Wednesday, January 31, 2007

Cikgu Shaari....



salam semua....

ingat cikgu shaari?

mesti ingat kut....

cikgu shaari yang kahwin dengan 'perempuan kabaret'...
alah cikgu yang 'cikgu suka main bola..hari-hari cikgu main bola......'... cikgu dah tidur.....

bukan aper...saya selalu lalu di MRR2.... dan lalu didepan sekolah yang P.Ramlee buat shooting utk filem 'Masam-Masam Manis'....

ingat 'padi malinjer'?....

sorilah kalau tak ingat.....sebab saya ni 'fan' P.Ramlee.....

anyway hari tu saya ke pekan dan singgah di satu mini market, terlihat saya satu tin biskut yang ada gambar Allahyarham.... titlenya Tan Sri Dr. P. Ramlee....

mmm....saya terfikir dari mana P.Ramlee dapat doktorate?....
apapun... saya setuju dia dapat doktor... sebab dia memang layak....kerana mendahului zamannya.....

payahkan nak dapat macam P.Ramlee sekarang....tidak kiralah bidang aper pun.... payah nak dapat pemikir, pengiat dan pengamal sesuatu bidang yang mendahului zaman...

sebab?.... sebab kita berada di zon selesa....sangat selesa....yang penuh dengan 'gelombang' rancangan realiti.....

tah aper aper tah.....

wasalam

Sunday, January 28, 2007

Tewas Tapi Syabas buat Pasukan Bolasepak Malaysia..




salam semua...

malam tadi saya bersama anak saya amirul aizat menyaksikan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua di antara pasukan Malaysia dan pasukan singapura...

keputusannya, malaysia tewas kepada pasukan singapura dengan sepakan penalti (4-5).

walaupun tewas, kami dapat saksikan mutu permainan pemain-pemain malaysia semakin meningkat dan wajar diberikan pujian.

saya ok dengan prestasi mereka sebab?....sebab mereka telah meletakkan sasaran untuk ke separuh akhir..... dari segi metafiziknya, energi mereka semua (pemain & team termasuk jurulatih pasukan malaysia hanya ke setakat separuh akhir sahaja.... apa sahaja yg lebih itu merupakan 'bonus' buat mereka....

oklah tu....nak wat camner....

lain kali kalau cerita letak sasaran...letaklah tinggi sikit....atau letak terus untuk jadi johan... bukan 'alah kalau dapat masuk semi pun cukup lah....'.. sebab kalau Allah makbulkan doa kita iaitu kita masuk 'semi'..pastu kalah...kita jadi 'frust' maka kita sebenarnya telah menzalimi diri kita sendiri.... sebab?... kita minta masuk 'semi'....Allah makbullah sampai 'semi'....

anyway..... sekali lagi syabas buat team footbal malaysia... dan saya yakin barisan muda pemain akan membuka lembaran-lembaran sejarah kejayaan yg baru buat masa depan bolasepak malaysia....

tahniah...& wasalam....

Monday, January 22, 2007

Bersama asnaf di pantai remis

salam semua,

jumaat, sabtu dan ahad lepas saya ada di pantai remis, kuala selangor.
apa acaranya?....kursus anjuran lembaga zakat selangor berjudul Hijrahku dalam modul Bina Insan.
seramai 50 orang yang hadir utk kursus ini.









cabaran?... antara cabarannya ialah hampir separuh dari mereka buta huruf.
cabaran?... membawa mereka untuk keluar dari kehidupan 'bawah tempurung' dan bebas terbang seperti helang....
cabaran?... membawa mereka utk sama-sama melakukan 'qiam al lail'...solat taubat, tahajjud dan hajat' serta sujud syukur....

kepuasan?... alhamdulillah....puas melihat kesungguhan mereka...
kepuasan?... dapat merasa 'kerang bakar' RM4 sebakul di sana.... :-)
kepuasan?... perjalanan kursus @ program dipermudahkan oleh Al-Khaliq....

matlamat?... tak mahu jumpa mereka lagi tahun depan..(maksudnya, mereka telah keluar dari kepompong kemiskinan melarat ini..)
matlamat?... terus berdakwah & terus berdakwah...hanya kerana Allah Ta ala...

wasalam

Friday, January 19, 2007

Nasihat Buat Majlis Guru Besar

salam semua...

membaca akhbar pagi ini, saya tertarik kepada saranan 'Majlis Guru Besar' iaitu memansuhkan UPSR.

alasan utama ialah UPSR tidak membantu dalam mewujudkan sahsiah para pelajar.

apa ini? cakap boleh cakap... beri saranan boleh beri saranan tetapi biarlah berfikiran 'kelas pertama' bukan mempunyai minda kelas ketiga...

apa dia 'fikiran kelas pertama' itu?

fikiran itu ialah, bila kita beri saranan kenalah beri cadangan...

kalau cakap pasal masalah, semua orang boleh cakap... ada banyak masalah dekat johor tu yg sedang di landa banjir...

so kalau mansuh UPSR, nak ganti dengan aper?

saya lulusan Ujian Penilaian Darjah 5 dengan keputusan 5A dan dengan keputusan itu saya ke sekolah berasrama penuh...

di sekolah ber asrama penuhlah 'sahsiah' saya dibentuk....

apalah sangat 'bebudak' sekolah rendah tu nak pikir selain dari main, main dan main...

ikutlah saranan Rasulullah dalam membimbing anak-anak....
jgn ikut kepala sendiri sahaja....

apa yg kita rancang sekarang ini akan memberi kesannya 10, 15 tahun akan datang...
fikir-fikirkanlah....

jangan main lepas kita ajer dan apa nak jadi dengan anak-anak kemudian hari lantaklah.... jgn sesekali begitu....

fikir atas iman & amal
fikir atas kefahaman & keyakinan

jgn main terjah ajer....kalau nak main terjah..jadi wartawan 'Melodi TV3'...

wasalam

Ahlan Wa Sahlan 1428H...




ku renung ke langit ku lihat wajah MU
ku redah kehidupan menyaksikan MU
ku kecapi nikmat hayat ini hanya kerana MU
dari sana ku datang
ke sana jua akan ku kembali

aku pohon KAU menerima ku sebagaimana KAU menerima ku

buat rakan semua, jauh sudah kita mengembara
buat rakan semua, marilah kita bersama

bersama menuju ke hakikat pengabdian
bersama menyakini hakikat pengabdian

dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali

salam Maal Hijriah buat semua

Tuesday, January 16, 2007

Bila isteri mimpi saya kahwin lagi....

Erra Fazira dlm 'Cinta Kolestrol'...


salam...

ada sehari dalam minggu lepas isteri saya panik apabila bangun dari tidur...
berpeluh-peluh bila dia bangun, dan dilihat saya masih di sisi....

dia tanya saya,....nak tahu tak apa yg dia mimpi?
saya kata 'boleh jugak'.... tapi dalam pada itu dia tergelak besar...dan terus ketawa tak berhenti-henti...

saya tanya lagi kehairanan...kenapa gelak ni?...

lepas 10 minit geli hatinya lega...baru dia cerita, dia kata malam tadi dia mimpi saya berkahwin satu lagi....akibatnya 'perang besar'...!!! dan dia marah saya kenapa saya tak beritahu dia yang saya kahwin lagi satu....

saya pun tanya....cantik ker isteri saya tu?... ada macam Erra Fazira?...

dia terus gelak lagi.....
saya terus hairan....???

dia kata yg 'best part' mimpi tu..... dia hairan kenapa dia nak 'hot' semacam...
saya tanya lagi apasal awak tak patut 'hot'???

isteri saya kata...dalam mimpi tu dia lah yg jadi 'isteri muda' saya...

Laaa..... gamaknya......

lepas 5 minit....saya beritahu beliau.... Alhamdulillah...awak diberi Allah untuk merasai bagaimana rasanya perasaan isteri pertama dan juga dalam masa yang sama perasaan isteri kedua......dalam satu mimpi yang membuatkan awak berpeluh-peluh....

buatlah solat taubat dan sujud syukur....

insya Allah awak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang yakin lagi memahami....

wasalam

Mencari 'Driver' ke arah kecemerlangan....



salam semua....

nak tanya sikit..... siapa atau apa yang menjadi 'driver' awak selama ini yang membuatkan awak bersemangat untuk melonjak kehadapan untuk terus berjaya?

tak kisahlah siapa atau apa, yang penting 'ia' merupakan 'de factor' dalam diri yang memberi semangat dan bukannya 'pulling factor' yang menarik awak ke bawah...

dalam research saya, pasangan (suami atau isteri) bukanlah 'de factor'...
dalam research saya juga, teman wanita, kereta mewah, rumah banglo, posisi kerjaya adalah antara 'de factor' seseorang itu melonjak ke hadapan untuk berjaya dengan cemerlang....

pelikkan.... suami atau isteri bukanlah 'de factor'.... ye pelik tapi benar....

so?...adakah kita dah ada driver?
so?...adakah kita pulling factor?

sendiri jawab...

wasalam

Doa Buat Mangsa Banjir...



Salam...

Setakat saya menulis ini, mangsa banjir yang dipindahkan masih berada sekitar 100,000 mangsa. Doa saya buat mereka ialah mereka terus bersabar dan melakukan solat-solat taubat serta hajat agar dipermudahkan segala urusan ini.

Sesungguhnya setiap peristiwa itu ada hikmahnya biar se'dahsyat' manapun ia berlaku, pasti ada pengajaran yang Allah beri buat hambaNYA...

Cuma yang membezakan ialah, mereka-mereka yang yakin, faham serta bertaqwa yakni redho atas ketentuanNYA dan mereka-mereka yang putus asa, terpaksa redho, marah dsbnya...

'what a thin blue line'....

wasalam

Monday, January 08, 2007

Kahwin Lagi Satu kerana Takut Berzina....



salam semua....

lebih 70% suami yang berkahwin lain adalah kerana mereka 'takut' untuk melakukan zina.

dan lebih 80% dari mereka 'terbongkar rahsia' setelah setahun berkahwin.

berikut adalah hasil dari soal selidik yang dijalankan oleh satu badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mengenal pasti 'kesan', 'sebab' atau 'punca' poligami berlaku di dalam masyarakat.

sewaktu soal selidik ini itu hendak dijalankan, saya 'risau' 'takut-takut' hasilnya itu digunakan sebagai peluru berpandu untuk meletupkan sasaran-sasaran tertentu.

so bila lapuran yang dikeluarkan itu merujuk kepada peratusan di atas.... saya pun 'release' sikit...bukan aper, masih ada iman yang tipis di dada...dan saya pasti kebanyakkannya sebenarnya bukan takut berzina...mereka takutkan Allah...

poligami?.... ramai rakan saya berpoligami; ada yang 'smooth sailing' dan ada yang bercerai berai serta berberantakkan.....

kalau tanya saya camner nak ok dalam poligami?...jawapan saya ialah....pokok pangkalnya pada hati...dan sedikit sangat perihal isu keadilan....(sebab saya sudah melihat betapa secara kasar seorang isteri kedua itu susah namun beliau bahagia dengan 'routine' 2 hari seminggu dan gembira dengan rumahnya yang ada 2 bilik)...

sebab hatilah yang menentukan segala-galanya...nak jadi baik pun dari hati..nak jadi tak baik pun dari hati....

ianya soal pengurusan hati..... sebab kalau tak mampu (berlaku adil) beristeri 2, 3 atau 4...memadailah atau cukuplah dengan satu.....

wasalam

Ferris Wheel & Visit Malaysia Year 2007




salam buat semua...

2007; seperti yang semua dah tahu adalah Tahun Melawat Malaysia....

saya sempat menyaksikan aksi-aksi 'hebat' peluncur-peluncur berkulit putih di Taman Tasik Titiwangsa sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 melalui kaca TV tempohari...

dalam masa yang sama 'Eyes On Malaysia' dirasmikan oleh YB Perdana Menteri.

tidak banya yang boleh saya katakan mengenai program perasmian itu, sebab 'caption' lintas lansung dari tasik itu pun agak gelap.... mungkin yang berada di sana 'meriah' kut...

'Roda Feri' yang 'disewa' itu harapnya akan mendatangkan pulangan modal serta membuat sedikit keuntungan dengan tambang sebanyak RM15 utk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak...

Malaysia menyambut Tahun Melawat Malaysia dengan 'pancutan' bungan api yang saya anggarkan bernilai ratusan ribu ringgit yang meletup tanpa irama.... dan dalam masa yang sama masih terdapat lebih kurang 15,000 mangsa banjir berada di tempat-tempat perpindahan di selatan tanahair terutamanya di Negeri Johor....

pagi ini bila baca akhbar, YB datuk Shahrizat merayu agar lebih ramai sukarelawan 'turun' ke Johor bagi membantu membersihkan kawasan-kawasan banjir dan dipohon lebih ramai lagi yang tampil memberi bantuan kepada mangsa...

dan di pantai timur, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran 'merah'; berbahaya dan berjaga-jaga untuk semua penduduk di sana kerana cuaca yang tidak menentu serta ribut yang akan datang bila-bila masa sahaja.....

dalam termanggu..... saya melihat langit... ya 'lately' ni langit agak suram... dan sudah tentu keadaan ini baik bagi kita semua....berdasarkan 'semua yang Allah jadikan itu baik'...dan sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian...

apapun...'Selamat Tahun Melawat Malaysia 2007'....

wasalam

Saturday, January 06, 2007

Sudahkah kita memberikan yang terbaik?

salam semua...

dalam kehidupan seharian, kita sering mengalami berbagai-bagai tugasan yang tidak berhenti-henti...dari kecil sehingglah mati...

namun, tugasan-tugasan itu antaranya membuahkan hasil yang 'cukup makan' sahaja.
mengapa boleh jadi cukup makan?
kat mana penilaian yang membuatkan kita sendiri merasakan ianya cukup makan?
tidak perlu kita mempertikaikan faktor-faktor luaran kerana dalam Islam tiada istilah menuding jari ke pada pihak lain kecuali ke pada diri sendiri sahaja...

sekerap mana kita melakukan muhasabah diri? setiap hari? setiap bulan atau setiap tahun? atau setiap kali kita dirundung 'malang'?

lakukanlah setiap tugasan dengan baik dan sesempurna yang mungkin... kerana meletakkan effort yang tinggi sering menjanjikan kesempurnaan dan hasil yang baik..

ada seorang rakan 'mat saleh' saya sering mengucapkan..."when we do the same thing, we will get the same result"...

jadi jika kita melakukan sesuatu perkara sekadar memberikan 40% sahaja tumpuan... sudah pasti resultnya pun sekitar 20% ke 30%... dan jgn sesekali mimpikan 100%....

so nak result 100% kenalah beri yang terbaik... sehingga tahap 150%.....

insya Allah, kesannya amat mendalam terutamanya terhadap diri sendiri....

selamat memberikan yang terbaik....

wasalam

Ilmu dan kepentingannya..

salam....

..."orang yang tidak berilmu di akhirat kelak akan disiksa oleh Allah sebelum orang-orang kafir yang menyembah berhala itu di siksa"

itu adalah petikan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bertugas di Masjid bandar Kinrara semalam.

betapa pentingnya ilmu di sisi Allah dan kesan ke atas kita yang sering menolak tepi ilmu-ilmu yang datang mengolek ataupun tidak.

"menuntut itu ilmu fardhu ke atas setiap umat Islam"
"tuntutlah ilmu itu dari buaian sehingga ke liang lahad"
"tuntutlah ilmu itu sehingga ke negeri Cina"

begitulah cerita perihal ilmu...

harapan saya, tahun ini, kita semua akan bersungguh-sungguh menambah dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pastikan ilmu itu baik dan boleh diamal serta di menafaatkan ke sekelian alam....

wasalam

Tuesday, January 02, 2007

Tahun 2007 = Tahun "Attitude Re Tuning Program"

salam semua...

Tahun 2007 ini adalah Tahun 'Attitude Re Tuning Program' atau ARP
apa itu ARP?

ARP ialah singkatan kepada Attitude Re Tuning Program, satu Program Pembentukan Sikap yang menggunakan nilai-nilai sikap cemerlang sebagai 'alatan' dalam proses untuk menghasilkan insan yang benar-benar bersikap cemerlang serta hebat malah mantap dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.

ARP mula 'masuk' ke pasaran Malaysia pada penghujung Tahun 2006 dan kini, telah menerima banyak tempahan dari organisasi-organisasi yang mahukan setiap warga kerja mereka 'kemas & mantap' dengan sikap yang 'betul lagi cemerlang' dalam menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi.

ARP secara lansung akan melahirkan Modal Insan yang bersikap 'Ultra Positif' yang bersedia untuk menaiktaraf atau menambahisi ilmu di dada atau kepakaran diri dengan dorongan kekuatan dalaman diri. Ini sekali gus akan memberi kesan positif pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi, masyarakat serta negara.



















'Alatan' yang digunakan untuk Program ARP ini ialah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah....

Ingin tahu lebih lanjut?.....

Bagi mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk mengalami, menyertai dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan ARP, bolehlah menghubungi STRATEGIC CORPORATE ALLIANCE SDN BHD dan pegawai yang berkenaan;

Talian Pejabat : 03-8070 4587
Saudara Shamsul Kamal : 019-292 4274
Saudara Fahmi Taib : 016-634 5489

wasalam

Sunday, December 31, 2006

Salam Tahun Baru Masihi 2007....




salam semua...

masa saya menulis ni..kurang lebih 40 minit lagi kita semua akan meredah masuk ke tahun baru masihi 2007...

kenapa saya kata meredah?... sebab rata-rata kita terpaksa untuk menerima tahun baru pada setiap tahun tanpa sebarang persediaan yang benar-benar sedia...

oleh itu tidak ramai yang berjaya dengan 'azam-azam separuh masak'.... azam yang hanya di'tukar kulit' sahaja...isinya masih sama...

iyelah..cth: azam nak kuruskan badan..hanya akan bertahan selama paling lama 3 bulan sahaja....pastu..semua belasah balik..silap haribulan, berat boleh jadi bertambah...

perlukah kita bersedia pada setiap akhir tahun sebelum tahun baru menjelma dengan berbagai azam dan perancangan yang teliti ataupun tidak?... perlukah?

atau kita sebenarnya perlu sentiasa bersedia tidak kiralah pada bila-bila masa...?

ketika ini saya teringat sepotong ayat "Berusahalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya"...

persoalan....

adakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh seolah kita akan hidup seribu tahun lagi.... berusaha bermati-matian dalam setiap apa yg kita kerjakan....(sudah pasti niatnya kerana Allah s.w.t....untuk jatuh ia menjadi ibadah @ wanusuki..)...

adakah kita sudah melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh yakni yakin dan faham akan apa yang kita kerjakan?.... sudahkah?...

kalau sudah...Alhamdulillah...
kalau belum...masih ada masa, insya Allah...

apapun...sama-samalah kita berdoa agar hari-hari mendatang nanti akan menyaksikan kita ini tergolong ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang yakin, faham serta beriman...yang tenang jiwanya....dan yang berusaha dengan penuh kesungguhan....serta dengan kehidupan yang seluruhnya dalam istilah 'wanusuki'....Lillah Hi Robbil Alameen...

wasalam

Saddam Hussien - Inna Lillah....



salam semua....

pagi tadi saya sempat menjengok berita dan antara slotnya ialah berita tentang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum gantung sampai mati...

"..sebaik selepas subuh, Saddam di bawa ke bilik gantung dan di tangannya ada kitab Al-Quran.." antara lapuran berita tersebut....

dan juga terdapat visual Saddam di sarung tali gantung dan mayatnya yang terbujur selepas meninggal dunia...

Iraq?.... ya Iraq terus huru-hara dengan pemerintahan baru yang hanya sekadar 'puppet' Amerika Syarikat...'puppet' yang membiarkan Amerika terus mengawal minyak Iraq...

saya terus teringat akan Afganistan... sebaik pemerintahan Afganistan ditumbangkan, rakyatnya terus kembali ke amalan lama iaitu membela kanak-kanak lelaki untuk memuaskan nafsu mereka... mereka terus 'bebas' memenuhi nafsu serakah yang hanya mampu di'kawal' oleh pemerintahan taliban....

orang arab dan kehidupan padang pasir, membuatkan mereka antara manusia yang agak kasar sedikit dari manusia lain... maka atas lumrah itu, mereka perlukan pemerintahan yang 'robust' yang boleh mengawal mereka luar dan dalam....

namun, pemerintah dan cara pemerintahan hanya pengisian 'jawatan'.... jika tidak disertakan dengan kasih sayang, dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.... siapa sahaja yg kita letakkan di atas sana.... serupa sahaja...

kembali kepada Iraq & Saddam....

saya juga sedikit sedih..dalam memenuhi kehendak Amerika, Saddam digantung pada hari-hari seluruh umat Islam akan menyambut 'Hari Raya Korban @ Eid Ul Adha'...

apa rasionalnya?.... Saddam seorang Sunni..sudah pasti para Shia' amat menanti hukuman ini.... bukankah Sunni & Shia juga umat Islam?....

Sorak Shia' tidak sekuat sorak George W. Bush Jr.
Sorak Shia' adalah tangisan Sunni...

Siapa yang akan terus bersorak? Sudah pasti George Bush dan kuncunya....
Berapa hari puak Shia' boleh terus bersorak...dan akhirnya akan menghadiahkan Al-Fatihah juga buat Saddam?....

Saya pernah duduk berbicara dengan seorang Mufti... saya ajukan pertanyaan tentang puak Shia' ini.... Beliau dengan tenang menyatakan, selagi mereka itu mengucap dua kalimah syahadah..selagi itu mereka Islam...dan untuk menghukum mereka sesat...jgn sesekali....

Begitulah Saddam...ya Beliau nampak kejam...sehingga membunuh beribu-ribu rakyatnya... dan saya pasti, di hujung hayatnya...jika beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat.... siapakah kita untuk mengatasi kekuasaan Allah untuk memberi pengampunan dan menerima taubatnya....

saya juga teringat kisah seorang lelaki yang membunuh ibu saudaranya di Arab Saudi... sehingga saat akhir, beliau tidak diampunkan oleh waris ibu saudaranya... namun setelah si pemancung mengangkat pedang utk melaksanakan tugasnya..bapa saudara yakni waris kepada ibu saudaranya dengan kuat mengucapkan "Aku waris si mati mengampunkan kamu"....

lelaki itu longlai dan merasakan mati hidup semula...(sila ikuti Mingguan Malaysia minggu lepas)....

begitulah indahnya hukuman Allah.... hanya waris yang berkuasa memberi ampun kepada pesalah....

Saddam?.... tiada siapakah yang mahu memaafkannya?....
Tiada sedikit jasakah dia?... saya tidak pasti.... namun, Iraq menerima pakai undang-undang Amerika...maka, hanya tali gantung 'Made In America' yang layak menjerut dan menamatkan riwayat seorang hamba Allah di subuh hari mantai Aidil Adha...

Al-Fatihah buat Saddam...

Eid Ul Adha....Korban = Pengorbanan...




salam semua...

alhamdulillah... seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut Eid Ul Adha dengan suasana penuh 'keredhoan'...redho kerana Eid Ul Adha ini sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan terbesar dalam sejarah...

kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat mimpi yang memerintahkan Baginda untuk menyembelih anak kesayangan beliau yakni Nabi Allah Ismail...

Nabi Allah Ismail pula apabila disampaikan berita akan perintah Allah melalui mimpi ayahnya Nabi Allah Ibrahim, terus redho dan menerima ketentuan itu lalu bersedia dan amat yakin sekali..."Laksanakanlah perintah itu ya Rasul Allah, ayah ku...nescaya kamu akan mendapati aku berada dalam golongan mereka-mereka yang sabar..."kata Nabi Allah Ismail...

Tiada 'ek' tiada 'ah'..tiada 'yer ker'...dsbnya..... semuanya atas 'Samiaqna Wa atoqna...'.."Kami dengar Kami Patuh"...

itulah kisah pengorbanan paling besar yang menjadi contoh kepada setiap umat manusia khususnya umat Islam...

adakah kita sudah diuji sedemikian?...adakah kita sudah diuji sedahsyat demikian?..

wallah hu aklam....

ujian atas iman yang paling baik ialah..apabila kita sanggup berpisah dengan apa yg kita sayang...atau paling sayang...

kalau kita benar-benar redho....insya Allah...Allah akan memberi ganti kepada pengorbanan kita itu... sebagaimana Allah mengantikan Nabi Allah Ismail kepada satu haiwan @ kibas yang begitu baik, tegap dan sihat... sebagai tanda kebesaran Allah dan sebagai hadiah bagi umatNYA yang beriman...

begitulah.....

untuk hebat kita perlu berkorban...
untuk bahagia kita perlu berkorban...

korban harta, jiwa serta perasaan....

yakinlah...Allah akan mengantikan kita kepada perkara yang lebih baik apabila kita benar-benar fahami & yakini serta redhoi makna korban atau pengorbanan kita itu...apatah lagi ianya memang dituntut oleh Pencipta kita...

salam aidil adha buat semua...di mana sahaja anda berada...

wasalam

Saturday, December 30, 2006

Bila Line Internet 'Kong Ka Li Kong'...

salam....

kelam kabut dunia sebelah sini apabila berlaku 'earthquake' di dasar laut Taiwan tempohari....

para bloggers & forumers semuanya...menggeletar..bukan sebab aper..sebab tangan menggigil tak dapat menulis....

saya sendiri yg menggunakan khidmat talian DiGi dengan EDGEnya mengalami gangguan dan telah pun dipohon maaf dari operator telefon tersebut kerana berlaku gangguan sesekali....sesekala...

apapun...beginilah keadaan manusia akhir zaman.... rasa macam dah 'sophisticated' rupanya terlalu 'fragile' dan mudah pecah bila terhempas.... so istilahnya?... terlalu tidak 'independent'......

apapun... line akan ok sepenuhnya dalam masa 3 - 4 minggu.... dan saya menjangkakan negara India akan menggunakan 'bencana' ini dengan mempromosi 'tapak' server di negara tersebut....

Malaysia, Singapura, Indonesia?.... payah kut sebab kedudukan negara yang terletak di garisan gempa yang amat tidak stabil untuk kabel dasar laut.... dan berbagai lagi...

esok Eid Ul Adha.....

salam Eid Ul Adha dari saya buat awak semua....

wasalam

Sunday, December 24, 2006

Selamat Hari Natal...



buat semua rakan saya serta masyarakat Malaysia yang menganut Agama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal buat anda dan keluarga tidak kira di mana jua anda berada...

semoga Allah memberi taufiq, hidayah, rahmat serta petunjukNYA....insya Allah

Saturday, December 23, 2006

Oh Tuhan....

Oh Tuhan....
Aku tahu Engkau memerhatikan...
Aku tahu Engkau Maha Mengetahui...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihi...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihani...

Oh Tuhan...
Telah banyak dosa yang aku lakukan...
Telah banyak kezaliman yang aku lakukan...
Telah banyak kemungkaran yang aku lakukan...
Telah banyak kebinasaan yang aku lakukan...

Oh Tuhan...
Ampunilah segala dosa-dosaku...
Terimalah semua taubat-taubatku...

Oh Tuhan...
Aku tahu Engkau tetap dengan janji-janjiMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan masa-masaMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan azab-azabMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan rahmat-rahmatMU...

Oh Tuhan...
Berilah ketenangan kepadaku...
Berilah rahmat kepadaku...
Berilah kemudahan kepadaku...
Berilah petunjuk kepadaku...

Oh Tuhan...
Akulah hambaMU...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails