salam semua....
entri kali ni sebenarnya agak lama juga saya mahu titipkan namun ianya tertangguh kerena beberapa sebab.
apapun setelah menonton berita malam semalam, saya terpanggil untuk menulis sesuatu.
kegemparan bermula dari kisah di atas.
ianya adalah rentetan pertelingkahan antara suami isteri tentang arah kiblat yang betul.
maka tanpa disedari oleh kedua-dua mereka untuk beberapa ketika..sehelai sejadah yang mereka gunakan untuk solat seharian boleh berada dalam kedudukan antara dua sujud dan menghala ke arah kiblat yang betul.
ini memang gempar... sama kegemparannya apabila ada antara kita yang melihat pelbagai kalimah di langit yang terbentuk dari awan.
sama kegemparannya dengan apa yang kita selalu lihat melalui internet foto-foto ikan tertulis kalimah, pokok rukuk, buah delima bertulisan kalimah dsbnya...
jika kita amat jarang menyentuh Al-Quran, sememangnya kita akan gempar atau terkejut beruk.
namun jika kita sekali sekala membaca Al-Quran, kita pun boleh jadi antara yang terkejut beruk jugak kerana kita hanya sekadar membaca serta handal tajwid sahaja.
tetapi jika kita adalah seorang yang hidup berpandukan Al-Quran maka perkara apa pun yang berlaku, ianya adalah tidak mustahil bagi kita kerana banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada kesaksian akan tanda-tanda kebesaran Allah di langit, di bumi, gunung ganang serta lautan, malah pada tubuh badan kita sendiri.
tanda-tanda yang Allah tunjukkan ini bukanlah sesaja sahaja. ianya sudah tentu membawa maksud yang tersirat setelah ramai manusia melihat yang tersurat.
jika kita menolak walau sedikit akan kesaksian Allah ini maka kita tergolong kedalam golongan yang KUFF.
lupakah kita akan peristiwa Israq & Mikraj Baginda Rasulullah?
peristiwa itu, di samping ianya adalah hadiah kepada Rasulullah setelah menanti selama 4 tahun akan wahyu yang tidak turun-turun, ia juga sebagai satu ujian untuk ummat serta pengikut Baginda.
Ujian yang Allah turunkan itu adalah untuk menjarakkan di antara 2 jenis pengikut atau ummat Muhammad, pertama yang benar-benar yakin dan kedua, yang ikut 50-50.
maka Maha Suci Allah, mereka-mereka yang hipokrit terus memalingkan wajah dari Rasulullah apabila Baginda menceritakan kisah yang berlaku pada malam Isra' Mikraj tersebut.
Lebih malang lagi setelah Rasulullah menunjukkan bukti kepada mereka yang munafik ini, mereka terus menolak dan kembali kepada kekafiran.
Alhamdulillah, yang tinggal bersama Rasulullah adalah mereka-mereka yang benar-benar yakin serta beriman kepada Allah & Rasulullah.
Maka kisah sejadah berdiri ini yang begitu banyak berlaku di negara kita kebelakangan ini sudah tentu mempunyai maksud yang tersirat untuk sesiapa sahaja yang mengalaminya.
contoh; pasangan suami isteri yang berselisih faham akan kiblat tadi. apa yang Allah mahu sampaikan kepada mereka? adakah mereka mahu berfikir? dan apakah ilmu serta iktibar yang masyarakat umum boleh ambil dari peristiwa tesebut?
di kelantan, pasir mas dan di kulim kedah...begitu banyak kejadian sejadah berdiri ini berlaku.. malah ianya berlaku di dalam surau dan ia berlaku dalam keadaan banyak sekali sejadah seolah-olah mereka sedang solat berjemaah.
cerita tentang sejadah.
sejadah bersolat.
maka mari sama-sama kita periksa diri kita sebelum diri kita diperiksa oleh malaikat.
bagaimana solat kita?
jangan hanya melihat dari perlakuan solat sahaja.
kerana pengertian solat sangat dalam.. ianya membawa hakikat pengabdian diri... ianya membawa hakikat kejadian kita sebagai hamba kepada Allah... ianya membawa hakikat berjemaah.. dan banyak lagi..
tidakkah kita mahu berfikir?
wasalam
5 comments:
salam sifu,
ada yg tertanya2: betul ke kajadian sejadah berdiri nih? entah2 kerja2 orang2 yg sengaja nak main2 or buat2. dan blablabla..
kata saya:
saya pun tak tahu betul ke salah ke, tapi kita ambik jerk la citer ni sebagai +ve. anggap semua ni pengajaran, ingatan pada kita. at least kita teringat2, terfikir2 siapa kita? dimana kita ?
salam sifu..
sbnrnya, terlalu banyak kejadian Allah yg maha hebat..
cuma kita kurang membuka mata dan fikiran...
salam....
pasti nya kita sedar sendiri yg kejadian allah tu memang benar wujud sebenar nya....
cuma ada segolongan manusia tidak pernah bersyukur...
Sifu....mek suka baca blog sifu...
tentang sejadah yg boleh berdiri tu,,baru2 ni mek ada terdengar dlm berita di radio...yg mengatakan semua tu kerja budak2 nakal..wallahualam bisawab....
Dulu semasa melihat dalam youtube tentang sejadah berdiri, tak terfikir apa-apa cuma berdetak dihati tak ada benda yang impossible.
Bila berlaku di Malaysia tak tau nak kata apa, cuma keadaan persekitaran sosial di malaysia sekarang menjadikan diri terasa gerun.
setuju, setuju :)
Post a Comment