Tuesday, January 16, 2007

Doa Buat Mangsa Banjir...



Salam...

Setakat saya menulis ini, mangsa banjir yang dipindahkan masih berada sekitar 100,000 mangsa. Doa saya buat mereka ialah mereka terus bersabar dan melakukan solat-solat taubat serta hajat agar dipermudahkan segala urusan ini.

Sesungguhnya setiap peristiwa itu ada hikmahnya biar se'dahsyat' manapun ia berlaku, pasti ada pengajaran yang Allah beri buat hambaNYA...

Cuma yang membezakan ialah, mereka-mereka yang yakin, faham serta bertaqwa yakni redho atas ketentuanNYA dan mereka-mereka yang putus asa, terpaksa redho, marah dsbnya...

'what a thin blue line'....

wasalam

Monday, January 08, 2007

Kahwin Lagi Satu kerana Takut Berzina....



salam semua....

lebih 70% suami yang berkahwin lain adalah kerana mereka 'takut' untuk melakukan zina.

dan lebih 80% dari mereka 'terbongkar rahsia' setelah setahun berkahwin.

berikut adalah hasil dari soal selidik yang dijalankan oleh satu badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mengenal pasti 'kesan', 'sebab' atau 'punca' poligami berlaku di dalam masyarakat.

sewaktu soal selidik ini itu hendak dijalankan, saya 'risau' 'takut-takut' hasilnya itu digunakan sebagai peluru berpandu untuk meletupkan sasaran-sasaran tertentu.

so bila lapuran yang dikeluarkan itu merujuk kepada peratusan di atas.... saya pun 'release' sikit...bukan aper, masih ada iman yang tipis di dada...dan saya pasti kebanyakkannya sebenarnya bukan takut berzina...mereka takutkan Allah...

poligami?.... ramai rakan saya berpoligami; ada yang 'smooth sailing' dan ada yang bercerai berai serta berberantakkan.....

kalau tanya saya camner nak ok dalam poligami?...jawapan saya ialah....pokok pangkalnya pada hati...dan sedikit sangat perihal isu keadilan....(sebab saya sudah melihat betapa secara kasar seorang isteri kedua itu susah namun beliau bahagia dengan 'routine' 2 hari seminggu dan gembira dengan rumahnya yang ada 2 bilik)...

sebab hatilah yang menentukan segala-galanya...nak jadi baik pun dari hati..nak jadi tak baik pun dari hati....

ianya soal pengurusan hati..... sebab kalau tak mampu (berlaku adil) beristeri 2, 3 atau 4...memadailah atau cukuplah dengan satu.....

wasalam

Ferris Wheel & Visit Malaysia Year 2007




salam buat semua...

2007; seperti yang semua dah tahu adalah Tahun Melawat Malaysia....

saya sempat menyaksikan aksi-aksi 'hebat' peluncur-peluncur berkulit putih di Taman Tasik Titiwangsa sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 melalui kaca TV tempohari...

dalam masa yang sama 'Eyes On Malaysia' dirasmikan oleh YB Perdana Menteri.

tidak banya yang boleh saya katakan mengenai program perasmian itu, sebab 'caption' lintas lansung dari tasik itu pun agak gelap.... mungkin yang berada di sana 'meriah' kut...

'Roda Feri' yang 'disewa' itu harapnya akan mendatangkan pulangan modal serta membuat sedikit keuntungan dengan tambang sebanyak RM15 utk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak...

Malaysia menyambut Tahun Melawat Malaysia dengan 'pancutan' bungan api yang saya anggarkan bernilai ratusan ribu ringgit yang meletup tanpa irama.... dan dalam masa yang sama masih terdapat lebih kurang 15,000 mangsa banjir berada di tempat-tempat perpindahan di selatan tanahair terutamanya di Negeri Johor....

pagi ini bila baca akhbar, YB datuk Shahrizat merayu agar lebih ramai sukarelawan 'turun' ke Johor bagi membantu membersihkan kawasan-kawasan banjir dan dipohon lebih ramai lagi yang tampil memberi bantuan kepada mangsa...

dan di pantai timur, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran 'merah'; berbahaya dan berjaga-jaga untuk semua penduduk di sana kerana cuaca yang tidak menentu serta ribut yang akan datang bila-bila masa sahaja.....

dalam termanggu..... saya melihat langit... ya 'lately' ni langit agak suram... dan sudah tentu keadaan ini baik bagi kita semua....berdasarkan 'semua yang Allah jadikan itu baik'...dan sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian...

apapun...'Selamat Tahun Melawat Malaysia 2007'....

wasalam

Saturday, January 06, 2007

Sudahkah kita memberikan yang terbaik?

salam semua...

dalam kehidupan seharian, kita sering mengalami berbagai-bagai tugasan yang tidak berhenti-henti...dari kecil sehingglah mati...

namun, tugasan-tugasan itu antaranya membuahkan hasil yang 'cukup makan' sahaja.
mengapa boleh jadi cukup makan?
kat mana penilaian yang membuatkan kita sendiri merasakan ianya cukup makan?
tidak perlu kita mempertikaikan faktor-faktor luaran kerana dalam Islam tiada istilah menuding jari ke pada pihak lain kecuali ke pada diri sendiri sahaja...

sekerap mana kita melakukan muhasabah diri? setiap hari? setiap bulan atau setiap tahun? atau setiap kali kita dirundung 'malang'?

lakukanlah setiap tugasan dengan baik dan sesempurna yang mungkin... kerana meletakkan effort yang tinggi sering menjanjikan kesempurnaan dan hasil yang baik..

ada seorang rakan 'mat saleh' saya sering mengucapkan..."when we do the same thing, we will get the same result"...

jadi jika kita melakukan sesuatu perkara sekadar memberikan 40% sahaja tumpuan... sudah pasti resultnya pun sekitar 20% ke 30%... dan jgn sesekali mimpikan 100%....

so nak result 100% kenalah beri yang terbaik... sehingga tahap 150%.....

insya Allah, kesannya amat mendalam terutamanya terhadap diri sendiri....

selamat memberikan yang terbaik....

wasalam

Ilmu dan kepentingannya..

salam....

..."orang yang tidak berilmu di akhirat kelak akan disiksa oleh Allah sebelum orang-orang kafir yang menyembah berhala itu di siksa"

itu adalah petikan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bertugas di Masjid bandar Kinrara semalam.

betapa pentingnya ilmu di sisi Allah dan kesan ke atas kita yang sering menolak tepi ilmu-ilmu yang datang mengolek ataupun tidak.

"menuntut itu ilmu fardhu ke atas setiap umat Islam"
"tuntutlah ilmu itu dari buaian sehingga ke liang lahad"
"tuntutlah ilmu itu sehingga ke negeri Cina"

begitulah cerita perihal ilmu...

harapan saya, tahun ini, kita semua akan bersungguh-sungguh menambah dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pastikan ilmu itu baik dan boleh diamal serta di menafaatkan ke sekelian alam....

wasalam

Tuesday, January 02, 2007

Tahun 2007 = Tahun "Attitude Re Tuning Program"

salam semua...

Tahun 2007 ini adalah Tahun 'Attitude Re Tuning Program' atau ARP
apa itu ARP?

ARP ialah singkatan kepada Attitude Re Tuning Program, satu Program Pembentukan Sikap yang menggunakan nilai-nilai sikap cemerlang sebagai 'alatan' dalam proses untuk menghasilkan insan yang benar-benar bersikap cemerlang serta hebat malah mantap dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.

ARP mula 'masuk' ke pasaran Malaysia pada penghujung Tahun 2006 dan kini, telah menerima banyak tempahan dari organisasi-organisasi yang mahukan setiap warga kerja mereka 'kemas & mantap' dengan sikap yang 'betul lagi cemerlang' dalam menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi.

ARP secara lansung akan melahirkan Modal Insan yang bersikap 'Ultra Positif' yang bersedia untuk menaiktaraf atau menambahisi ilmu di dada atau kepakaran diri dengan dorongan kekuatan dalaman diri. Ini sekali gus akan memberi kesan positif pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi, masyarakat serta negara.



















'Alatan' yang digunakan untuk Program ARP ini ialah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah....

Ingin tahu lebih lanjut?.....

Bagi mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk mengalami, menyertai dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan ARP, bolehlah menghubungi STRATEGIC CORPORATE ALLIANCE SDN BHD dan pegawai yang berkenaan;

Talian Pejabat : 03-8070 4587
Saudara Shamsul Kamal : 019-292 4274
Saudara Fahmi Taib : 016-634 5489

wasalam

Sunday, December 31, 2006

Salam Tahun Baru Masihi 2007....




salam semua...

masa saya menulis ni..kurang lebih 40 minit lagi kita semua akan meredah masuk ke tahun baru masihi 2007...

kenapa saya kata meredah?... sebab rata-rata kita terpaksa untuk menerima tahun baru pada setiap tahun tanpa sebarang persediaan yang benar-benar sedia...

oleh itu tidak ramai yang berjaya dengan 'azam-azam separuh masak'.... azam yang hanya di'tukar kulit' sahaja...isinya masih sama...

iyelah..cth: azam nak kuruskan badan..hanya akan bertahan selama paling lama 3 bulan sahaja....pastu..semua belasah balik..silap haribulan, berat boleh jadi bertambah...

perlukah kita bersedia pada setiap akhir tahun sebelum tahun baru menjelma dengan berbagai azam dan perancangan yang teliti ataupun tidak?... perlukah?

atau kita sebenarnya perlu sentiasa bersedia tidak kiralah pada bila-bila masa...?

ketika ini saya teringat sepotong ayat "Berusahalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya"...

persoalan....

adakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh seolah kita akan hidup seribu tahun lagi.... berusaha bermati-matian dalam setiap apa yg kita kerjakan....(sudah pasti niatnya kerana Allah s.w.t....untuk jatuh ia menjadi ibadah @ wanusuki..)...

adakah kita sudah melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh yakni yakin dan faham akan apa yang kita kerjakan?.... sudahkah?...

kalau sudah...Alhamdulillah...
kalau belum...masih ada masa, insya Allah...

apapun...sama-samalah kita berdoa agar hari-hari mendatang nanti akan menyaksikan kita ini tergolong ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang yakin, faham serta beriman...yang tenang jiwanya....dan yang berusaha dengan penuh kesungguhan....serta dengan kehidupan yang seluruhnya dalam istilah 'wanusuki'....Lillah Hi Robbil Alameen...

wasalam

Saddam Hussien - Inna Lillah....



salam semua....

pagi tadi saya sempat menjengok berita dan antara slotnya ialah berita tentang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum gantung sampai mati...

"..sebaik selepas subuh, Saddam di bawa ke bilik gantung dan di tangannya ada kitab Al-Quran.." antara lapuran berita tersebut....

dan juga terdapat visual Saddam di sarung tali gantung dan mayatnya yang terbujur selepas meninggal dunia...

Iraq?.... ya Iraq terus huru-hara dengan pemerintahan baru yang hanya sekadar 'puppet' Amerika Syarikat...'puppet' yang membiarkan Amerika terus mengawal minyak Iraq...

saya terus teringat akan Afganistan... sebaik pemerintahan Afganistan ditumbangkan, rakyatnya terus kembali ke amalan lama iaitu membela kanak-kanak lelaki untuk memuaskan nafsu mereka... mereka terus 'bebas' memenuhi nafsu serakah yang hanya mampu di'kawal' oleh pemerintahan taliban....

orang arab dan kehidupan padang pasir, membuatkan mereka antara manusia yang agak kasar sedikit dari manusia lain... maka atas lumrah itu, mereka perlukan pemerintahan yang 'robust' yang boleh mengawal mereka luar dan dalam....

namun, pemerintah dan cara pemerintahan hanya pengisian 'jawatan'.... jika tidak disertakan dengan kasih sayang, dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.... siapa sahaja yg kita letakkan di atas sana.... serupa sahaja...

kembali kepada Iraq & Saddam....

saya juga sedikit sedih..dalam memenuhi kehendak Amerika, Saddam digantung pada hari-hari seluruh umat Islam akan menyambut 'Hari Raya Korban @ Eid Ul Adha'...

apa rasionalnya?.... Saddam seorang Sunni..sudah pasti para Shia' amat menanti hukuman ini.... bukankah Sunni & Shia juga umat Islam?....

Sorak Shia' tidak sekuat sorak George W. Bush Jr.
Sorak Shia' adalah tangisan Sunni...

Siapa yang akan terus bersorak? Sudah pasti George Bush dan kuncunya....
Berapa hari puak Shia' boleh terus bersorak...dan akhirnya akan menghadiahkan Al-Fatihah juga buat Saddam?....

Saya pernah duduk berbicara dengan seorang Mufti... saya ajukan pertanyaan tentang puak Shia' ini.... Beliau dengan tenang menyatakan, selagi mereka itu mengucap dua kalimah syahadah..selagi itu mereka Islam...dan untuk menghukum mereka sesat...jgn sesekali....

Begitulah Saddam...ya Beliau nampak kejam...sehingga membunuh beribu-ribu rakyatnya... dan saya pasti, di hujung hayatnya...jika beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat.... siapakah kita untuk mengatasi kekuasaan Allah untuk memberi pengampunan dan menerima taubatnya....

saya juga teringat kisah seorang lelaki yang membunuh ibu saudaranya di Arab Saudi... sehingga saat akhir, beliau tidak diampunkan oleh waris ibu saudaranya... namun setelah si pemancung mengangkat pedang utk melaksanakan tugasnya..bapa saudara yakni waris kepada ibu saudaranya dengan kuat mengucapkan "Aku waris si mati mengampunkan kamu"....

lelaki itu longlai dan merasakan mati hidup semula...(sila ikuti Mingguan Malaysia minggu lepas)....

begitulah indahnya hukuman Allah.... hanya waris yang berkuasa memberi ampun kepada pesalah....

Saddam?.... tiada siapakah yang mahu memaafkannya?....
Tiada sedikit jasakah dia?... saya tidak pasti.... namun, Iraq menerima pakai undang-undang Amerika...maka, hanya tali gantung 'Made In America' yang layak menjerut dan menamatkan riwayat seorang hamba Allah di subuh hari mantai Aidil Adha...

Al-Fatihah buat Saddam...

Eid Ul Adha....Korban = Pengorbanan...




salam semua...

alhamdulillah... seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut Eid Ul Adha dengan suasana penuh 'keredhoan'...redho kerana Eid Ul Adha ini sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan terbesar dalam sejarah...

kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat mimpi yang memerintahkan Baginda untuk menyembelih anak kesayangan beliau yakni Nabi Allah Ismail...

Nabi Allah Ismail pula apabila disampaikan berita akan perintah Allah melalui mimpi ayahnya Nabi Allah Ibrahim, terus redho dan menerima ketentuan itu lalu bersedia dan amat yakin sekali..."Laksanakanlah perintah itu ya Rasul Allah, ayah ku...nescaya kamu akan mendapati aku berada dalam golongan mereka-mereka yang sabar..."kata Nabi Allah Ismail...

Tiada 'ek' tiada 'ah'..tiada 'yer ker'...dsbnya..... semuanya atas 'Samiaqna Wa atoqna...'.."Kami dengar Kami Patuh"...

itulah kisah pengorbanan paling besar yang menjadi contoh kepada setiap umat manusia khususnya umat Islam...

adakah kita sudah diuji sedemikian?...adakah kita sudah diuji sedahsyat demikian?..

wallah hu aklam....

ujian atas iman yang paling baik ialah..apabila kita sanggup berpisah dengan apa yg kita sayang...atau paling sayang...

kalau kita benar-benar redho....insya Allah...Allah akan memberi ganti kepada pengorbanan kita itu... sebagaimana Allah mengantikan Nabi Allah Ismail kepada satu haiwan @ kibas yang begitu baik, tegap dan sihat... sebagai tanda kebesaran Allah dan sebagai hadiah bagi umatNYA yang beriman...

begitulah.....

untuk hebat kita perlu berkorban...
untuk bahagia kita perlu berkorban...

korban harta, jiwa serta perasaan....

yakinlah...Allah akan mengantikan kita kepada perkara yang lebih baik apabila kita benar-benar fahami & yakini serta redhoi makna korban atau pengorbanan kita itu...apatah lagi ianya memang dituntut oleh Pencipta kita...

salam aidil adha buat semua...di mana sahaja anda berada...

wasalam

Saturday, December 30, 2006

Bila Line Internet 'Kong Ka Li Kong'...

salam....

kelam kabut dunia sebelah sini apabila berlaku 'earthquake' di dasar laut Taiwan tempohari....

para bloggers & forumers semuanya...menggeletar..bukan sebab aper..sebab tangan menggigil tak dapat menulis....

saya sendiri yg menggunakan khidmat talian DiGi dengan EDGEnya mengalami gangguan dan telah pun dipohon maaf dari operator telefon tersebut kerana berlaku gangguan sesekali....sesekala...

apapun...beginilah keadaan manusia akhir zaman.... rasa macam dah 'sophisticated' rupanya terlalu 'fragile' dan mudah pecah bila terhempas.... so istilahnya?... terlalu tidak 'independent'......

apapun... line akan ok sepenuhnya dalam masa 3 - 4 minggu.... dan saya menjangkakan negara India akan menggunakan 'bencana' ini dengan mempromosi 'tapak' server di negara tersebut....

Malaysia, Singapura, Indonesia?.... payah kut sebab kedudukan negara yang terletak di garisan gempa yang amat tidak stabil untuk kabel dasar laut.... dan berbagai lagi...

esok Eid Ul Adha.....

salam Eid Ul Adha dari saya buat awak semua....

wasalam

Sunday, December 24, 2006

Selamat Hari Natal...



buat semua rakan saya serta masyarakat Malaysia yang menganut Agama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal buat anda dan keluarga tidak kira di mana jua anda berada...

semoga Allah memberi taufiq, hidayah, rahmat serta petunjukNYA....insya Allah

Saturday, December 23, 2006

Oh Tuhan....

Oh Tuhan....
Aku tahu Engkau memerhatikan...
Aku tahu Engkau Maha Mengetahui...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihi...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihani...

Oh Tuhan...
Telah banyak dosa yang aku lakukan...
Telah banyak kezaliman yang aku lakukan...
Telah banyak kemungkaran yang aku lakukan...
Telah banyak kebinasaan yang aku lakukan...

Oh Tuhan...
Ampunilah segala dosa-dosaku...
Terimalah semua taubat-taubatku...

Oh Tuhan...
Aku tahu Engkau tetap dengan janji-janjiMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan masa-masaMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan azab-azabMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan rahmat-rahmatMU...

Oh Tuhan...
Berilah ketenangan kepadaku...
Berilah rahmat kepadaku...
Berilah kemudahan kepadaku...
Berilah petunjuk kepadaku...

Oh Tuhan...
Akulah hambaMU...

Air Terus Naik..."Banjir Makin Teruk"....



salam semua....

semasa saya menulis ini, jumlah mangsa banjir yang telah di pindahkan meningkat kepada 80,000 mangsa...

lihat gambar di atas.... gambar terakhir saya lihat sebegini ialah semasa foto-foto tsunami di acheh...

cuma bezanya..... tiada ombak....

habis semua....

simpati kepada mangsa... doa saya mereka semua selamat dan tabah menghadapi situasi sebegini... banyak hikmahnya....

antaranya ialah...Allah mampu dan sangat-sangat berkuasa untuk melakukan segala-galanya... dan segala perancangan manusia itu hanyalah sekelumit zarrah sahaja...

pemanasan global?...taufan...? iklim luarbiasa?.... itu hanya istilah ciptaan manusia..yang telah termaktub di dalam Al-Quran....

cuma ketahuilah..di saat ini, Allah melihat dan menanti di mana antara hambaNYA yang terus yakin, faham dan semestinya REDHO dengan ketentuan.... REDHO dengan sebenar-benar REDHO...REDHO dari segi niat, lafaz dan perbuatan..... REDHO yang total...

wasalam

Friday, December 22, 2006

Banjir ke Tsunami Tanpa Ombak?



salam semua...

setakat ini berita 'banjir' yang berlaku di selatan tanah air tiada khabar beransur surut...cuma di JB sahaja 4000 mangsa telah kembali semula ke kediaman masing-masing...

'in-total' banjir di seluruh negara telah menyaksikan lebih kurang 30,000 telah dipindahkan ke tempat-tempat selamat...dan angka ini tidak termasuk yang tidur atas bumbung rumah selama berhari-hari dengan berbekalkan keropok & maggie mee...

apapun... selepas saya melihat visual melalui berita di tv semalam....

hati saya hanya mampu berbisik.....ini bukan banjir....ini 'tsunami' cuma tsunami ini tidak datang dengan ombak.....

rata-rata visual yang dihidangkan menyaksikan hanya bumbung rumah kelihatan dan lebih memeranjatkan, visual bas yang terbalik, kereta hanyut dan masuk ke parit, orang-orang 'merompak' pasaraya dan banyak lagi.....

apa itu semua?..... masing-masing ada intrepetasi tersendiri....

air yang melimpah itu adalah air lumpur....datang dari laut yang suci.... dan dari segi kajiannya, ianya berpunca dari ribut atau taufan dari Filipina...

dan apa yg kita selalu lakukan dengan air lumpur ini?.... yaa... kita samak diri kita dari segala najis-najis.....

nak tunggu samak sendiri....lambat kut.... so kenalah Allah samak kan untuk kita....

jadi.... seribu hikmah yang tersirat ada di sebalik peristiwa 'banjir besar' ini....

sama-samalah kita periksa balik...di mana kita ketika ini..bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta....bagaimana adab kita dengan Rasulullah......dsbnya...

Al-Fatihah untuk semua bangsa bencana dan juga untuk diri kita sendiri....

wasalam.....

Thursday, December 21, 2006

Mentor vs Bintang Cari Bintang....



salam semua.....

saya ketika ini memang secara terus terang sangat 'rimas' dengan promo mentor vs bintang cari bintang....

rimas apabila melihat 'gelek' anak didik inul (satu caption program itu di indonesia yg diinsert dalam promo itu)...

rimas bila menyedari betapa promo itu ditonton oleh berjuta-juta rakyat malaysia yang terutamanya remaja & kanak-kanak....

rimas apabila menyedari betapa ianya 'berpengaruh' terhadap minda remaja & kanak-kanak....

rimas apabila setiap hari, promo itu diulang tayang berkali-kali.....

soalan rimas kepada diri saya ialah....'sampai bila'?....perkara ini akan berakhir?... tidak cukupkah keruntuhan yang sudah berlaku di hadapan mata?.... perlukah lagi kita meng'import' keruntuhan dari luar untuk di satukan agar keruntuhan yang berlaku nampak 'gah' dan hebat?....

cuba lihat dengan teliti foto yang saya sertakan di atas....
perhatikan kalimah yang tertera di t-shirt merah yang dipakai oleh gadis itu....

boleh lihat dengan jelas...ianya ialah kalimah syahadah....

sekarang kita fikir..... kena ke tak kena?.....
mmmmm....mungkin ada yang kata tak kena.... memalukan..dan sebagainya...
dan mungkin ramai yang 'tak kisah'.....sebagaimana aiman cakap 'aiman tak kesahhh'...

pasal apa tak kisah?.... pasal tak tahu apa itu Allah...dan tak kenal siapa itu Muhammmad Rasulullah....

sebagai kanak-kanak dan remaja....minda mereka begitu 'peka' dan cepat menangkap persekitaran dalam proses mereka membesar.... ianya akan menjadi memori dan akan diulang-ulang tayang sehingga mereka sendiri akan melakukan apa yang telah dirakam...

dan kita tahu pengaruh televisyen begitu besar dalam satu-satu institusi kekeluargaan... rata-rata setiap rumah pasti ada sebuah televisyen....

cuba buat homework sikit..... kita buat catitan atas apa yang disiarkan oleh tv..... dari mula hingga habis siaran..... kita hanya buat kategori hiburan dan pendidikan...

pastu kita beri peratus..... dan sebelum kita habis mengira berapa peratus... otak kita sudah tentu akan memberikan jawapan.....

begitulah dunia.... ianya akan terus menerus menyesakkan.... sebagaimana kata-kata Saidina Ali R.A....."akhir zaman nanti, maksiat itu akan masuk ke rumah kamu tanpa kamu pergi mencarinya...."...

sama-samalah kita renungkan....

wasalam

Wednesday, December 20, 2006

Eidul Adha Menggamit HambaNYA yang Bertaqwa....



salam semua....

apa kaitan foto di atas dengan tajuk yang saya beri?...

foto itu saya rasa semua tahu bangunan tersebut....ya bangunan yang paling 'seksi' di ibukota kuala lumpur...seksi aper yer?...sebab pinggang dia 'ramping'....

apapun...bangunan itu berfungsi menempatkan satu organisasi yang mengguruskan 'rukun islam' kelima untuk rakyat malaysia... Lembaga Tabung Haji....

dan sebut pasal 'haji'.... seperti yang kita semua tahu, kini berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Makkatul Mukarramah dan menanti saat untuk berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan fardu haji disamping melakukan ibadah korban di sana....

Lab Bai Kallah Hum Malabbai...Lab Bai Kala Syarikalabbai....

bagi yang telah menunaikan fardhu haji..syukur alhamdulillah...
bagi yang belum, insya Allah...anda akan dijemput juga ke sana satu hari nanti.... kuatkan azam...tanamkan niat...mohon dipermudahkan....

Eidul Adha.... bakal tiba.... dan sudah tentu ianya adalah berkaitan dengan ibadah korban, berkaitan dengan pengorbanan, berkaitan dengan keimanan, berkaitan dengan keyakinan, berkaitan dengan kefahaman, berkaitan dengan kesucian.....

peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail...
peristiwa henjakkan kaki Baginda (Nabi Allah Ismail) sehingga terbit mata air zam-zam yang tidak akan kering sehingga kiamat....
peristiwa safa & marwah......
dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya....

adakah peristiwa itu sekadar peristiwa atau, kita mengambil langkah pro-aktif dengan mendalami peristiwa tersebut untuk mendapat kefahaman yang mana kefahaman itu akan menghasilkan keyakinan dan seterusnya keimanan kepada Allah.....

adakah peristiwa itu memberi contoh terbaik bagaimana kita mahu mengukur tahap pengorbanan kita dalam hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah Al Khaliq...

sama-samalah kita melakukan muhasabah.....

janganlah risaukan dosa yang menggunung...kerana dengan kekuasaan Allah, ianya akan hancur sekiranya seseorang itu benar-benar bertaubat dan insaf atas perbuatannya yang lalu....

jangan jadikan alasan dosa-dosa dahulu sebagai rantaian yang mengikat kaki untuk maju kehadapan.... kerana banyak beralasan itu salah satu dari sifat-sifat org-org yang mensyirikkan Allah....

orang hebat ialah orang yang berani berubah...
orang hebat ialah orang yang berani berkorban... ya, kudrat, harta, jiwa serta perasaan..

wasalam....

Friday, December 15, 2006

Kelas Reiki esok (16 Dec 06) ditunda... Harap Maklum..

salam semua....

kelas Reiki Level 1 yang sepatutnya di adakan esok telah ditunda ke tarikh yang lain.

ianya adalah kerana beberapa faktor seperti 'orang kahwin', 'bercuti', 'meeting' dan sebagainya.... ;-)

harap maklum...

Jumaat datang lagi dengan berita tol akan naik....



salam Jumaat Yang Mulia buat semua...

Jumaat datang dan pergi..
kali ini Jumaat datang dengan berita kadar tol akan naik mulai 1 Januari 2007..

dalam Berita Harian...Menteri Kerja Raya mengatakan..

"Kerajaan tidak boleh terus membayar pampasan kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan infrastruktur lain yang bermanafaat kepada rakyat (jelata)"

saya menambah perkataan 'jelata' itu kerana menteri ini selalu menggunakannya dalam setiap sesi ucapan atau soal jawab dengan pemberita...

dan selalunya jelata itu adalah perkataan yang digunakan oleh seorang Raja....cth. "Beta amat berbangga bahawa rakyat jelata sekelian begitu taat kepada kerajaan Beta"....

kadar yang naik dari serendah 30sen sehingga semaksima RM1 itu sudah tentu akan memberikan 'tekanan' baru buat semua rakyat yang menggunakan jalanraya yang ber'tol'...

satu perkara yang menarik ialah berkenaan dengan 'pampasan'....apa itu pampasan? mengapa perlu ada pampasan kepada syarikat konsesi yang mengutip tol itu? adakah pampasan itu memang telah dunyatakan di dalam perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi?....dan tidak pula dinyatakan kepada rakyat tentang perihal pampasan itu?.... hujung jatuhnya kita terimalah 'kepanasan' atau 'bahang' akibat kenaikan kadar tol itu...

minyak sudah naik...
letrik sudah naik...
air juga naik.......
kini tol pula naik..

dengan tekanan yang dialami oleh rakyat dari bentuk wang ringgit, dan dalam masa yang sama rakyat ditekan dalam bentuk emosi oleh pembikinan banglo-banglo berjuta ringgit oleh para penguasa... adakah ini wajah terbaru negara kita?

wajah-wajah penguasa yang sedikitpun tidak merasa bersalah... apa nak bersalahnya, rm50 bagi mereka ialah seperti 50sen sahaja...

saya teringat dan sering teringat bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu cermat menggunakan amanah yang diberi oleh rakyat sehingga pelita yang digunakan juga diambil kira....

kita juga amat arif bagaimana, jika rasuah wang ringgit atau rasuah kedudukan berleluasa, sesebuah negara itu boleh rebah dan sudah tentu masyarakatnya juga akan berberantakkan...hilang punca dan akan wujud huru hara....

huru hara itu perkara besar dan tidak perlu dipikirkan.... kita fokus pada masalah kecil di dalam rumahtangga.... bagaimana sepasang suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak boleh membesarkan anak dengan keadaan tekanan?...tidak cukup wang utk meneruskan kehidupan dsbnya....

saya sendiri merasakan bagaimana peritnya kehidupan 'orang-orang susah' ketika saya memberi kursus kepada asnaf-asnaf Lembaga Zakat Selangor....

purata pendapatan mereka hanya sekitar 1,000 ke rm1,200 sebulan.... anak paling kurang 3 orang... boleh kita bayangkan....

bukan mereka tidak berusaha...mereka keras berusaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan itu...namun jurang di antara mereka dengan si kaya semakin besar dan mustahil untuk dirapatkan....

saya turut berfikir...adakah ini 'perjalanan' alam?....
dan saya tidak pernah terlupa untuk berfikir bahawa semua kisah-kisah penguasa yang rakus, fakir miskin serta seorang penguasa yang baik dari sejuta penguasa yang korup memang sudah termaktub di dalam Al-Quran.....dan ini adalah perjalanan seorang musafir yang berkelana mencari KEKASIH....

sampai bila?.... hanya Allah Maha Mengetahui....

kita?... teruslah yakin dan berusaha.... kerana buih dilautan boleh bertukar menjadi intan berharga dengan syarat, buih itu tahu, faham serta yakin 'kedudukan' dirinya dengan penciptanya....

wasalam

Thursday, December 14, 2006

Suami Isteri....Di Mana Kasih Sayang...???



salam semua....

'lately' ni banyak yang merujuk menuju ke arah hubungan suami isteri...

telah saya beritahu berulang-ulang kali bahawa hubungan suami isteri bukanlah satu pertandingan atau perlumbaan...

ianya adalah lebih kepada satu perkongsian pintar di mana suami memegang 51% saham dan isteri memegang 49% saham...

perkongsian yang berdasarkan pembahagian hak masing-masing mengikut tugas dan tanggungjawab, penghormatan sesama insan yang saling memerlukan, penyaluran kasih sayang yang tiada batasnya, pengorbanan yang mempunyai objektif dan sebagainya...

dan sudah pasti dalam satu-satu perkahwinan itu, pembajaan kepada kasih sayang amatlah perlu....ungkapan 'i love u', 'darling', 'ayang', 'anje' dan sebagainya yang sering menjadi hiasan mulut sewaktu bercinta hendaklah diteruskan tanpa ada kekuk dan sebagainya...

'kucupan' manja sebelum pergi ke pejabat/kerja, 'pelukan' sayang perlulah diteruskan malah digalakkan sebagaimana perlunya satu sama lain tidak mengira masa....

perkara-perkara yang saya sebutkan itu memang perlu dan malah hendaklah menjadi asas kepada kejituan satu-satu rumahtangga yang hebat serta harmoni....

mengutamakan keluarga adalah satu kemestian dan ianya adalah termaktub dalam kitab perjuangan seseorang itu di mana, jika seseorang itu menganggap si isteri adalah pemangkin dan si isteri pula menganggap si suami adalah pemangkin maka pemangkin itu sudah sepatutnya menjadi penyebab kepada kecemerlangan satu-satu rumahtangga....

persoalannya sekarang...ialah mengapa, cinta menjadi pudar?... mengapa kasih sayang menjadi suram?.... di mana perginya semua janji-janji manis.... adakah mahu kita katakan ianya hanya indah khabar dari rupa atau kita sudah masuk ke dalam perangkap yang kita sendiri buta apabila berhadapan dengannya?

cabaran kehidupan memang menjadi salah satu faktor yang utama dalam rumahtangga...
gangguan keluarga juga boleh menjadi satu punca mengapa pasangan suami isteri berberantakkan hubungannya....
faktor 'bodoh sombong' atau sikap suami mahupun isteri juga menjadi faktor penyumbang kepada keretakkan rumahtangga...
sikap ego suami atau isteri juga tidak kurang menjadi penyebab mengapa rumahtangga tidak sampai ke akhir hayat....

ingatlah....'always focus on solutions' dan bukannya 'focus on problems'...
contoh ketara... apabila kita mempunyai masalah kewangan.... adakah kita hanya berfikir kepada kitaran hutang yang berlambak? atau kita mencari jalan penyelesaiannya? semua orang berhutang....hutang tetap hutang namun tidak ramai yang dapat keluar dari belengu hutang kerana setiap hari mereka memikirkan hutang dan bukannya mencari jalan utk menyelesaikan hutang....

di mana perginya kekuatan minda... di mana perginya tulang empat kerat.... di mana perginya semangat berusaha....di mana hilangnya disiplin diri...

janganlah malu kerana mempunyai banyak hutang....tetapi malulah jika tidak mampu mencari jalan keluar dari belenggu hutang itu....

sia-sialah Allah menjadikan manusia itu sesempurna makhluk...jika hanya tahu membuat kerosakan tetapi tidak tahu cara memperbetulkannya....

di mana perginya ilmu pengetahuan...tidaklah perlu belajar tinggi untuk mencari sumber rezeki yang halal..... hanya berbekalkan kejujuran, keikhlasan..seseorang itu mampu untuk mengubah kehidupannya dari susah kepada senang....dengan syarat, seseorang itu tahu apa itu masalah dan apa itu peluang....

ramai orang-orang menjadi senang atau kaya di atas kesusahan... cth. kita pening kepala...sudah tentu pembekal dan pencipta uphamol atau panadol atau klinik akan mendapat rezeki dari kesusahan kita itu..... belum cerita pasal perang lagi... ramai pembekal senjata menjadi kaya raya...di atas penderitaan sesebuah negara yang berperang....

apakah ubat kepada segala kesusahan ini?...
apakah ubat kepada segala kepeningan masalah suami isteri?...

ubatnya ialah kasih sayang....

kasih sayang perlu digilap.... ia umpama cermin.... cermin yang lama tidak digilap kelam sinarnya....malah tidak bersinar pun....
tetapi jika cermin itu digilap setiap hari, kita akan saksikan sinarnya.... kita akan saksikan dengan baik bagaimana diri kita ketika ini...

jika cermin sudah terang...maka untuk bermuhasabah diri pun senanglah sikit....

begitulah sedikit sebanyak...

wasalam

Friday, December 08, 2006

Pendaftaran Kursus Reiki Level 1 dibuka sekarang...



salam buat semua....

pendaftaran untuk Kursus Reiki Level 1 adalah dibuka sekarang...
maklumat untuk Kursus tersebut adalah seperti dibawah...

Tarikh : 16 Disember 2006
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 pagi hingga 2.00 tengahari
Lokasi : No. 14B, Jalan 2/21D, Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Yuran : RM150.00 seorang.

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 untuk pendaftaran.

untuk maklumat perihal Reiki, boleh click di Label 'Reiki' dan dapatkan tulisan-tulisan serta peta untuk ke sana.
sila 'confirm' selewat-lewatnya Khamis 14 Disember 2006 untuk urusan penyediaan nota, sijil dan perkara-perkara yang berkaitan.

wasalam

Thursday, December 07, 2006

Kehidupan Yang 'Bahagia' & 'Cantek'....



salam semua...

lama jugak tidak menulis perihal perkahwinan; suami isteri.

bukan apa...masa terus menghambat diri ini agar memenafaatkannya dengan sepenuhnya...
memang hajat amat besar sekali untuk menulis dan update blog ini serta buku-buku, jurnal, cerpen dsbnya diwaktu dinihari....

namun jadual saya sebelah malam, setiap kali pulang dari ofis, sampai di rumah selalunya selepas maghrib (dan sering juga selepas isya')... sebaik solat isya' saya akan 'melayan & melekakan' anak-anak agar mereka 'alpa' sikit dari ibu mereka (utk memudahkan isteri saya yang juga sering sampai di rumah 'time-time' lepas maghrib) mandi, solat dan menyiapkan sedikit makan malam...

lepas makan malam.... meluangkan minima setengah jam bersama anak-anak, memeriksa kerja-kerja rumah mereka sebelum 'memaksa' mereka untuk tidur awal agar bangun subuh awal juga...(anak yang darjah 5 tu memerlukan pantauan dan disiplin yang ketat - ingat formula umur : 1 -7, 7-14, 14-21 ???...mesti ingatkan... itu formula didikan anak-anak..)

anyway.....

buat rakan-rakan diluar sana.... cerita gelora perkahwinan selalu kita dengar... dan amat jarang sekali kita mendengar perihal indahnya perkahwinan... mengapa yer?

kerana itu sudah lumrah manusia... mereka akan menyembunyikan yang bahagia... kerana bagi mereka, kebahagiaan itu tidak perlu dikongsi beramai-ramai... yang sedih boleh kongsi.... sebab?.... manusia memang memerlukan 'simpati'....dahaga kepada belaian dan kasih sayang....

bagi saya, sedih serta suka perlulah dikongsi bersama.... sedih dikongsi untuk meredakan suasana dan emosi....serta mendapat kekuatan untuk mengharungi badai yang bergelora....
suka juga dikongsi untuk mendapat tips-tips kebahagiaan agar boleh diguna pakai demi mendapatkan masyarakat yang begitu baik dan penuh dengan nilai-nilai kasih sayang...

namun...

begitulah lumrah dunia....begitulah lumrah alam...itulah sifir kehidupan...

formula khusus untuk para pejuang kebahagiaan = anda perlu utamakan diri anda.... bukan untuk jadi 'selfish' tetapi mengutamakan diri anda terlebih dahulu sebelum memikirkan atau membantu orang lain...

mengapa?...

kerana kita adalah satu bentuk 'tenaga'... walaupun kita berunsur dari tanah, air, api dan angin..namun apabila dimusnahkan semua unsur itu..kita hanya akan memperolehi satu jisim 'atom'..... jisim atom yang mempunyai tenaganya yang tersendiri...

tenaga yang terhasil ini adalah berpandukan kepada 'hati' seseorang itu... pernah dengar 'hati adalah Raja kepada semua anggota'?... ya... bermula dari hati lah, segala perjalanan hidup kita dimanifestasikan.... hati yang baik akan melakukan perkara-perkara yang baik.... bercakap perkara yang baik, berfikir perkara yang baik dsbnya.....

manakala hati yang 'tidak baik'...akan memanifestasikan perkara-perkara yang seangkatan dengannya juga..... itu sudah pasti....

mengapa berlaku yang 'tidak baik' itu? kerana diri kita telah dimanupulasikan oleh akal....

hati senantiasa 'membisik'kan perkara-perkara yang baik.... dan akal akan memproses perkara-perkara itu untuk mengarahkan tindakan diambil.... akal pula sering 'diperdaya' oleh nafsu.... dan nafsu pula sering dipermainkan oleh hasutan syaitan dan iblis....

seringkali kita menderita akibat 'termakan' hasutan ini...
seringkali akal tertipu dengan muslihat syaitan ini...
seringkali anggota menderita akibat kesan perlakuan 'tidak baik' ini...

dan hati?....

hati akan menangis duka dan berlara.... apa yang boleh kita lakukan setelah 'nasi menjadi bubur'?... taubat...?...kembali kepangkal jalan?... ya itulah sering kita lakukan selepas 'lajakan demi lajakan' yang kita lakukan di dalam kehidupan....

berbalik kepada soal hati itu.... pernah dengar 'love attract love'...'hatred attract hatred'..?... kasih sayang menambat kasih sayang.... kebencian mengundang kebencian....

itu formula asas diri... kalau kita seorang yang penuh dengan kasih sayang...maksud saya diri kita sendiri sayang saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita...maka diri kita sebenarnya penuh dengan kasih dan sayang....

begitu juga jika diri kita penuh dengan kebencian, dengki, marah, sakit hati, tamak haloba dsbnya...maka kita akan dikelilingi oleh manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut.... begitulah....

umpamanya...
tiada orang solat yang akan dikelilingi atau disukai oleh perompak...
dan tiada perompak yang akan dikelilingi atau disukai oleh orang solat....

namun.... atas kekuatan diri yang telah dijana.... charging pun semuanya positif, penuh dengan keimanan dan kasih sayang.... sedikit sebanyak... cahaya atau tenaga yang keluar dari tubuh badan kita akan 'menimpa' juga kepada orang sekeliling..... dan akibatnya?.... akibatnya akan terbuka sedikit demi sedikit ruang untuk dimasuki oleh cahaya itu....

cahaya apa itu?... ianya adalah cahaya kasih dan sayang yang terpancar dari hati kita..... apa itu cahaya kasih dan sayang?......

ianya adalah cahaya dari Allah Az Za Wajalla... ingat makna Bismillah?.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

ya....itulah cahaya keimanan.... yang keluar dari diri setiap hambaNYA yang benar-benar faham dan yakin.... dan cahaya itu menerobos, meresap masuk kedalam hati dan jiwa insan-insan disekelilingnya...walaupun mereka bersyak wasangka dengan kita....

insya Allah....

dakwah kena terus.... kuatkan diri, mantapkan keimanan dalam perjalanan ini....
(atom = tenaga = cahaya = kasih sayang).....

wasalam

Wednesday, December 06, 2006

Tahniah Buat Reiki Graduates Advance Level : 2 Disember 2006



TAHNIAH BUAT REIKI GRADUATES ADVANCE LEVEL !

"kita semua adalah miracle dan kita tidak perlu kepada mana-mana miracle yang lain untuk memastikan kejayaan diri kita..."

"kita adalah sesempurna makhluk yang dijadikan oleh Allah....maka kita sebenarnya adalah sangat istimewa..."

"hubungan kita dengan Allah amatlah erat sekali...ibarat mata hitam dan mata putih, jauh tidak berperantara, dekat tidak bersatu..."

"ilmu yang Allah anugerahkan kepada kita hendaklah dimenafaatkan dengan sebaiknya dan ilmu itu wajib diamalkan serta dikongsi bersama..dan seharusnya ianya diamalkan dengan penuh keikhlasan..."

"tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri Cina...."

"Umatku yang terbaik ialah mereka yang boleh memberi menafaat kepada orang lain..." sabda Rasul Junjungan Mulia Muhammad s.a.w.


Alhamdulillah, pada 2 Disember yang lalu, seramai 8 penuntut Reiki Level 1 telah menjalani Kursus Reiki Tahap Advance (Advance Level) dan menerima anugerah tahap tersebut...

Doa saya, mereka dapat terus memberi menafaat kepada yang memerlukan....

Tahniah juga buat 2 penuntut yang menerima Reiki Level 1...

TAHNIAH & SYABAS SEKALI LAGI...

wasalam

Thursday, November 30, 2006

Demi Masa...



salam semua...

ditengah-tengah kesibukan diri ini, kita sering mengabaikan faktor masa...
bukan tidak kisah tetapi lebih kepada selalu ketinggalan dek masa...

aku tak sempatlah...
aku sibuklah...
aku terlupalah...

dan sebagainya...

dan dalam kesibukan inilah saya menerima email dari seorang sahabat...
email beliau disertakan beberapa foto yang begitu 'dahsyat' sekali..
foto yang memang tidak sensitif lansung dengan isu-isu kepercayaan dan keyakinan umat Islam...

foto di atas, jika diamati, kita akan dapat melihat betapa kalimah-kalimah Allah yang begitu nyata dan terang menjadi 'design' utama kasut tersebut...

di mana kita ketika ini?....
masih sibuk dengan nafsi-nafsi?
masih sibuk dengan duit yang tak pernah cukup-cukup?
masih sibuk dengan kerjaya yang tak pernah habis-habis?

begitulah resmi manusia... dan sudah pasti bukan resmi insan...apatah lagi bukan resmi insan kamil mukkammil...

kalimah Allah adalah kalimah yang paling tinggi... dan ianya dengan 'bangga'nya direndahkan oleh hamba-hambanya yang kufur lagi lagho... hamba-hambanya yang masih terkapai-kapai dan ada kalanya begitu merasakan lebih hebat dari Allah itu sendiri...

Allah tidak perlu kepada sebarang 'asiusasi' ataupun assosiation... dan Maha Suci Allah tidak perlu lansung dengan sebarang kekuatan lain untuk menjaga agamaNYA...

marilah kita bermuhasabah.... di mana kita.... ke mana kita....

wasalam

Monday, November 27, 2006

Taubat 'NASUHA'.....

salam semua...



Allah berfiman 'Taubatlah seperti mana taubat nasuha...'

apa itu taubat nasuha?.... ramai yang menterjemah taubat nasuha ialah sebenar-benar taubat iaitu menyesali segala dosa-dosa yang telah lalu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya...

satu kisah....

seorang lelaki di zaman dahulu.... beliau menang terkenal dengan 'kehandalan jahatnya' dan belia sendiri mengaku bahawa beliau menang jahat... apa kejahatannya?...

kejahatannya ialah beliau telah membunuh 99 orang yang tidak berdosa..... dan pada satu hari... beliau tiba-tiba diberi hidayah oleh Allah untuk menyesali perbuatan itu dan timbul keinsafan untuk bertaubat.... lalu beliau pergi menemui seorang ahli agama dan memohon nasihat dan tunjuk ajar agar beliau diterima taubatnya....

diceritakan.... lelaki ini duduk dan meminta tunjuk ajar dari ahli agama itu... ahli agama itu telah bertanya kepada lelaki ini...apa kesalahan yang kamu telah lakukan sehingga sangat 'dahsyat' sekali kamu rasakan kesalahan itu?... lelaki ini menjawab... saya telah membunuh 99 orang yang tidak berdosa dan tolonglah saya, tunjukan cara bagaimana saya boleh bertaubat dan diterima taubat saya itu kelak....

apabila terdengar sahaja oleh ahli agama itu bahawa lelaki itu telah membunuh 99 orang, ahli agama itu terus berkata..memang sungguh kejam dan jahat sekali kamu sehingga sanggup membunuh orang yang tidak berdosa....aku tidak yakin dosa kamu akan diampunkan oleh Allah....

pembunuh itu apabila mendengar jawapan ahli agama tersebut.... terus marah dan tidak menunggu lalu membunuh ahli agama tersebut....

beliau menyesal lagi.... dan terus berjalan dan berjalan dalam kebinggungan.... lalu beliau berjumpa dengan seorang lelaki.... lelaki itu bertanya...mengapa anda nampak kebingunggan dan menangis?....

pembunuh itu menceritakan segala-galanya...

nasihat lelaki itu.... kamu bertaubatlah bersungguh-sungguh... insya Allah, Allah akan mengampunkan dosa kamu walau sebesar gunung sekali pun.... dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun...

mendengar nasihat lelaki itu, pembunuh itu bertekad untuk berjalan menuju ke Makkah untuk bertaubat dihadapan Kaabah..... beliau terus berjalan dan berjalan dengan rasa yang amat menyesali segala perbuatannya.... beliau menangis dan terus menangis dalam perjalanan itu....

di takdirkan pembunuh itu mati dalam perjalanan itu....

dan datanglah 2 malaikat untuk mennyempurnakan ruh lelaki itu untuk samada untuk dibawa ke syurga atau neraka..... maka berselisih fahamlah malaikat berdua itu dalam menentukan kedudukan samada lekaki itu patut masuk syurga ataupun neraka.... lalu mereka naik menemui Allah.... Allah memerintahkan agar malaikat berdua itu mengukur jarak tempat dosa lelaki itu dengan tempat beliau mahu melakukan taubat (kaabah)... dari tempat kematian lelaki itu...

jika jarak kematian beliau dekat dengan tempat beliau ingin melakukan taubat (kaabah) itu hampir maka masukkanlah roh lelaki itu ke syurga dan jika sebaliknya, masukkanlah dia ke neraka...

lalu mengukurlah malaikat tersebut.... dan keputusannya, jarak ke kaabah itu lebih hampir berbanding tempat dosa yang beliau lakukan...

jadi apa kena menggena dengan taubat nasuha?.....

yang kena menggenanya ialah.... nama lelaki tersebut ialah NASUHA....

sebab itulah Allah menyuruh kita bertaubat bersungguh-sungguh sebagaimana taubat nasuha tadi....

begitulah sedikit sebanyak......

wasalam

Program Bina Insan - Asnaf Hulu Selangor

salam semua...

sejak jumaat lepas saya 'putus hubungan' dengan 'dunia luar'...
bukan apa...sebab saya ada bersama-sama asnaf kawasan hulu selangor dalam satu program 'bina insan' bertajuk 'hijrahku' di riverstone resort sungai tua...

program yang dihadiri oleh 62 orang asnaf dan keluarga mereka... peringkat umur dari semuda 8 tahun sehingga 75 tahun...

'tough'kan.... kalau ikut resam 'manusia' memang 'tough'...tetapi atas dasar kita wajib memohon agar 'dipermudahkan' segala urusan oleh Allah... apa yg 'tough'..alhamdulillah berjalan dengan lancar dengan izinNYA....

saya kongsi 'sekeping dua' gambar di sana....

dewan yang ala-ala 'open air'.....
sesekali rasam macam duduk mengajar di kampung 'pinang sebatang'....
sesekali terasa juga macam mengajar kelas 'dewasa'...

apapun pengalaman memang mendewasakan setiap kita...


'makcik-makcik' dengan penuh semangat mengikuti program serta module-module yang ada dalam kursus tersebut....


tekun mengisi borang-borang dalam aktiviti-aktiviti.... masih ada yang tidak tahu menulis dan membaca di kalangan mereka... namun itu bukan alasan untuk terus menimba ilmu....
'hero-hero' kampung pinang sebatang.... jgn marah yer pakcik jabar....pakcik jabar adalah salah seorang asnaf yang memilih islam sebagai agama dan meninggalkan keluarga demi islam... beliau disisih oleh keluarga kerana islam...


dewan dari belakang..... 'open air' gitu..... cuma oleh kerana 'bentuk muka bumi' riverstone yang berbukit..maka 'kesian' juga saya melihat keadaan mereka yg terpaksa turun naik ke dewan, asrama dan dewan makan....

saya memberi 'kata dua' kepada mereka...bahawa saya tidak mahu 'bertemu' dengan mereka lagi pada tahun hadapan.... dan mahu mereka 'keluar' segera dari 'kepompong' asnaf ini....

saya yakin...insya Allah...sekurang-kurangnya 60% ke 70% dari mereka akan keluar dari 'kepompong' itu..... dalam tempuh setahun dari sekarang....

wasalam

Tuesday, November 21, 2006

Kes Murtad.... La Kum Di Nukum Wa Li Ya Deen..


salam semua....

lately ni heboh pasal murtad..
saya juga ditanya berkali-kali oleh rakan-rakan agar membuat sikit komen perihal 'gejala' ini....

sebenarnya yang saya 'risau'kan dan lebih 'concern' ialah kesyirikan yang berlaku dalam diri tanpa kita sedari atau sengaja tidak mahu sedar....

murtad sudah pasti terang dan nyata.... kita tahu dan heboh satu dunia...

apa yg perlu kita buat apabila kita tahu dan nyata 'soheh'nya orang itu murtad?...

pertama...kita cuba 'tarik' balik dia agar kembali... usaha dan teruskan usaha bukan mencemuh dan sebagainya...

kedua...jika usaha kita itu sudah 'sampai hujung jari'.... ataupun setakat itu sahaja kemampuan kita maka jgnlah kita bersedih.... teruskan berdoa agar orang itu kembali... sebab hanya Allah yang berkuasa untuk membuka dan menutup hati setiap hambaNYA...

ketiga... kita buat sedikit 'research' mengapa boleh jadi begitu.... then untuk keselamatan diri & keluarga, kita kenalah 'adjust' mana-mana part yang longgar yang ada agar kita & keluarga juga tidak terjerumus ke lembah kehinaan itu....

kita ni akan terus-terusan diuji oleh Allah... sejajar dengan firman dalam surah Al-Baqarah ayat 214 : " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncang dengan bermacam-macam cobaan....."

begitulah kita....ujian akan berterusan... dalam gejala murtad ini juga tersembunyi ujian Allah buat kita walaupun bukan kita yang murtad.... sebab..."we never knows what is our ending looks like..." tapi kita tetap akan dapat clue-clue jika kita berada di jalan kebenaran.... insya Allah....

wasalam

Bersama Warga ADZ Technology - ARP Program

salam semua...

memula maaf kerana 'lama' tak up date blog ini....
ingatkan saya sorang ajer yang tak update... rupanya ramai rakan-rakan blogger yang lain juga mengalami minggu 'kering'...ramai yang tak update blog memasing...

anyway, hujung minggu lepas, saya mengendalikan Program ARP (Attitude Re Tuning Program)bersama warga kerja ADZ Technology...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa mengendalikan program tanpa 'lcd projector'...lcd tu ada, cable pulak takda.... ;-) takapalah... banyak sikit pakai 'white board'...

Yang hadir, semuanya hebat-hebat belaka....

matlamat program.... semua yang hadir akan lebih bersedia untuk melakukan perubahan dan persediaan utama ialah 'attitude' atau sikap...sebelum bertindak melakukan perubahan yang bersifat fizikal....










kepada warga kerja ADZ khususnya.... anda semua hebat!
kepada yang kat luar sana.... pastikan persediaan diri dilakukan sebelum kita hendak berubah....agar perubahan itu kekal dalam 'istiqomah' dan izin Allah....

wasalam

Monday, November 13, 2006

Kursus REIKI Advance Level - 2 Disember 2006

salam semua....

untuk perhatian para graduan Reiki Level 1;

insya Allah...

saya akan mengadakan Kursus Reiki Advance Level (kombinasi Level 2 & 3);

Maklumatnya ialah seperti berikut

Tarikhnya ialah pada 2 Disember 2006.
Lokasinya adalah di Medan Idaman Business Center
Waktunya ialah dari pukul 9.15 pagi hingga 3.30 petang

pendaftaran adalah dibuka sekarang.

Yuran penuhnya ialah seperti berikut;

1. bagi student saya yang telah mengambil Reiki Level 1 dari saya = RM150.00
2. yang memang telah ada Reiki Level 1 (dari Sifu/Master lain) = RM200.00
3. pelajar yang baru yang ingin mengambil 3 Level sekaligus = RM300.00

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 atau email ke mirrzamohd@yahoo.com

"Reiki adalah teknik penyembuhan paling mudah dan 'simple' dan ianya amat praktikal dan sangat berkesan. Reiki ialah 'perubatan suplimentari' yang tidak menolak sebarang perubatan lain malah ianya membantu untuk seseorang itu mengalami penyembuhan 'TOTAL' dari segi mental, spiritual & fizikal.

Seseorang itu belum di kira sihat sepenuhnya jika hanya sihat dari segi fizikal tetapi tidak dari segi spiritual & mentalnya. Reiki memberi kesan yang amat positif apabila ianya dipraktikkan dari segi ketenangan diri dan amat mudah seseorang itu untuk menemui tahap 'theta' @ tenang dalam teknik pernafasannya"

wasalam

Sunday, November 12, 2006

Tahniah Buat Reiki Graduates : 11 November 2006



Tahniah & Syabas buat Reiki Graduates yang telah mengikuti kursus dengan jayanya pada 11 November 2006 di Medan Idaman, Gombak.

Saya doakan anda semua dapat memenafaatkan ilmu Reiki tersebut dengan baik dalam kehidupan seharian samada untuk diri sendiri, pasangan, keluarga, rakan dan sebagainya.

"musuh sebenar manusia ialah diri sendiri.....logikkah kita sendiri yang 'mensabotaj' perjalanan kita sendiri?....maka pecahkanlah tembok pemikiran yang menghalang diri selama ini.... tiada yang mustahil kerana kita adalah 'miracle' dan tidak memerlukan 'miracle' yang lain untuk menentukan hala tuju pejalanan diri..."

wasalam

Tuesday, November 07, 2006

Kursus Reiki Level 1 - Siri 3 (11 Nov '06)....


salam semua...

Alhamdulillah, perancangan untuk kursus Reiki Level 1 pada hari Sabtu ini berjalan dengan lancar, insya Allah....

bagi yang telah booking seat... syukran jazilan atas minat anda..
bagi yang masih berfikir tetapi berminat, jangan fikir terlalu lama, sila daftar segera....(hubungi saya di talian 016 206 7469 atau mail ke mirrzamohd@yahoo.com)

apa itu Reiki?....

"Reiki adalah satu teknik penyembuhan menggunakan Tenaga Alam Semulajadi. Ianya adalah mudah dan praktikal. Tidak melibatkan sebarang 'ritual' atau 'mantra' dalam mempelajari, mempraktikkannya dan mengamalkannya...Ia adalah anugerah Allah buat manusia yang benar-benar memahami kepentingan ilmu dan kebesaran ilmu Allah.."

jumpa di sana....

Monday, November 06, 2006

Ikan Kekek Mak Iloi-Iloi.....Ikan Merah ???



salam semua....

susahkan hidup kat dunia ni..... yer ker?

tak lah..... mana ada susah.... hidup mesti heppi selalu...
susah jadi 'de-factor' sebab kita selalu 'highlight'kan susah tu...
so 'zikir' kita hari-hari ialah susah..susah..susah..susah....

masuk 40 hari...sebatilah dengan susah tu dan dimakbulkan oleh Allah jadi susah bebenar....

cuba kita bertenang.... relax dan jangan kelam kelibut....
hidup ini punya formula yang ringkas dan mudah sekali.....

buat jahat atau buat baik....masing-masing ada balasannya..... sendiri tahu... walau tak baca Al-Quran pun....kita otomatik mesti tahu...kalau kita buat jahat.... akan dapat balasan setimpal dengan kejahatan kita..... buat baik....juga akan dapat balasan yang jugak setimpal...tak lebih berat sezarah...tak juga kurang walau sezarah... itu janji TUHAN.... itu SOP kehidupan..... tak ada yang terlepas.... semuanya termaktub dalam 'Standard Operating Procedure @ SOP'nya....

janganlah zikir 'susah, susah, susah' lagi....
lakukanlah zikir 'alhamdulillah @ kesyukuran' setiap masa....

jangan aniaya orang....
jangan 'pusing cakap'...
jangan 'cakap tak betul'....
jangan 'tak amanah'...
jangan..jangan & jangan lakukan kerosakan di muka bumi ini....

sebab 'sebelah sana'...atau orang yang kena aniaya itu doanya makbul.....
bercakap benarlah walau ianya pahit.... kerana bercakap benar itu adalah penzahiran ketinggian budi pekerti dan integriti seseorang itu.... di mata makhluk dan sudah pasti di pandangan Allah...

so?.... apa kena menggena dengan gambar ikan kat atas tu?..... ikan tu kalau masak kari pun sedap... kalau masak sup pun sedap gak.....

ikan merah tu asalnya dari laut... duduk kat laut tu dengan 'sponge bob'.... lama gak... tapi isinya tetap tidak masin....maintain.... cuma masakan jer berlainan ikut selera pemakannya....

so ikan merah tu memberi kita pengajaran betapa kita tidak perlu mengubah kejadian diri kita untuk terus hidup....yang perlu diubah ialah sikap, attitude dan cara kerja.... kalau anda seorang yang 'jovial'...let it be... biarlah jovial yang mempunyai integriti diri yang tinggi.... kalau anda seorang yang serius... let it be....biarlah seorang yang serius yang begitu amanah dan punya harga diri.....

janji heppi.....

susah sangat ke nak heppi?... dak eh.... we decide tobe happy... we choose to be happy....semuanya kita yang 'set'kan..... macam channel tv atau radio.... so chooselah channel heppi yer.....

faham?... tak faham kena masuk kelas Reiki saya lah jawabnya....

wasalam

Friday, November 03, 2006

Tarif Air Naik....Biarlah Berpada.....

salam tuan-tuan penguasa....

perihal kenaikan tarif air...
saya ingin memberi input tentang kenaikan tarif air....

boleh naik...tapi biarlah berpada...
boleh naik...tapi bukan untuk membeli kereta 'jaguar' baru pengarah syarikat
boleh naik...tapi bukan untuk membayar bonus 'berganda' kepada operasi syarikat

sebab....

saya tahu kenaikan taraf kehidupan dan kos operasi...

tapi jgn lupa...

tugas anda hanyalah merawat dan 'maintain' perkara yg menjadi 'asas' kehidupan kepada rakyat...

dan lebih-lebih lagi..air yg anda perolehi itu adalah percuma....kurniaan Allah buat hamba-hambaNYA...

wasalam

p/s...rezeki kerana udara masih terus percuma...

Kisah Banglo 17 Bilik....

satu masa yang lalu.....

"assalamualaikum ya walid khalifatullah....
waalaikumussalam anak ku....

adakah kehadiranmu ini berkenaan dengan perihal kerajaan atau keluarga? soal walid...
mengapa walid bertanyakan begitu?...

kerana jika ianya perihal keluarga... aku akan matikan pelita milik kerajaan ini... dan akan ku nyalakan pelita milik keluarga kita...."

ingat kisah tersebut?.... ya ianya ialah kisah Khalifah Umar Abdul Aziz.... walaupun bukan hidup di zaman Rasulullah, beliau mirip kepada Khalifah Umar Al-Khattab...

begitulah kisah pemimpin agung contoh umat Rasulullah..... dirinya hanya seorang manusia yang dipilih dan berkhidmat untuk rakyat..... apa yg pada diri beliau?... hanyalah sekadar kehidupan sederhana yang menanti untuk dihisab di akhirat kelak....

kisah yang lain....

sudah pasti sahabat Rasulullah, Saidina Abdul Rahman Al-Auf akan menawarkan banglo 30 bilik kepada Rasulullah mengambil kira Baginda adalah ketua kepada umat islam apatah lagi Baginda merupakan seorang Kekasih Allah, Nabi & Rasul.....

namun Baginda Rasulullah menolak semuanya..... yang tinggal semasa wafat ialah sekeping pelepah tamar buat alas kepala semasa tidur.....

kisah 1400 tahun selepas itu.....

para pemimpin berlumba-lumba menimbun harta.... takut-takut anak-beranak papa kedana... iyer ker?....sedangkan jiran miskin disebelah menyebelah menderita.... itu ker umat Muhammad atau 'umara' pilihan Rasulullah?....

wasalam

Roh, Batin & Zahir....



salam jumaat buat semua....

antara perkara-perkara ghaib yang kita sering pandang tak pandang, pandang tak pandang ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yg tak boleh dilihat dengan mata kasar....atau yang sering bermain dengan 'ragu-ragu'...

walau kita beriman dengan perkara-perkara ghaib yg enam iaitu beriman kepada Allah, Rasul, Kitab-Kitab, Malaikat, Hari Kiamat, Qada` & Qadar.... kita masih berlegar dalam lingkungan 50-50....

saya beri contoh.... ketika Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul.... diri Baginda ketika itu hanyalah seorang yang ummi (tidak tahu membaca & menulis), Baginda hanya pengembala kambing, Baginda hanya membantu isteri Baginda menjalankan perniagaan ke Negeri Syam dsbnya.... boleh bayangkan?... tentu boleh, walau kita tahu Baginda adalah manusia istimewa, namun keistimewaannya itu hanya kita tahu atau sedari setelah Baginda menunjukkan bukti-bukti atau setelah Islam itu menguasai dunia....

mari kita fokus kepada titik permulaan atau 'turning point' di mana Baginda mula-mula dilantik menjadi Rasul.... bolehkah rakan-rakan Baginda menerima kawan mereka yg selama ini sama-sama gembala kambing dan tak tahu pun membaca atau menulis sebagaimana rakan yg lain yg mendapat lulusan 'Universiti Abu Jahal'....

dapat bayangkan?....

begitulah situasi & keadaan yang kita sendiri alami apabila kita mahu melakukan sebarang perubahan kepada diri kita....

apa halangan yang kita terima?.... faktor pihak ketiga seperti rakan-rakan, sahabat handai serta keadaan sekeliling hatta dari isi keluarga sendri.... saya pasti faktor ketiga itu boleh kita atasi lambat laun.... dengan 'kekuatan diri'...

Kekuatan Diri??? Ya Kekuatan diri....

kita tahu kita 'tiada daya upaya selain Allah'.... sebagaimana kita sering ucapkan..'La Hau La Wa La Qu Wa Ta Illa Billa Hil Ali Yul Azeem'...

dan kita sering panjatkan permohanan dalam bentuk doa ke hazrat Allah Azza Wa Jalla untuk 'kekuatan'.... "Ya Allah Berikanlah Aku Kekuatan untuk menjalani kehidupan ini kerana sesungguhnya aku tiada daya upaya melainkan dengan izinMU Ya Allah..."

Kuatkah kita?.... Jawapanya 'La..' ataupun 'Tidak...' kita memang tiada daya kuasa... Iradatnya hanya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Perkasa....

Jadi apabila kita mohon kekuatan....di mana kita sandarkan kekuatan kita itu?
Jika kita sandarkan pada zahir..... kena sahaja angin ahmar...habis separuh badan lumpuh tapi yg lumpuh itu masih boleh diangkat lagi oleh orang lain atau tangan yg masih ok sebelah lagi tu.....

Jika kita sandarkan kekuatan pada diri batin yg penuh dgn nafsu nafsi serta serakah itu.... habislah kita.... berkudakan nafsulah.... semua kita langgar....

Maka?... sandarkanlah pada Ruh itu..... di mana Ruh itu adalah berhukum suci dan layak menguasai diri kita walaupun kita sering melupakannya....

Ruh itulah yg memegang suis kepada seluruh anggota zahir & batin kita.... Ruh itulah yg 'sepatutnya' mengawal keseluruhan perjalan diri ini agar sentiasa berada di jalan yang lurus sebagaimana kita mendapat 'mandat' utk menjadi khalifah di muka bumi ini....

satu contoh... kita lumpuh separuh badan.... hukum 'ghaib'nya... suiz separuh badan yg ada di Ruh itu telah di 'off'kan.... Ruh tetap ok...tapi suiz anggota zahir yg mengerakkan badan itu telah dioffkan kejap...atau selamanya....

dan meratap rintihlah kita merayu kepada yang Haq... memohon "aku tidak mahukan harta benda kaya atau mahligai....aku hanya mahukan kesihatan sahaja Ya Allah....".. tapi jika sihat?..... ceritanya akan jadi lain.....

begitulah manusia...sering 'tak mahu' memikir dan belajar...yang tidak mahu faham dan memahami...apa tujuan, apa tugas di muka bumi ini.....

sudahlah tak tahu pastu tak mau pergi ambil tahu....seolah-olah 'dunia ini ana yang punya....'

maka jika ada halangan atau cabaran dalam kehidupan....pohonlah kekuatan... dan fikir-fikirkan..... buka minda...gerakkan hati...... gerenti jumpa jawapan dalam setiap pencarian.... dan jgn lupa teruslah tingkatkan kesabaran dan ketenangan sehingga ke tingkatan ke tujuh dan teruslah istiqomah.....

saya doakan....insya Allah.....

wasalam

Wednesday, November 01, 2006

Tolong Mail Sekali Lagi....

salam semua....

saya nak minta maaf dan harap anda yang ada mengirim mail ke add yahoo.com saya agar dapat re-send mail anda semula.... kerana semasa saya mengemaskini mail saya, ada lebih kurang 20 mail anda yg 'disyaki' mengandungi virus dan dikumpulkan di 'bulk' mail dan tak dapat dibuka....

maaf sekali lagi kerana tak dapat reply dengan kadar segera...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails