Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha...

salam aidil adha buat semua umat islam tidak kira di mana sahaja anda berada...

kita biasa dengar perkataan korban.
kita sering menyaksikan ibadah korban saban tahun.
kita sesekali terlibat dalam ibadah korban tersebut.

adakah kita fahami maksud sebenar pengorbanan yang Allah mahu sampaikan?

ambil sedikit masa untuk kita sama-sama susuri maksud sebenar pengorbanan dalam kehidupan seharian kita..

mudah-mudahan kita menjadi seorang yang beriman setelah kita islam.



Berkorban Apa Saja....


Wednesday, November 25, 2009

Ikon / Idola dari golongan artis...



salam..

saya amat jarang sekali membaca harian metro.... kalau membaca pun ianya jatuh dalam kategori 'terbaca' atau terpaksa baca sambil menunggu makanan dibungkus di kedai-kedai makan.

baru-baru ini saya sengaja membeli metro ahad...tujuan? tujuan saya mahu lari dari laporan-laporan akhbar yang sarat dengan kempen, sampah dan kisah politik yang berterusan dari hari ke hari.

dari beratus artikel atau lapuran yang saya 'glance through'... artikel di atas menarik perhatian saya.

ianya berkenaan penyanyi kumpulan dewa yang bernama ahmad dhani.

tahun lepas saya ada membuat sedikit pencarian tentang kisah si penyanyi ini.. kisah beliau yang berbangga dengan darah keturunan yahudi yang ada pada diri beliau, kisah kulit-kulit album beliau yang memaparkan simbol-simbol yahudi, termasuk kisah skandal beliau dengan rakan isteri beliau.

foto di atas memanifastasikan banyak cerita di samping persoalan yang timbul.
persoalan utamanya ialah; apa yang beliau mahu buktikan? kesamarataan agama? islam, yahudi dan kristian wujud dalam masa yang sama? islam sama dengan yahudi dan kristian?

dan seterusnya...

tidak dapat kita nafikan bahawa golongan artis kebanyakkannya diambil menjadi idola kepada golongan remaja dan retua (remaja nak jadi orang tua)..

dan sebahagian besarnya mencontohi setiap gelajat serta perbuatan artis-artis idola mereka.

dan paling menakutkan... dalam diam, untuk beberapa waktu yang singkat, kita dapati perubahan kepada tingkah laku anak-anak golongan remaja ini... perubahan dari segi pakaian, cara berkomunikasi dan sebagainya..

bolehkah kita menahan atau menghalang perubahan ini di mana dalam masa yang sama saban detik saban hari anak-anak remaja kita disuapkan oleh idea-idea yang berbagai oleh idola-idola ini?

bolehkah kita mengekang kemaraan budaya kuning ini sedang dalam masa yang sama, media-media bertempur untuk mendapatkan berita-berita sensasi yang sememangnya menyemarakkan industri artis-artis?

di mana kita mahu bermula?

sama-sama aktifkan neuron untuk berfikir..

wasalam

Monday, November 23, 2009

Tahniah Warga UKM : Kursus Pemikiran Kreatif

salam semua...

minggu lepas, saya berpeluang melunaskan satu kursus bertajuk pemikiran kreatif selama 2 hari.

bersama-sama saya, Master Rohaizad yang mempunyai 2 slot iaitu 'unleash your true potential / serlahkan potensi diri anda' & 'stress management via Reiki-LVT / pengurusan stress melalui teknik Reiki-LVT'



kursus selama 2 hari yang di adakan di puri pujangga ukm, bangi ini dihadiri oleh kakitangan ukm.


berkongsi dengan peserta kursus topik-topik yang meliputi 'creative thinking type'

 
'creative thinking principles' in progress...

 
kumpulan 5 yang outstanding...

 
kumpulan 2 sedang melontarkan idea-idea kreatif...

untuk foto & video bolehlah ke www.sca-insan.com


Tahniah TG Nik Aziz

salam semua...

saya terbaca satu artikel yang agak menarik hujung minggu lepas.

ceritanya ialah tokoh agama dan politik tanahair dari parti pas iaitu dato' nik abdul aziz nik mat yang juga merupakan mursyidul am parti islam semalaysia.



tg nik aziz terpilih dan disenaraikan sebagai pemimpin islam yang ke 42 berpengaruh di dunia dari keseluruhan 500 pemimpin islam yang ada.

tg nik aziz adalah satu-satunya pemimpin dari malaysia yang terpilih.

tahniah tg nik aziz.

Thursday, November 12, 2009

Tiada Yang Pelik Bagi Allah..

salam semua...

beberapa minggu yang lepas saya ada terbaca sebuah artikel di akhbar mingguan tentang seorang kanak-kanak di negara Rusia yang pada tubuh badannya sesekali tertulis ayat-ayat suci Al-Quran... malah rumah kanak-kanak tersebut kini dikawal ketat kerana ribuan pelawat telah membanjiri rumah beliau untuk menyaksikan 'keajaiban' atau 'kepelikan' tersebut.

pelik kah perkara ini?

bagi manusia yang berfikiran singkat walaupun telah belajar di tujuh puluh universiti terkemuka dunia serta memiliki tiga puluh phd, jika tidak melihat kepada kebesaran Allah, maka sia-sialah sahaja proses menuntut ilmu mereka.

apa lagi bukti yang manusia mahukan dari Allah untuk menambah keyakinan diri terhadap Robbul Jaleel?

kejadian alam, kejadian manusia, kejadian langit dan bumi, kejadian cakrawala serta perjalanan setiap kehidupan adalah merupakan bukti-bukti nyata dari Tuhan buat semua hamba-hambaNYA...

namun tidak dinafikan, sangat ramai sekali hamba-hambaNYA yang sesat serta menolak bukti-bukti ini atas faktor sains... di mana ramai yang sudah 'murtad' kerana beragamakan satu agama baru iaitu 'SAINS'..

manusia memang segera lalai dan leka..
manusia memang segera lupa dan alpa..

sehinggalah ditiupkan sangkakala..dan ketika itu, masing-masing sibuk dengan diri sendiri, apabila gunung ganang berterbangan laksana kapas...apabila bumi serta laut dibongkar... masa itulah manusia ingin kembali.. namun semuanya sudah terlambat...

apa yang boleh kita 'dapat' dari kejadian ini?... keimanan, ketaqwaan serta kesungguhan untuk melakukan muhasabah diri, menyusun matlamat diri serta mengambil langkah untuk berubah dengan kadar segera...


bertuahlah si kanak-kanak yang bernama Ali Yakubov kerana dipilih untuk menjadi 'penyampai seru' dari Allah.
si Ali bukanlah Nabi atau Rasul, kerana tiada lagi nabi atau rasul selepas Rasulullah... namun dakwah perlu diteruskan... maka si Ali dipilih untuk memberi dakwah khusus kepada masyarakatnya dan kepada seluruh dunia amnya tentang janji-janji Allah yang Maha Benar segalanya...

tidakkah kita mahu bersegera kembali kejalan yang lurus setelah datang kalimah-kalimah Allah?

 

Maha Suci Allah yang menetapkan perjalanan para hambaNYA...

kepada DIA lah tempat kita kembali..

mahukah kita kembali dengan keadaan kita sesat setelah kita diberi peringatan?

jawablah dengan hati yang terbuka....

wasalam

Tuesday, November 10, 2009

Penduduk Islam Dunia 1.57 billion orang...



salam semua...

entri ini lama jugak dipikirkan untuk dikongsi..
ianya berkenaan jumlah penduduk dunia yang beragama islam.
berdasarkan satu bancian, setakat 10 November 2009, jumlah penduduk dunia ialah 6.796billion

dan dari jumlah tersebut, 1.57billion adalah merupakan penduduk beragama Islam. (united states census board) manakala carnegie endowment for international peace meletakkan 1.823billion pada tahun 2009 (lebih 0.3billion) ataupun 300juta orang.

apapun mengikut nisbah, seorang dari 4 penduduk dunia adalah beragama Islam.

pecahan adalah seperti berikut;

negara afrika : 462.3 juta
negara asia : 1.1 billion
negara eropah : 51.4 juta
negara amerika utara : 7.1 juta
negara amerika selatan : 2.4 juta
negara oceania : 0.5 juta

jumlah keseluruhan ialah 1.627.61 billion atau seribu enam ratus dua puluh tujuh/lapan juta.
di negara china terdapat 150 juta penduduk beragama Islam (survey 2008)

dari jumlah penduduk dunia yang berjumlah 6.694.89 billion
umat Islam adalah 24.31 peratus dari jumlah tesebut.

sekadar memberi gambaran tentang jumlah penduduk beragama Islam di sekitar negara Asia antaranya;

di negara China sahaja terdapat 39.1 juta
di negara Indonesia terdapat 195.2 juta
di negara Iran terdapat 68.8 juta
di negara Bangladesh terdapat 127.3 juta
di negara India terdapat 155 juta 
di negara Pakistan terdapat 158 juta
di negara Turki terdapat 74 juta
di negara Arab Saudi terdapat 24.1 juta
di negara Iraq terdapat 29 juta
di negara Afganistan terdapat 30 juta

jumlah penduduk Islam negara di atas ialah 900.5 juta

di negara kita Malaysia terdapat 16 juta penduduk beragama Islam.

jumlah penduduk Islam negara malaysia berbanding dengan negara di atas;

dengan China : 40%
dengan Indonesia : 8%
dengan Iran : 23%
dengan Bangladesh : 13%

dan seterusnya...

mengapa saya berkongsi matlumat ini?
antaranya ialah jumlah penduduk yang beragama Islam berbanding jumlah peduduk dunia.
antaranya ialah kedudukan jumlah penduduk Islam di Malaysia dengan jumlah penduduk Islam negara jiran Asia.
antaranya ialah jumlah penduduk negara-negara Asia yang beragama Islam dan kekuatan ekonomi mereka di persada dunia.

Baginda Rasulullah pernah bersabda, Islam itu akan bangkit dari timur...

dan dari jumlah 1.657 billion umat Islam seluruh dunia, 1.1 billion adalah datang dari negara Asia.

adakah Islam akan bangkit dengan cara ketenteraan?
adakah Islam akan bangkit dengan cara ekonomi?
atau bagaimana?

kita tahu ketenteraan dikuasai oleh negara-negara Barat.
dan kita tahu ekonomi dikuasai oleh negara Yahudi.

di celahan mana Islam akan bangkit?

mari kita sama-sama fikirkan...

Monday, November 09, 2009

Men'Terapi Diri' di nursery Sungai Buluh

pada hari sabtu lepas saya dan isteri ke sungai buluh... lokasi yang tepat ialah bekas tapak hospital kusta di sana.
semua peminat bunga-bungaan amat arif dengan kawasan ini..

di sini, harga bunga-bungaan masih lagi murah berbanding dengan nurseri-nurseri lain yang berada di luar sana...cuma kepesatan pembangunan yang ada di sekitar kawasan tersebut telah mengakibatkan beberapa nurseri terpaksa berpindah hingga ke hujung jalan yang berdekatan dengan fakulti pergigian UiTM yang di dalam pembinaan.

 
deretan bungan-bungaan yang 'tak tahan panas' dan hayatnya hanya sekitar 5-6 bulan sahaja...
dulu masa sibuk terpesona dengan bunga jenis ini, saya juga hairan..apasal kat nurseri cantik..bawak balik lepas beberapa bulan..jadi tak cantik semula...walau letak baja dsbnya sebagaimana disarankan..

 
rasanya tak sabar nak mendapatkan kamera 'canon slr'... boleh snap foto-foto yang lebih baik buat koleksi..

 
deretan orkid yang mempersonakan...
saya sempat mengambil masa dalam setengah jam bersama adik yang menjual untuk mendalami teknik menjaga orkid dengan lebih baik... sekarang dah ada baja orkid yang baru... dari soya rupanya..

 
orkid yang merah tu harganya rm48 sepokok... orkid ini juga berbau wangi.. saya lebih suka buat 'eksperimen'...so saya beli anak pokok orkid jenis ini... dan plus minus kena tunggu sekitar setahun untuk membesar dan mengeluarkan bunga... sekali keluar bunga, maksimum 4 kuntum...

 
aliah dan rashid yang dah kepenatan turut sama dalam ekspedisi men'terapi diri' ibu & ayah mereka...
upahnya?... ice cream kon....

Dari Hujung Minggu ke Hujung Minggu..

salam semua...

maaflah kerana genap seminggu sehari saya tidak berentri..
jadual terlalu ketat sehingga saya hanya mampu menjengah blog sendiri juga website sca & baitulummah sesekali sahaja.

saya sibuk dengan goTNA, software yang syarikat saya baru lancarkan.
saya juga terikat dengan beberapa komitmen lain yang menjurus kepada konsultansi dalam bidang latihan.
saya juga baru selesai me'rombak' organisasi syarikat untuk bersedia menghadapi tahun-tahun yang baru kerana goTNA akan dipasarkan ke seluruh dunia dan akan melantik beberapa agen bermula di negara-negara asean.

saya akan menulis beberapa artikel atau entri yang menarik buat tatapan anda sekelian..

insya allah.

Sunday, November 01, 2009

Salam Hujung Minggu...

salam semua...

apa khabar anda di hari minggu ini?
mudah-mudahan sihat sejahtera di samping tercinta..

ketika menulis, saya berada di pejabat.. buat aper yer?

amat jarang sekali saya akan ke pejabat di hujung minggu sebegini... namun saya mengambil kesempatan hari ini untuk 'singgah' ke pejabat kerana isteri juga bertugas di mont kiara soho kl..

saya juga mempunyai sedikit tugasan untuk dilunaskan..maka kesempatan ini saya ambil untuk membereskan mana-mana kerja yang sangat penting... terutamanya ada beberapa 'kertas cadangan' dan 'presentation' untuk beberapa pihak awal minggu hadapan..

sambil-sambil itu bolehlah saya memeriksa 'kestabilan' 'domain' yang saya baru gunakan ini... memandang saya hanya membeli domain sahaja dan bukan hosting (hosting masih menggunakan blogspot) berlaku sedikit ketidak stabilan masa address di re-route ke blogspot.

apapun..tak kira di mana sahaja anda berada... have a nice weekend.

wasalam.

Friday, October 30, 2009

Pohon Betulkan Link...

alhamdulillah.

'construction' pada blog saya berada pada tahap terakhir.

cuma saya pohon anda memperbetulkan link ke blog ini dari www.mirzamohd.blogspot.com ke www.sifumirza.com

sebarang kesulitan... maafkan saya..

dan terima kasih atas sokongan anda selama ini...

Wednesday, October 28, 2009

'under construction'....

salam semua...

setelah sekian lama saya memikirkan untuk menukar 'wajah' blog ini...
akhirnya saya gagahkan diri untuk mengambil langkah meng'under construction'kan blog ini..

alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...

cuma sedih sikit kerana 'blog roll' anda tidak dapat saya selamatkan...
saya akan cuba menjejak kembali blog anda satu persatu...

Ya Allah izinkan saya menjejaki sahabat-sahabat saya ini... dan hambaMu ini mohon dipermudahkan usaha tersebut..

p/s kalau ada berlaku 'lompat sana dan sini'... harap maaf kerana gangguan tersebut yer..

Monday, October 26, 2009

Dera Anak @ Buang Anak

salam semua...

anak oh anak...
ada pasangan yang dikurniakan Allah dengan zuriat yang berpasang-pasangan...
ada pasangan yang dikurniakan Allah dengan zuriat yang tunggal...
ada pasangan yang dikurniakan Allah dengan zuriat yang hidup sebentar cuma...

malah ada pasangan yang tidak lansung dikurniakan Allah dengan zuriat..

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...

cuba kita perhatikan beberapa firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang berkenaan dengan zuriat.

antaranya;

Surah An Nisa': 1.
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

 


Dan di dalam Surah Al Araf : 172
... dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

 


Juga menerusi surah Al Ahqaf : 15
.... dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".


 

mengapa masih ada yang masih mendera anak malah membuang anak?

bagi golongan yang mendera anak-anak, mereka bolehlah dimasukkan ke dalam golongan-golongan yang 'tidak beriman'..kerana sekiranya ibu dan bapa itu beriman, maka tiadalah mereka hilang pertimbangan di dalam mendidik anak-anak mereka...kerana antara komponen iman itu ialah sifat sabar, tenang serta ingat Tuhan.

penderaan berlaku akibat dari beberapa faktor, antaranya ialah tekanan kehidupan.
tekanan kehidupan yang hadir hasil dari kegagalan manusia itu mengurus diri dengan baik.
tekanan kehidupan juga hadir hasil dari kegagalan manusia itu memahami maksud dan intipati kehidupan yang sebenarnya.
tekanan kehidupan juga hadir hasil dari kegagalan akal menimbang sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya.

mangsanya?... anak & isteri.. dan mangsa paling mudah ialah anak kerana anak-anak tidak akan melawan sebarang tindakan yang dikenakan keatas mereka....paling kuat, mereka akan menangis atau meraung kesakitan.

sampai bila kes-kes penderaan ini akan berterusan?... jawapannya sampai bila-bila.
bagaimana hendak mengatasi kes-kes ini?... jawapannya ialah kembali kepada Tuhan.

bagi yang membuang anak, kes-kes ini selalu berlaku ke atas pasangan yang tiada sebarang ikatan sah (perkahwinan).
akibat dari hanyut dengan arus dunia yang sangat deras, manusia sering lupa dan hilang pegangan lantas menerima pakai kehidupan bebas tanpa tuhan.
manusia akan terus alpa dengan permainan hawa nafsu yang mengasyikkan lantas segala batas-batas agama tiadalah menjadi satu benteng buat diri.

kenapa berlaku pergaulan bebas antara lelaki & perempuan? kerana penekanan terhadap pelajaran agama amatlah kurang, malah disesetangah tempat, ianya hanyalah sekadar untuk lulus peperiksaan dan lebih malang, matapelajaran agama boleh dipilih untuk diganti dengan matapelajaran lukisan.

semuanya berbalik kepada agama atau pegangan seseorang manusia itu.
kerana pegangan itu adalah berkenaan dengan iman serta kepercayaan.

manusia yang kenal agamanya serta memahami perjalanan hidupnya adalah ibarat ikan yang hidup di lautan luas..

isinya tetap tawar walau bertahun hidup di air yang masin...

manusia yang mantap keimanannya dari masa ke semasa... akan tahu di mana dan bila untuk berkata 'tidak' atau 'cukup'....
sedang manusia yang tidak kenal agamanya sudah pasti akan hidup dalam keadaan terkontang-kanting...

tidak boleh kita nafikan kepentingan agama terhadap diri...
dan begitu juga dalam soal dera dan buang anak.... di manakah agama di dalam diri?

wasalam

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Berdiri @ Solat...



salam semua....

entri kali ni sebenarnya agak lama juga saya mahu titipkan namun ianya tertangguh kerena beberapa sebab.
apapun setelah menonton berita malam semalam, saya terpanggil untuk menulis sesuatu.

kegemparan bermula dari kisah di atas.
ianya adalah rentetan pertelingkahan antara suami isteri tentang arah kiblat yang betul.
maka tanpa disedari oleh kedua-dua mereka untuk beberapa ketika..sehelai sejadah yang mereka gunakan untuk solat seharian boleh berada dalam kedudukan antara dua sujud dan menghala ke arah kiblat yang betul.

ini memang gempar... sama kegemparannya apabila ada antara kita yang melihat pelbagai kalimah di langit yang terbentuk dari awan.
sama kegemparannya dengan apa yang kita selalu lihat melalui internet foto-foto ikan tertulis kalimah, pokok rukuk, buah delima bertulisan kalimah dsbnya...

jika kita amat jarang menyentuh Al-Quran, sememangnya kita akan gempar atau terkejut beruk.
namun jika kita sekali sekala membaca Al-Quran, kita pun boleh jadi antara yang terkejut beruk jugak kerana kita hanya sekadar membaca serta handal tajwid sahaja.
tetapi jika kita adalah seorang yang hidup berpandukan Al-Quran maka perkara apa pun yang berlaku, ianya adalah tidak mustahil bagi kita kerana banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada kesaksian akan tanda-tanda kebesaran Allah di langit, di bumi, gunung ganang serta lautan, malah pada tubuh badan kita sendiri.

tanda-tanda yang Allah tunjukkan ini bukanlah sesaja sahaja. ianya sudah tentu membawa maksud yang tersirat setelah ramai manusia melihat yang tersurat.
jika kita menolak walau sedikit akan kesaksian Allah ini maka kita tergolong kedalam golongan yang KUFF.



 lupakah kita akan peristiwa Israq & Mikraj Baginda Rasulullah?
peristiwa itu, di samping ianya adalah hadiah kepada Rasulullah setelah menanti selama 4 tahun akan wahyu yang tidak turun-turun, ia juga sebagai satu ujian untuk ummat serta pengikut Baginda.

Ujian yang Allah turunkan itu adalah untuk menjarakkan di antara 2 jenis pengikut atau ummat Muhammad, pertama yang benar-benar yakin dan kedua, yang ikut 50-50.

maka Maha Suci Allah, mereka-mereka yang hipokrit terus memalingkan wajah dari Rasulullah apabila Baginda menceritakan kisah yang berlaku pada malam Isra' Mikraj tersebut.

Lebih malang lagi setelah Rasulullah menunjukkan bukti kepada mereka yang munafik ini, mereka terus menolak dan kembali kepada kekafiran.

Alhamdulillah, yang tinggal bersama Rasulullah adalah mereka-mereka yang benar-benar yakin serta beriman kepada Allah & Rasulullah.







Maka kisah sejadah berdiri ini yang begitu banyak berlaku di negara kita kebelakangan ini sudah tentu mempunyai maksud yang tersirat untuk sesiapa sahaja yang mengalaminya.

contoh; pasangan suami isteri yang berselisih faham akan kiblat tadi. apa yang Allah mahu sampaikan kepada mereka? adakah mereka mahu berfikir? dan apakah ilmu serta iktibar yang masyarakat umum boleh ambil dari peristiwa tesebut?

di kelantan, pasir mas dan di kulim kedah...begitu banyak kejadian sejadah berdiri ini berlaku.. malah ianya berlaku di dalam surau dan ia berlaku dalam keadaan banyak sekali sejadah seolah-olah mereka sedang solat berjemaah.

cerita tentang sejadah.
sejadah bersolat.

maka mari sama-sama kita periksa diri kita sebelum diri kita diperiksa oleh malaikat.
bagaimana solat kita?
jangan hanya melihat dari perlakuan solat sahaja.
kerana pengertian solat sangat dalam.. ianya membawa hakikat pengabdian diri... ianya membawa hakikat kejadian kita sebagai hamba kepada Allah... ianya membawa hakikat berjemaah.. dan banyak lagi..

tidakkah kita mahu berfikir?

wasalam

Tuesday, October 20, 2009

Kembara Raya Baitulummah...

salam semua....

hujung minggu lepas saya dan sahabat-sahabat baitulummah serta keluarga masing-masing melaksanakan satu program 'Kembara Aidil Fitri'...
matlamat utamanya ialah merapatkan lagi jalinan siratturahim di kalangan kami dan keluarga.. maka perjalanan yang memakan masa lebih 14 jam pada hari sabtu yang meliputi 7 rumah dan 6 jam pada hari ahad benar-benar mengimbau serta menghidupkan suasana 'kampung' apatahlagi dalam keadaan ukhwah serta kasih sayang tanpa sempadan...


 kembara bermula dari rumah saudara Rozainy & keluarga di Meru, Klang....

 rumah kedua, kediaman saudara ridzuan & isteri di bukit bandaraya, shah alam

  
seterusnya rumah saudara Rohaizad & keluarga di Putra Height, Subang..

gambar hiasan kaum bapa yang lebih gemar menjamu selera ala kampung di luar rumah...

sampai di rumah ketiga, kami 'take break' lama sikit utk solat dsbnya...

rumah saudara Fairos & keluarga di Saujana Putra..kaum ibu berehat menyandar setelah 4 rumah...

saudara Shamshul & Keluarga menyambut kami di Bandar Puteri, Puchong... 'energy makin 'low'..namun ku gagahkan juga jebat...

rombongan kembali 'segar' sesampai di rumah saudara Shahrir & Keluarga di Angun Puri, Damansara..

rumah terakhir pada hari sabtu tersebut, kediaman saudara Kamal Arif Maz & Keluarga.. sempat menganjurkan majlis hari jadi anak beliau...

kaum ibu bergambar di kediaman saya & keluarga di Ulu Yam Baru pada hari kedua (ahad)

 
para bapa yang kekenyangan setelah dijamukan dengan masakan 'sup tulang'..


bro fahmi, kamal & sam...menyantai sebelum 2nd round...


dan untuk menambah keceriaan bagi anak-anak yang hadir (termasuk supaya mereka tak ganggu ibubapa yang nak beraya serta menjamu selera....saya sediakan kolam renang kecil saiz olimpik kekanak...)


apa yang boleh saya katakan... moga kembara ini bolehlah kita hidupkan semula dikalangan sesama kita adik beradik serta saudara mara malah sesama rakan ofis...

bukan hidangan atau kebesaran rumah yang menjadi ukuran..tetapi 'ruh' serta semangat untuk mengeratkan siratturrahim lebih penting dari segala-galanya... apatahlagi di akhir zaman ini yang mana hubungan kejiranan juga tidaklah seakrab 50 tahun dahulu...

wasalam

Pertama Di Dunia : GoTna




 


salam semua...

agak lama saya tidak menitipkan sebarang entri di sini...
bukan apa, sedikit kesibukan atas beberapa perkara yang berlaku disepanjang minggu lepas sehingga ke hujung minggu..

antaranya;

pelancaran produk keluaran firma saya iaitu GoTna; satu produk perisian (software) yang akan membantu organisasi-organisasi dalam merencanakan program latihan yang efektif, efisyen serta menjimatkan kos malah membantu meningkatkan produktiviti kakitangan.

GoTna juga dapat membantu kakitangan di jabatan sumber manusia serta jabatan latihan dalam melakukan 'assessment' dari sudut prestasi kerja (KPI), prestasi tahunan dan mengukur KRA kakitangan.

GoTna juga lengkap dengan maklumat peribadi kakitangan, latarbelakang sejarah latihan dsbnya..

pendek kata, 'macam-macam ada' pada GoTna ini...

aramak...iklanlah pulak...

anyway saya bersyukur ke hadzrat Allah kerana memudahkan perjalanan kami dalam menghasilkan perisian ini kerana atas 'research & development' yang kami jalankan untuk beberapa jangka waktu, kami tidak menemui produk yang seumpamanya...jika adapun, ianya hanyalah tertumpu kepada sistem perisian sumber manusia yang menjurus kepada 'payroll', cuti, rekod peribadi dsbnya...

yang berminat bolehlah hubungi jabatan pemasaran saya di talian 03-5882 4407 (fahmi)

wasalam

saudara kamal arif maz, jurutera perisian


saudara kamal, saya, saudara rozainy dan saudara ridzuan..memotong reben pelancaran GoTna



saudara rozainy, saudara ridzuan, saudara kamal & saya... sesi memotong kek.

 
memberi kata-kata peransang buat team Baitulummah Holdings

Wednesday, October 14, 2009

Diri Kita : Simple atau Complex?

salam semua...

saban hari kita berhadapan dengan kehidupan yang penuh mencabar.
cabaran yang kita tempuhi adalah mengikut keupayaan dan bacaan diri kita masing-masing.

ada yang menempuh ribuan hutang keliling pinggang sebagai perkara biasa dan tidka memeningkan.
ada pula yang menempuh hutang 3 bulan tak bayar kereta sebagai satu perkara yang sangat hampir dengan kiamat.

begitulah kita melihat satu-satu perkara dengan pandangan yang cukup berbeza...ya berbeza sama sekali.

maka sebab itulah 'husnul khotimah' dan 'hablum minan nas' apatah lagi 'hablum minallah' sangat penting dalam kita mengharungi semua cabaran hidup..

berbaik sangka, menjaga hubungan dengan manusia serta ,menjaga hubungan dengan Allah adalah elemen penting dalam memastikan samada hidup kita 'simple' atau 'complex'.

sikap berbaik sangka sangat perlu ada di dalam diri kita.
berbaiksangka kepada semua manusia, perkara, kejadian adalah dituntut dalam kita memperolehi kehidupan yang simple...namun atas beberapa perkara perlulah kita selitkan 'waspada'. contoh; kita kenal rakan yang sering 'mengencing' bila berjanji... maka kita wajar berbaik sangka kepada beliau tetapi kita perlu berwaspada agar tidak 'dikencing' untuk ke berapa kalinya (seeloknya cukuplah 2 kali terkena).

sikap menjaga hubungan dengan manusia juga adalah penting.
tanpa manusia disekeliling kita tidak mampu untuk hidup. maknanya kita perlu kepada 'jalinan' antara manusia. saya melihat ianya dari sisi di mana setiap manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. dan di sinilah wujud bantuan atau pertolongan untuk 'menyimple'kan masalah yang kita hadapi samada dari sudut nasihat, bantuan wang ringgit, tenaga dsbnya.

akhirnya paling penting sikap menjaga hubungan dengan Allah.
kita amat arif, tanpa Allah maka tiadalah wujud kita. Allah adalah segala-galanya bagi kita. Allah senantiasa ada di mana sahaja kita berada. maka sewajarnya kita terus-terusan bergantung kepada Allah dalam setiap ketika dan masa. selagi nyawa masih berada di dada, pergantungan kita kepada Allah adalah mutlak.
Al-Quran adalah panduan hidup yang ditunjuk contoh carabagaimana menerap pakainya oleh Baginda Rasulullah menerusi Sunnah Baginda.

maka untuk kembali menjalani kehidupan yang simple, kembalilah memgambil Al-Quran sebagai pedoman dan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan luar dan dalam kehidupan kita.

ingat seperkara; musibah (kekusutan) yang menimpa kehidupan kita adalah hasil dari tangan-tangan kita sendiri dan bukannya dari Allah hatta dari Rasulullah.

maka jika kita faham, terhindarlah kehidupan kita dari memfitnah Allah & Rasulullah.

insya Allah kita akan melihat sisi-sisi kehidupan yang lebih ceria lagi simple dan sudah tentu menenangkan diri kita...

wasalam

Friday, October 09, 2009

Bencana Alam VS Bencana Sosial...

salam jumaat buat semua...

dalam pada kita melunaskan kerja atau tugasan hari ini dan bersedia untuk berehat atau mengunjungi rumah-rumah terbuka maka sukalah saya mengajak diri saya dan anda semua sama-sama berfikir tentang 2 bencana yang berada di hadapan kita sekarang..

bencana pertama ialah bencana alam
dan bencana kedua ialah bencana sosial.

bencana alam terdiri daripada 2; satu bencana 'MUSIBAH' akibat tangan kita sendiri dan satu adalah 'AZAB' dari Allah.

(yang MUSIBAH itu merujuk kepada kelalaian manusia, ketamakan manusia- sikap manusia dalam mentadbir alam pinjaman dari Allah ini seperti faktor jerebu, faktor tanah runtuh akibat ditarah-tarah, faktor penyakit berjangkit akibat dari seks bebas dsbnya)

(yang AZAB itu jika kita rajin rujuk pada Al-Quran, ianya adalah bencana yang Allah turunkan akibat dari kemungkaran demi kemungkaran yang manusia lakukan serta berpaling dari Al-Quran dan sunnah serta ajaran para Rasul)

ini adalah KESAN dari bencana alam yang berlaku.






di bawah pula ialah PROSES yang 'mengundang' bencana.



foto bangsa melayu 'punk'...

minum dan berpelukan dengan bukan muhrim adalah perkara biasa bagi orang melayu sekarang..
 
akhbar tempatan yang dikuasai oleh orang melayu, kepunyaan orang melayu dengan 'bangga' menyiarkan foto gadis litar melayu...

lihatlah anak-anak, adik beradik, rakan-rakan yang sebangsa dengan kita iaitu orang melayu dengan bebas bersosial, meminum arak, berpelukan dan malah melakukan hubungan songsang..

lebih parah ada di antara mereka yang menjadi idola serta 'berani' memasuki pertandingan mencari 'gadis melayu'...

masya Allah...

apa masalah sebenarnya?
sampai bila akan terusan begini?
bagaimana mahu di atasi?
mahu mulakan dimana?

kita boleh tertawa riang... kerana mungkin kita dan keluarga tidak kena mengena dengan gejala ini tetapi ingatlah apa yang berlaku di atas kini sedang menjalar ibarat 'kanser' yang mengundang samada 'MUSIBAH' atau 'AZAB'...

mari kita buka Al-Quran dan lihat dalam surah Al-Araf...

sangat jelas Allah berfirman kepada kita hamba-hambaNya..

1. Alif, Laam, Miim, Saad.

2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang Yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang Yang beriman.

3. (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

4. dan berapa banyak negeri Yang Kami binasakan, Iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

5. maka tidak ada Yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya Kami adalah orang-orang Yang zalim".

(ingat! Al-Quran ini diturunkan kepada Rasulullah untuk menjadi pedoman, ikutan, panduan, dan cahaya dalam kehidupan semua ummat dan hamba Allah... maka apabila kita baca, maka hendaklah kita fahami, hayati dan letakkan ianya pada diri kita...barulah kita mendapat intipati sebenar dan mengetahui apa yang tersirat selain dari yang tersurat...)

mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ilmu..insya Allah.

selamat berhujung minggu buat semua...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails