Friday, August 29, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubaraq....

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubaraq!
Ramadhan datang lagi...
Ianya tetap datang dan pergi...
Adakah kita akan ketemu Ramadhan lagi...
Di lain detik dan waktu yang terus berlalu...
Syukur Ramadhan datang lagi...
Ketika manusia sedang sarat dengan dunia...
Ketika manusia sedang sarat dengan adu domba...
Ketika manusia sedang sarat hina menghina...
Alhamdulillah Ramadhan datang lagi...
Datang bersama seribu rahmat buat hambaNya...
Datang bersama seribu fadhilat dalam detik-detiknya...
Datang bersama satu malam yang utama...
Ya Allah...
Syukur ke Hazrat Mu Illahi...
Hamba-hambaMu ini...
Ada yang setia menanti...
Ada yang mengeluh kesah saban hari...
Ya Allah...
Sebagaimana engkau utuskan Rasul kepada kami...
Menunjuk jalan kembali...
Begitu juga Ramadhan kali ini...
Moga bertemu jalan yang dicari...
Ramadhan datang lagi...
Datang bersama harapan meninggi...
Datang bersama redupan hati...
Hati yang tenang dan sujud kepadaMu...

Wednesday, August 27, 2008

MALAYA: MERDEKA & KEMERDEKAAN




menjelang sambutan hari peringatan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya, saya titipkan rakaman bersejarah tersebut untuk kita dan generasi kita semua...

mudah-mudahan kita sama-sama dapat melihat episod tersebut dan membina jatidiri kita semula agar segala visi serta matlamat pembentukkan sebuah negara berdaulat ini dapat dijunjung bersama-sama tidak kira bangsa serta agama...

"menuntut kemerdekaan adalah satu perjuangan.... mempertahankan kemerdekaan adalah satu kewajipan.... mengisi kemerdekaan adalah satu pengorbanan"...

selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja anda berada...

Permatang Pauh Oh Permatang Pauh : 'DEJAVU'

salam semua....

sama seperti kebanyakkan rakyat malaysia... saya juga mengikuti pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan penuh minat...

minat kerana... ada seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim bertanding di situ...
minat kerana... seluruh jentera atau mekanisme yang bertanding melawan Anwar sangat hebat digembling...

sudah saya katakan dalam beberapa posting sebelum ini...bahawa Malaysia kita ini sedang menuju kepada perubahan dalam segenap segi; ekonomi, politik dan sosial... dan rata-rata rakyat kini sedang dan telah melakukan perubahan kepada diri, keluarga dan masyarakat...

saya sangat pasti golongan teknokrat dan ilmuan yang ada sangat hebat dan mampu mencurahkan kepakaran bagi membentuk Malaysia 'baru' yang boleh bersaing di persada dunia terutamanya dengan jiran tetangga asia atau paling hampir singapura...

namun ketidak matangan dalam menangani perubahan serta tidak mahu menyahut pembaharuan telah menjumudkan kotak pemikiran sebilangan para ilmuan... sangat sedih.

sangat sedih lagi apabila melihat berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk memastikan calon yang bertanding menang.. sedang diserata negara ramai lagi rakyat marhain yang memerlukan bantuan...

saya tersentak pagi tadi apabila saya 'stop over' di sebuah restoran utk 'breakfast' pagi tadi... chef yang sedang sibuk menyusun lauk menghampiri saya lalu berkata "menang jugak orang tua tu yer...."....rakyat dah nak berubah..." dia sambung lagi... saya sahut.."ya..ya.."... "alhamdulillah.. tertebus dan pulih semula maruah dia yer..." saya sahut.."ya..ya..."

mmmm... saya tak kenal chef tu... dan saya berbisik kepada isteri saya.... muka saya ni muka 'orang Pakatan Rakyat' ker?...
isteri saya menjawab.... orang sekarang dah boleh kenal orang BN...

mmm... saya pun sambung makan mee hoon yang memang sepatutnya saya berhajat utk makan pagi semalam...

anyway...

marilah kita sama-sama belajar sekurang-kurangnya satu atau lebih ilmu yang kita boleh dapat dari Permatang Pauh ini.

1. belajar untuk berkempen dengan isi-isi kempen yang memberi kepentingan kepada rakyat serta membina negara.

2. belajar untuk berkempen dengan memfokus kepada perancangan-perancangan calon-calon yang bertanding (lihat cth. negara maju apabila pilihanraya, perdebatan berlaku dan fokusnya kepada plan-plan perancangan masing-masing)

3. belajar untuk muhasabah diri sebelum menegur...

4. belajar menganalisa perkembangan sekeliling dan melakukan penyelidikan atau s.w.o.t analisis sebelum membuat keputusan.

5. belajar untuk menerima kelemahan diri dan mencari jalan serta berusaha memperbaikinya.

apapun....

syabas buat pengundi Permatang Pauh yang berani untuk berubah.
syabas buat Saudara Anwar Ibrahim yang 'femes' dengan ungkapan "jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai".
syabas buat seluruh Rakyat Malaysia kerana kesabaran dan istiqomah inginkan pembaharuan.
juga tahniah buat Saudara Arif kerana menyahut cabaran dan bersedia untuk berubah.

anda semua memang hebat...

wasalam

Tuesday, August 26, 2008

Siapa kena belai siapa?

salam semua...

dalam kemaruk suasana 'kegilaan' pilihanaraya kecil permatang pauh.. saya dihubungi oleh seseorang...
dia bukan nak bertanya atau minta pendapat tentang pilihanaraya tersebut...
dia cuma nak pandangan dari saya tentang isu suami isteri...

dia dan isteri dah lebih kurang 20 tahun berkahwin...(dikurniakan 5 anak)...

namun kini dapat dirasakan kurang elemen kasih sayang di dalam perhubungan antara beliau dan isteri...

saya hanya mendengar luahan beliau selama lebih 20 minit...
kebanyakkannya menyalahkan isteri yang kononnya tidak sensitif dengan dia lagi..
sensitif dari segi belaian dsbnya..

saya tanya dia, adakah awak juga belai isteri awak? maksud saya selalu terusan membelai?
dia terdiam sejenak...

saya tanya lagi...adakah isteri awak masih menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik?
dia menjawab..ya..

takda sebarang masalah lain selain belaian?....
dia menjawab...ya..

saya tak mahu menyerabutkan kepala dia dengan soalan-soalan saikologi yang lain lalu memberi beberapa tips...

1. jika kita rasa belaian makin berkurangan.... maka nyatakannya secara baik kepada isteri.
2. jika kita inginkan belaian yang 'x-tra'... maka sama juga, kita kena nyatakan..
3. jika kita inginkan belaian yang berterusan...maka kita kena terus juga memberikan belaian kepada pasangan kita...

tips tambahan kepada beliau...

jgn layan 'pemikiran negetif' itu terlalu sangat... kerana 'anasir ketiga' iaitu syaitan dan iblis memamng menanti ruang utk 'masuk jarum' dan akibatnya akan memberi anda 'solusi-solusi' yang akan menjerat diri... seterusnya membuatkan diri kita terjerumus ke lembah hina...

moralnya...

berterus terang dan ikhlas lah dalam perhubungan suami isteri...

dan saya saja 'gertak' dia... saya akan memantau kes awak ni dari masa ke semasa.....

:-)

wasalam

Hei 'Ali' : Bangunlah! Kerja! Jgn Malas! Jgn Tidur!

art fazil adalah anggota kumpulan rausyanfikir yang 'femes' dengan lagu ghazal 2020 dan satu arah...
mari kita hayati lagu 'ali mim alif lam sin'...

Permatang Pauh oh Permatang Pauh (1)



Saturday, August 23, 2008

Terlalu banyak sangat 'CO-INCIDENCE' laaa...

salam semua...

banyak sangat keluhan yang berterbangan di udara negara kita yang tercinta menjelang sambutan hari kemerdekaan yang ke 51 ini....

saya hanya nak bawa topik tu dan ulanginya dengan penambahan kata 'oh'...
senarainya tidak ikut sebarang peraturan... hanya ikut apa yg 'pop-out' dari minda ni lewat petang dengan renyaian hujan di luar sana..

permatang pauh oh permatang pauh...
anwar ibrahim oh anwar ibrahim...
pak lah oh pak lah...
najib razak oh najib razak...
raja petra oh raja petra...
saiful oh saiful...
bpr oh bpr...
pdrm oh pdrm...
doktor mohamad oh doktor mohamad...
altantuya oh altantuya...
minyak turun oh minyak turun...
liwat oh liwat...
mp sabah serawak lompat oh mp sabah serawak lompat...
sumpah laknat oh sumpah laknat...
jalur gemilang terbalik oh jalur gemilang terbalik...
muqabalah oh muqabalah...
muzakarah oh muzakarah...
10% kuota uitm oh 10% kuota uitm...
30% kuota deb oh 30% kuota deb...
akta dna oh akta dna...
jihad shahrizat oh jihat shahrizat...
sampai kiamat tak lompat oh sampai kiamat tak lompat...
datuk chong wei oh datuk chong wei...
misbun tak datuk ke oh misbun tak datuk ke...
lim guan eng oh lim guan eng...
koh suh koon oh koh suh koon...
debat perdana oh debat perdana...
beras naik oh beras naik...
takda bas tambahan oh takda bas tambahan...
nak raya oh nak raya...
mana nini oh mana nini...
masjid kristal oh masjid kristal...
mercedes oh mercedes...
perdana v6 oh perdana v6...
mana lingham oh mana lingham...
mana bala oh mana bala...
banyak lagi oh banyak lagi...
jangan mudah lupa oh jangan mudah lupa...
jangan terpesona oh jangan terpesona...
muhasabahlah diri oh muhasabahlah diri...
jangan ikut nafsu oh jangan ikut nafsu...
esok tak pasti hidup oh esok tak pasti hidup...
janganlah menipu oh janganlah menipu...
entahlah.... salah seorang guru saya pernah berbisik kepada saya....
bisiknya.... dalam islam tak ada 'co-incidence'... melainkan semuanya adalah dalam perancangan dan dirancang... 'co-incidence' ni kebetulan tau...jgn buat-buat tak tau pulak... dan kalau terlalu banyak sangat kebetulan... maka masalah lah dengan kehidupan kita...
begitu juga 'nasib'..... kerana jika kita asyik dengan 'nasib baik....' maka kita tidak ubah seperti seorang yang berjudi... iaitu senantiasa memperjudikan kehidupan dengan mainan 'tilikan nasib'...
sekadarnya....
wasalam

Friday, August 22, 2008

Fotografi : Antara hobi saya...

foto langit sekitar jam 6.45pagi di kota bharu...


jika anda melalui pekan ketereh, pasti anda terlihat ada 'buah ketereh besar' disebelah kanan traffic light yang pertama... (ketereh tu buah gajus)


kemalangan yang berlaku di karak highway yang melibatkan 3 kenderaan... semasa saya lalu, 'air bag' kereta honda accord ni dah 'mengembang'...


teknik penghantaran 'chasis' untuk kenderaan berat... drivernya hanya pakai 'helmet' motor masa drive 'rangka' ni... (highway kesas)


langit ulu yam sekitar jam 7.00pagi...

antara hobi saya ialah mengambil foto atau fotografi... subjek yang saya ambil kebanyakkannya ialah langit dan awan... kerana saya percaya ada cerita di sebalik 'tarian angin dan awan' di langit itu...

Ulu Yam - Cameron - Gua Musang - Kota Bharu

salam semua...

lama tak bertemu di ruang angkasa siber ini...
harapan saya anda semua hebat-hebat belaka...

bagaimana dengan program cuti sekolah ni?... maybe ada yg padat dengan jemputan kenduri kahwin manakala ada yang hanya memerap di rumah sahaja atau..meneruskan harian seperti biasa...

apa pun... moga anda terus hebat, keluarga terus mantap, kerjaya terus cemerlang..insya Allah..

saya sejak sabtu lepas (16 ogos) telah berlepas ke kota bharu untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar di sana...

ya perjalanan kali ini sengaja saya rancang untuk melalui Cameron Highland... kerana kebiasaannya saya hanya mengikut jalan Kuala Lipis...

perjalanan yang saya mulakan sekitar jam 11.30 dan berhenti 3 kali (pertama, di cameron utk ambil foto dengan strawberi 'giant', kedua di tanah tinggi lojing - dulu ada kontrovesi berkaitan dengan pembalakan dan ketiga berhenti di Gua Musang untuk solat dan makan...)

alhamdulillah...jalan ok..kereta kurang berbanding ikut Kuala Lipis tetapi saya terpaksa mengeluarkan sedikit lebih perbelanjaan untuk petrol.. dan kilometernya juga lebih dalam 50km dari biasa...

di kota bharu, majlis pada hari ahad berjalan lancar walaupun ada beberapa inciden yang berlaku (bapa mertua di masukkan ke ccu kerana lemah jantung) namun semuanya alhamdulillah tidak merentap jadual untuk kembali ke ulu yam pada hari rabu lepas...

dalam perjalanan pulang, saya hanya mengikut jalan biasa (melalui kuala lipis) dan berhenti 2 kali untuk mengisi petrol dan singgah di Jeram Besu untuk makan dan masjid Raub untuk solat..

foto sekitar perjalanan 'cuti-cuti malaysia'...


anak-anak bergambar dengan 'giant strawberry' di sempadan cameron highland & lojing highland


dipuncak tertinggi lojing highland


pengantin baru - rahmat & zalina


membawa anak-anak & sepupu mereka ke Pantai Cahaya Bulan (dulunya pantai cinta berahi)


refreshing - dengan elemen air di jeram besu, raub
"ibubapa" - kita ni... zaman dah berakhir.... detik masa yang tinggal untuk ibadah ini hanyalah sisa-sisa yang perlu dilalui dengan penuh kualiti...

adakah kita mampu untuk memastikan anak-anak mendapat masa yang berkualiti dengan hanya duduk berfikir sahaja?...

saya syorkan...jika kita mampu utk pulang ke kampung utk sebarang acara atau sesaja... maka rancanglah untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan itu walau sebentar cuma... kerana 5 minit masa yang kita luangkan untuk anak-anak... amak berharga bagi mereka dan akan dikenang untuk sekitika... insya Allah...

wasalam

Friday, August 15, 2008

Tuesday, August 12, 2008

Pesanan Terakhir Rasulullah kepada kita semua...


salam semua....



Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

---------------------------------------------------------------------------


sekadar mengingatkan diri dan kita semua...

dan jika diamati....Rasulullah mengunakan istilah 'manusia'... maka ianya termasuk ke segenap kategori yang bergelar manusia.


moga mendapat iktibar...


wasalam...

SATU KISAH: Yang DULU dan Yang KINI.... Di Antara Dua Darjat...

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,

Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi

Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi








PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemulian dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun banggakan negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negara sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain kemerdekaan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajahan?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar?

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemulian buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad-4th of May 1996
---------------------------------------------------------------------
sekadar mengingkatkan...
sekadar menyegarkan...
ingatan kita semua...
tentang apa yang keluar dari mulut penguasa-penguasa yang digelar pejuang bangsa dan negara...
tepuk dada tanya selera...
usap dada amati iman...

Bila bapak 'meroyan'....


salam...
cerita di atas yang saya pasti ramai yang mengikutinya menerusi kaca tv, tentang seorang bapa yang membunuh dua anaknya sebelum membunuh diri...
kisahnya si bapa ini amat kecewa dengan penceraian dengan si isterinya...
dan tergamak membuat keputusan drastik yang pada orang kebanyakan sebagai 'bodoh dan tidak berperi kemanusiaan'...
pada hakikatnya, tiada manusia yang akan melakukan tindakkan sebegitu kecuali telah terangkat 'iman' dari dada...
iman inilah yang dapat menyelamatkan diri setiap dari kita dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum serta hakikat ketuhanan...
begitu juga dengan istilah 'tidak berzina seorang yang beriman itu melainkan telah terangkat imannya dari dada apabila dia berzina'....
saya hanya ingin menyuntik sedikit input...
buat suami / bapa... jadilah suami dan bapa yang penuh amanah... - memikul penuh tugas serta tanggungjawab membimbing isteri serta anak-anak... dengan baik di samping memberi motivasi dan dorongan secara lansung atau tidak lansung kepada mereka...
buat isteri / ibu....... jadilah seorang isteri dan ibu yang penuh kejujuran... - menyatakan hasrat hati tanpa selindung demi kebaikan suami & anak-anak.
wasalam

Kutipan Wang Zakat RM1.6juta diseleweng....


salam semua....
apa yang boleh kita banggakan sebagai orang Islam jika penguasa atau pemegang amanah melakukan penyelewengan...
tak cukup kah gaji yang diperolehi setiap bulan?
terlalu tertekankah kehidupan mereka?
lahap dan gelojoh ke mereka?
fahamkah mereka rukun iman, islam?
tahukah mereka apa itu makna Ihsan?
entahlah... nak kata bukan Islam jaga wang zakat sudah tentu tidak...
dan memang tak hairan...sebab Rasulullah pun pernah bersabda... umatku di akhir zaman bagai buih-buih di lautan... banyak dari segi kuantiti sahaja dan terlalu sedikit yang berkualiti...
dari segi integriti... sudah hancus....
wasalam

Syabas to our Local Hero from JKR...

salam semua...

saya tertarik dengan posting sdr. maverick dari blog 'cakap tak serupa bikin' tentang kerja-kerja pembaikan jejambat MRR2 pada 2006...

apa yang berlaku pada tahun 2004 (keretakan pertama muncul) dan setelah dikaji oleh konsultan dari Jerman amatlah menakutkan... jejambat itu sebenarnya boleh mengundang 'malapetaka' jika tidak dibaikpulih..

alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan dimulakan pada tahun 2006.. walaupun lewat 2 tahun dari tarikh lapuran dan cadangan konsultan..

team dari JKR dengan diketuai oleh Ketua Pengarahnya - Dr. Wahid bersama konsultan telah bekerja siang dan malam selama 3 bulan bagi memastikan struktur jejambat itu selamat dengan kerja-kerja pembaikan.

apapun, saya mengucapkan Syabas & Tahniah kepada semua team yang terlibat... anda memang hebat dan layak digelar pejuang...kerana telah bekorban masa dan tenaga serta berjaya mengelakkan sebarang bencana yang boleh digelar malapetaka - sekiranya keseluruhan jejambat itu runtuh...

posting maverick di sini

wasalam

Friday, August 08, 2008

Lapan Lapan Lapan...Fatt Fatt Fatt... 8.8.8

salam semua...

macam yg kita sedia maklum...tarikh hari ni memang satu dunia menunggunya dan ianya datang sepuluh tahun sekali....

anyway.. jauh di Beijing sana, seramai 11ribu atlit sedang berjuang mewakili negara masing-masing dalam satu sukan berprestij yang dinamakan Sukan Olimpik.

negara kita turut menghantar atlit ke sana dalam beberapa acara seperti memanah, renang, badminton dsbnya...

sayang sekali Datuk Nicole David tidak tersenarai..bukan apa, squash tidak termasuk di dalam senarai sukan yang dipertandingkan... jika tidak insya Allah.. pingat emas berada di dalam tangan....

anyway... buat atlit-atlit yang berjuang..selamat berjuang....


walau hanya pemenang tempat pertama yang dapat mengecapi kepuasan maksima..namun semua yang layak ke sukan olimpik sudah boleh dikatakan adalah 'cream' di atas cream...

wasalam

Monday, August 04, 2008

AWAS! Tiang MRR2 retak lagi...


salam sejahtera...
lama tak ke 'udara' bertemu sahabat-sahabat sekelian...
apapun, dalam kesibukan ini... hanya ingin mengingatkan diri dan anda tentang risiko yang kita hadapi apabila melalui MRR2 kawasan kepong ke selayang dan sebaliknya...
semua rasanya dah tahu... keretakkan muncul kembali setelah 'hilang' kejap...
masih ingat lagi...
2004 - retak...
2006 - retak dan direpair oleh pakar dari Jerman dengan kos RM70 juta...
2008 - aduhai...retak & serpih yang menggerunkan....
hati-hati yer....
nak ingatkan pihak yang terbabit pun dah 'jenuh'...
belajar sampai bumbung unversiti...
kempen pilihanraya berbuih-buih janji sampai dapat jadi menteri...
ceritanya macam tu jugak...
malaysia ni 'standard' dengan "selagi tak mati, selagi itulah semua buat derk ajer..."
kalau dah ada yang mati kena himpap konkrit MRR2 barulah terhegeh-hegeh nak bergerak... itupun jenis gerak 'tuding jari kat orang lain'...
dan ini memang standard malaysia juga... tak pernah nak muhasabah diri...
anyway.... setakat ini dulu...
jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails