Friday, October 09, 2009

Bencana Alam VS Bencana Sosial...

salam jumaat buat semua...

dalam pada kita melunaskan kerja atau tugasan hari ini dan bersedia untuk berehat atau mengunjungi rumah-rumah terbuka maka sukalah saya mengajak diri saya dan anda semua sama-sama berfikir tentang 2 bencana yang berada di hadapan kita sekarang..

bencana pertama ialah bencana alam
dan bencana kedua ialah bencana sosial.

bencana alam terdiri daripada 2; satu bencana 'MUSIBAH' akibat tangan kita sendiri dan satu adalah 'AZAB' dari Allah.

(yang MUSIBAH itu merujuk kepada kelalaian manusia, ketamakan manusia- sikap manusia dalam mentadbir alam pinjaman dari Allah ini seperti faktor jerebu, faktor tanah runtuh akibat ditarah-tarah, faktor penyakit berjangkit akibat dari seks bebas dsbnya)

(yang AZAB itu jika kita rajin rujuk pada Al-Quran, ianya adalah bencana yang Allah turunkan akibat dari kemungkaran demi kemungkaran yang manusia lakukan serta berpaling dari Al-Quran dan sunnah serta ajaran para Rasul)

ini adalah KESAN dari bencana alam yang berlaku.






di bawah pula ialah PROSES yang 'mengundang' bencana.



foto bangsa melayu 'punk'...

minum dan berpelukan dengan bukan muhrim adalah perkara biasa bagi orang melayu sekarang..
 
akhbar tempatan yang dikuasai oleh orang melayu, kepunyaan orang melayu dengan 'bangga' menyiarkan foto gadis litar melayu...

lihatlah anak-anak, adik beradik, rakan-rakan yang sebangsa dengan kita iaitu orang melayu dengan bebas bersosial, meminum arak, berpelukan dan malah melakukan hubungan songsang..

lebih parah ada di antara mereka yang menjadi idola serta 'berani' memasuki pertandingan mencari 'gadis melayu'...

masya Allah...

apa masalah sebenarnya?
sampai bila akan terusan begini?
bagaimana mahu di atasi?
mahu mulakan dimana?

kita boleh tertawa riang... kerana mungkin kita dan keluarga tidak kena mengena dengan gejala ini tetapi ingatlah apa yang berlaku di atas kini sedang menjalar ibarat 'kanser' yang mengundang samada 'MUSIBAH' atau 'AZAB'...

mari kita buka Al-Quran dan lihat dalam surah Al-Araf...

sangat jelas Allah berfirman kepada kita hamba-hambaNya..

1. Alif, Laam, Miim, Saad.

2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang Yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang Yang beriman.

3. (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

4. dan berapa banyak negeri Yang Kami binasakan, Iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

5. maka tidak ada Yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya Kami adalah orang-orang Yang zalim".

(ingat! Al-Quran ini diturunkan kepada Rasulullah untuk menjadi pedoman, ikutan, panduan, dan cahaya dalam kehidupan semua ummat dan hamba Allah... maka apabila kita baca, maka hendaklah kita fahami, hayati dan letakkan ianya pada diri kita...barulah kita mendapat intipati sebenar dan mengetahui apa yang tersirat selain dari yang tersurat...)

mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ilmu..insya Allah.

selamat berhujung minggu buat semua...

wasalam

4 comments:

AzmaMurni Aziz said...

Salam Sifu..

Qasih seorang guru dan sebagai seorang guru.. bukan sekali hati dan fikir ini bertanya.. melihat anak-anak kecil bangsa sendiri yang sudah tidak mengenal jati diri apalagi agama sendiri.. sedih dan takut silih berganti.

Entah di mana silapnya atau siapa yang harus diletakkan salah..? anak-anak kecil yang masih putih perjalanan hidupnya atau para ibu bapa yang tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai landas hidup..?

Moga kita sentiasa di dalam lindungan-Nya.. InsyaAllah...

Sifu Mirza said...

salam qasih...

terdapat banyak kesilapan, keterlanjuran di dalam mendidik anak bangsa..

bermula dari rumah sehinggalah peringkat tertinggi..semua memainkan peranan...

namun ramai lebih suka mengambil sikap menuding jari berbanding melakukan muhasabah diri..

ya..inilah suasana akhir zaman..

moga Allah lindungi kita serta keluarga & mereka2 yg beriman dari fitnah yang maha besar ini..

wasalam

CITY® said...

salam sifu..

ini lah hakikat yg kita nampak, jelas sangat. tapi siapa kita, bila kita kata perbuatan2 ini salah, tapi ada pihak lain yg tidak berkata apa2, malah menggalakkan lagi walo dalam diam?

adakah tergamak kita mengata bahawa walaupun mereka berpunk, walau mereka 3 paruh bogel, walau mereka minum arak, berzina, tapi hati mereka ini baik?
mereka tak ganggu orang?

inilah penyebab bala yg bertimpa2

nauzubillah..

Sifu Mirza said...

salam biru..

ya..inilah hakikat akhir zaman..

musibah demi musibah melanda..namun tiada langkah drastik serta mapan untuk menanganinya..

sedih tapi benar...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails