goin?
pray u'll perform better & better..
its not me bro...
but its been a great pleasure to be acknowledged in any positive form...
btw..keep up with your 'jihad' bro.. may God bless you..
Post a Comment