Friday, September 29, 2006

Redho atau 'Terpaksa' Redho??

Salam Semua…

Sedar tak sedar, sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini….. seperti yang kita tahu, Rejab ialah bulan Allah, Sya’aban ialah bulan Rasulullah dan Ramadhan ialah bulan umat Islam….

Dan anugerah istimewa Allah buat umat Islam dan HambaNYA pada bulan Ramadhan ini ialah terdapat satu malam pada 10 malam terakhir yang padanya kegandaan ibadah selama 1000 bulan….insya Allah….

Terpanggil untuk membicarakan perihal ‘redho’…..

Apa sebenarnya redho bagi kita?

Adakah redho itu maknanya kita menerima dan menyerah segala-galanya kepada Allah setelah tidak mampu atau tidak terdaya lagi untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam hidup…. Dan dalam masa yang sama, kita menanti satu ‘miracle’ akan berlaku….???? Adakah itu istilah atau makna redho bagi kita????

Hidup kita ini sudah tentunya mendambakan keredhoan Allah semata-mata dan tidak lebih atau tidak kurang dari itu….

Tiada gunanya suami yang kacak, isteri yg cantik, anak yang cerdik, harta yang bertambun, kereta yang menjalar sekiranya kehidupan atau diri kita tidak mendapat keredhoan Allah s.w.t….

Tiada gunanya segala apa yang kita kecapi tanpa keredhoan Allah….

Untuk mendapat redho Allah, kita terlebih dahulu wajib redho dengan apa yang kita lakukan, apa yg kita hadapi dan apa yg kita alami…..

Memang payah untuk kita mendapat redho dan memang payah untuk kita redho sekiranya ianya ada melibatkab kepentingan diri kita sendiri….

Ya…. Redho ini selalu kita ungkit dalam satu-satu perkara yang kita sudah sampai ke tembuk atau tersepit…. Dan jarang kita kaitkan redho ini dengan kesenangan yang Allah kurniakan… kerana sebagai cth. Apabila kita mendapat 1,000 ringgit atau 10,000 ringgit atau 100,000 ringgit atau 1,000,000 ringgit keuntungan…adakah kita redho??? Kita jadi takut untuk redho kerana takut tidak akan dapat lagi keuntungan sebegitu dan kita yg sentiasa diselaputi mainan nafsu…akan merasakan payah atau takut untuk mengucapkan keredhoan kepada Allah…. Sedangkan kita tahu, apabila kita redho dengan seikhlas hati, maka Allah akan meredhoi seluruhnya insya Allah…..

Begitulah cerita redho sedikit sebanyak…..

Redho juga ada kaitan dengan keyakinan…. Keimanan…. Kepercayaan…..

Dikatakan di atas pintu Luh Hul Mahfuz…. Terdapat ayat bergantungan di atasnya yang lebih kurang bermaksud “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu PesuruhNYA”…..

Sejauh mana kita ‘naik saksi’??? sedalam mana keyakinan kita?... setebal mana keimanan kita???

Hanya kita sahaja yang mengetahuinya….. selain dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa….

Thursday, September 28, 2006

Khusyuk Dalam Ibadah....


salam semua....

semalam saya bertemu seseorang....

antara bahan perbualannya ialah bagaimana beliau kini tidak lagi dapat merasakan khusyuk dalam solatnya....

diberitakan dulu khusyuk beliau membuatkan solat beliau mengambil masa sehingga 15 minit satu waktu.... pergh..saya pun tidak pernah bersolat lama sedemikian.... ialah masing-masing.....

hingga kita dia masih tidak dapat kembali kekhuyuskkan tersebut dan masaih mengharap....

saya terfikir sejenak.... tidak jauh juga saya memikir... hanya disekitar doa iftitah kita.... sebaik kita laungkan Allah Hu Akhbar dalam solat kita akan terus membaca doa iftitah.....

"in nas solati.... wa nu suki..... wa mah ya ya.... wa mam ma ti.... lillah hi rob bil alamin....."....

ianya ikrar kita tentang solat, ibadah, hidup & mati kita hanyalah kerana Allah Ta Ala.....

tentang solat, hidup & mati itu...oklah....

saya suka fokus pada 'wa nu su ki'..... ibadahku......

apa itu ibadah?.... kahwin ibadah ker?.... yes of coz...!! kerja ibadah ker?...of coz!!!.... main bola ibadah ker??....yup of coz.... memasak ibadah ker???...yup mesti.... belajar ibadah ker?....lagilah.... main kutu, baca buku, mengemas rumah, sidai kain, gosok baju.... segala-galanya ibadah sekiranya....kita melakukan semua itu dengan niat "kerana Allah Ta Ala...atau Lillah Hi Rob Bil Alamin...."...

jgn lupa niat.... jgn sesekali lupa niat.... apabila ada alas niat itu...segala perbuatan insya Allah dipermudahkan..... dan perbuatan itu akan kita lakukan tanpa was-was atau ada bisikan-bisikan syaitan.....

ingat.... kekhusyukan bukan sahaja boleh atau harus kita alami semasa solat sahaja.... anda membaca dan membaca kerana Allah dan begitu asyik sekali....yesss..anda sedang khusyuk melakukan ibadah kepadaNYA.....

anda memasak dan melakukan kerana Allah dan memasak dengan tertib, menjaga kebersihan dsbnya...anda sedang khusyuk melakukan ibadah kepadaNYA....

ingat...jgn sempitkan fikiran kita.... kerana Islam ialah Jalan Hidup.... kita biasa dengar dulu-dulu....Islam Is The Way Of Life.... thats it!!!!.....think big!!!

ingat... solat ku, ibadah ku.... hidup ku....mati ku......

LILLAH HI ROBBIL ALAMEEN....

wasalam....

Tuesday, September 26, 2006

Membersih Hati Mengemas Diri.....


Salam…

Marilah kita sama-sama membersihkanlah hati yang mengbungkam rasa dendam, marah, hasad, dengki, sakit hati, iri hati, malas, tamak, haloba, riak, sombong, takbur dan yang seiring dengannya di kesempatan kita ‘memalui’ bulan penuh keberkatan ini…..

Nak mula di mana yer?.... mulalah di hati dahulu kerana segala sifat-sifat itu terletak dihati kita…..

Nak mula bagaimana yer?..... bermulalah apabila timbul sahaja niat dihati dan laksanakanlah segera dalam masa 48 jam dari timbulnya niat tadi…..

Nak mula bila masa?......mulakanlah di waktu dinihari dengan solat taubat 2 rakaat…..zikir-zikir taubat seperti ‘astaufirullah hal azeem….’ Atau ‘astaufirullaha innallah ha kanatau wa ba….’….. buatlah paling minimum 1000x…. lafazlah serentak dengan turun naik nafas….

Azamlah untuk melakukan solat taubat itu setiap malam…… insya Allah…. Dengan izin Allah…..bersihlah hati kita dari sifat-sifat mazmumah tersebut….

Hati yang bersih akan menghasilkan ‘Aura’ atau medan elektrik statik yang mengelilingi seluruh tubuh badan. Setakat fitnah, seranah atau sebagainya yang ditujukan kepada kita, jika Aura kita setebal 2 - 3 kaki, sudah cukup untuk mempertahankan diri kita dari apa ‘tenaga negetif’ yang sampai….

Dan janganlah kita lupa, ‘Qalbu Mukminun Baitillah’ = ‘Hati Orang Beriman itu Rumah Allah’…..

Kalau hati kita cantik, tulus, mulus & suci….. nescaya jadilah ia Rumah Allah…. Dan sudah tentu jika hati kita malap, gelap, kotor…..nescaya jadilah ia rumah syaitan…… dan penuh dengan nafsu-nafsi…..

Segala-galanya adalah dari hati…. Dan ingat… hati adalah Raja……di dalam tubuh kita…. Jangan sampai biarkan nafsu menguasai diri…. Kerana nafsu hanya boleh dijinakkan setelah 1000 tahun dikurung tanpa makanan dan tidak dengan membakarnya di api neraka……

Wasalam

Monday, September 25, 2006

REIKI Level 1 - Apa Manafaatnya...???


salam buat semua....

saya ditanya tentang apa lagi menafaatnya menjadi pengamal ilmu Reiki.... jadi jawapannya ialah seperti berikut, dengan ilmu Reiki level 1, kita akan mendapat beberapa menafaat seperti;

1. menenangkan fikiran yang serabut melalui meditasi ringkas...

2. menenangkan orang yang tersayang yang mungkin marah & tidak tenang....melalui penyaluran tenaga positif...

3. 'menjinak'kan anak-anak yang 'liar'... dengan membuang 'getaran negatif' atau negative vibes....

4. memberi caj-caj positif kepada persekitaran terutamanya rumah kediaman...

5. mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan berumahtangga....

6. mewujudkan 'aura' positif pada diri kita....

7. me'nyah' cas kan tenaga negatif dari diri, isteri @ suami dan anak-anak.... sekali gus meningkatkan kasih sayang sesama pasangan & zuriat....

8. melancarkan aliran darah dengan sempurna...

9. 'memecah' halangan @ blockage yang berlaku di point-point kemasukan tenaga dalam diri....

10. meningkatkan kecerahan wajah....

wasalam

Menurun Ilmu di Ayer Hitam; 22 & 23 September 06


membuka langkah....

semua khusyuk...

bro man buat briefing

semua praktik reiki - menyalur energi











Salam....

Sehari sebelum Ramadhan, saya berada di Ayer Hitam bersama rakan Nor Azman….. beri training untuk middle ‘management team’ CLAYTAN Industries Sdn Bhd…..

Satu syarikat yang agak besar dengan warga kerja seramai 1,200 orang…

Bila menjengok ke dalam showroomnya…memang syarikat Malaysia mampu bersaing di taraf dunia…produknya memang berkualiti....

Syabas buat semua yang mengikuti kursus padat tersebut..... ‘Motivasi Diri, Kepimpinan, Komunikasi & Sikap Positif, Teambuilding….

Mereka juga turut menerima Reiki Attunement Level 1…..macam biasalah........

Syabas buat anda semua….



Bersama Warga Pro Office.. 16 Sept 06



Bersama warga kerja Pro Office Shoppe bawah tajuk Positive Working Attitudes & EQ at Work Place…..

Mereka semua hebat…..Cuma sedar tak sedar ajer…. Semuanya berpotensi tinggi, hanya perlu sedar diri dan selalu buat check list atau muhasabah untuk terus maju kehadapan….

Selamat berjaya buat anda semua…

Jumpa lagi November nanti insya Allah….. untuk siri ke 2 Kursus Motivasi 'Tenaga Tinggi'.....

Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan Al-Mubaraq....


Salam semua…..

Kali ini, Ramadhan datang lagi tapi dengan keadaan umat Muhammad agak ‘kurang’ membuat persediaaan.

Persediaan yang saya maksudkan ialah persediaan mental, spriritual & fizikal.

Selalunya seperti yang lepas-lepas, kedatangan Ramadhan amatlah dinanti dan terlalu sedikit yang tidak menantinya…kerana apa yer?

Keghairahannya makin berkurangan, apatah lagi kita sendiri memang mengetahui betapa ada satu malam dalam bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat 1000 bulan…. Atau kita sudah mula menerima betapa ‘fadhilat-fadhilat terawikh dan apa sahaja yang di’suap oleh orang-orang terdahulu tidak lain hanya ‘omongan’ semata…..tidak benar dan dibuat-buat…. Yer ker….?

Lebih-lebih lagi ada ‘contest’ tentang hadis shahih dan hadis non-shahih, perawi yang di’musykil’kan dan sebagainya…

Katanya kita semakin moden dan adakah moden membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan kita?..... jawapannya tentu ‘tidak’ dan dijawap dengan pantas oleh seorang yang begitu arif tentang hukum-hakam agama dan disokong oleh juak-juak yang sering bersolat hanya kerana mahu dikatakan alim……

Begitulah keadaan akhir zaman….. makin jauh kian jauh…..

Berapa kerat di antara kita yang boleh ‘merasai’ kehadiran Allah & Rasul di samping kita? Berapa kerat di antara kita yang boleh merasai kesebakan di dada dan tangisan di hati apabila sekadar membaca hanya tafsiran kalam-kalam Allah serta cebisan kisah hidup Rasulullah…..???

Sedih lain…….sebak lain….. dua rasa yang berbeza…..

Kita umat siapa?.... Muhammad? Isa? Musa? Ibrahim? Noh?.....

Umat Muhammad yer….??? Apa istimewanya menjadi umat Muhammad?.....Tak tahu?....tak mahu tahu?......

Mahu disuap?....atau tidak penting untuk tahu?.....

mmmmm……. Apapun…… salam Ramadhan Al_Mubarak dari saya buat semua yang saya kenali dan juga tidak kenali…..selagi tuan-tuan mengucap dua kalimah syahadah….kita adalah bersaudara…..

yang menghantar ‘ramadhan wishes’ melalui sms…. Syukran jazilan…. Maaf jka tak membalas…. Sebab mungkin terlepas pandang….

Moga tuan-tuan memperoleh taufiq & hidayah Allah serta rahmat dan kasih sayang Rasulullah….sentiasa….insya Allah…

Wasalam....

Thursday, September 21, 2006

Dua Kalimah Syahadah Dalam Lirik Lagu....



Salam semua…..

Saya tertarik dengan satu lagu Sifu M.Nasir yang bertajuk 7 Nafas Lagi….. sebab apa? Sebab dalam lagu tu, macam-macam ada, especially perhubungan kita dengan Allah Az Za Wa Jalla….

Dan antara liriknya ialah “KAU tanya bilangan namaMU ku sebut…. Jawapnya hanya sekali nafas tak terputus…

Dalam perkiraan agama, selalunya menyebut nama Allah dengan sekali sebut selalunya kita lakukan sewaktu mengucapkan dua kalimah syahadah….

Dalam kalimah syahadah, kita hanya boleh menyebut dalam satu nafas dan nafas itu haruslah tidak terputus maka barulah kita mendapat ‘zuk’NYA….

Begitulah dunia ini, kehiudpan yang penuh dengan ‘clue-clue’ dan hanya mereka yang berjaya memerhati, memahami dan menghalusi ‘clue-clue’ tersebut akan berjumpa jalan yang lurus insya Allah….

Kita sering diberi clue-clue oleh Allah, samada dalam keadaan kita bersendirian, beramai dsbnya… melalui anak-anak, isteri, ibu bapa serta rakan-rakan…

Sensitiflah sedikit kepada diri dan sekeliling, nescaya kita akan bertemu clue-clue ini dalam pencarian kea rah jalan yang lurus….

Dan jalan yang lurus yang saya maksudkan ialah apa yang kita sama-sama doakan di dalam surah Al-Fatihah….. “ih din as siro tol mustaqeemmm’…..

Juga cerita pasal nafas ini…ia juga melibatkan zikir-zikir yang kita lafas, samada di dalam hati atau keluar dari mulut…. Turun naik nafas itu juga satu tanda kebesaran Allah…’heartbeat’ juga satu kebesaran Allah…. ‘thumbprint’ juga satu kebesaran Allah..di mana tiada satu ‘thumbprint’ pun yang menyamai satu sama lain… baying ka ada berbillion manusia di dunia ini…..

Hayatilah kehidupan…hargailah kebahagiaan…. Kecapilah kenikmatan…..

wasalam

Monday, September 18, 2006

Suka, Sayang, Kasih, Cinta.....


salam buat semua....

suka, sayang, kasih & cinta.... nampak macam sama ajer tapi tidak pada perkataan juga tidak pada perasaaan dan tidak juga pada perbuatan...

agak payah juga nak membezakannya namun jika diri sendiri mengalaminya maka diri sendiri boleh membuat tafsiran masing-masing...

bila masa kita suka?
bila masa kita sayang?
bila masa kita kasih?
bila masa kita cinta?

suka terbentuk atau terjadi apabila deria rasa menerima isyarat pertama... cth. mata melihat sesuatu dan menghantar signal pada hati dan hati memproses signal tersebut lalu membandingkanya dengan gambaran-gambaran kesukaan diri seseorang itu.... ia juga boleh dalam bentuk pendengaran dsbnya.... asalkan ianya melibatkan deria rasa....

sayang terbentuk apabila apa yang kita sukai itu dirasai/dialami berulang-ulang kali sehinggalah membentuk satu perasaan kehilangan jika tidak mengalaminya dalam satu-satu tempoh masa...

kasih terbentuk apabila timbul perasaan mahu 'mengambil berat' akan apa yang disayangi itu... diri mula memikirkan perkara-perkara yang melibatkan peribadi atau perkara-perkara yang lebih intim dsbnya....

cinta mula terbentuk apabila kasih yang timbul itu mendapat respon dan mula menjalinkan perhubungan dua hala... di takat ini, jika sebelah pihak sahaja yang merasakan kecintaan dan pihak yang satu lagi hanya mempunyai rasa suka atau sayang sahaja, maka proses penyesuaian akan berlaku dan sepanjang proses penyesuaian ini berlansung...ianya akan menguji seseorang itu dan sudah tentu dalam ujian, ada yang lulus & ada yang gagal.....

kegagalan dalam bercinta kebanyakannya adalah terhasil akibat dari kurang tolak ansur sesama pasangan, sikap pentingkan diri sendiri, suka memerintah, egoistik, malas, lepas tangan, tidak peka dsbnya.....

apapun.... sikap waras perlulah ada dalam setiap diri manusia itu... kerana kewarasan sahajalah yang akan menerbitkan ketenangan dan ketenangan sahajalah yang akan mewujudkan keimanan dan keimanan sahajalah yang akan mengawal pertimbangan dalam setiap keadaan...

selamat bersukaan....
selamat bersayangan....
selamat berkasihan....
selamat bercintaan....

jgn pula lupa...atas segala-galanya...hanya ada satu cinta yang Abadi..... iaitu mencintai dan dicintai Illahi....

wasalam...

ANNOUNCEMENT - REIKI COURSE / KURSUS REIKI


salam semua.....

nak beritahu bahawa KURSUS REIKI yang dirancang terpaksa ditunda ke tarikh yang baru tetapi di tempat yang sama.

tarikh baru ialah pada 7/10/2006 (sabtu)
masanya 9.30pagi hingga 3.30 petang

kepada yang dah beri nama & berminat untuk hadir, maaf dipohon kerana terpaksa menunda tarikh tersebut.... ini adalah kerana saya berada di Kluang, Johor untuk satu Kursus Motivasi, Kepimpinan, Hubungan Kemanusiaan dan Semangat Berpasukan....pada 22/9 dan 23/9/2006...

yang masih berminat dan mahu turut serta emaillah kepada saya di;

mirrzamohd@peoplelogy.com
mirrzamohd@yahoo.com
mirrzamohd@gmail.com

sila beri nama penuh untuk memudahkan penyediaan sijil dan bayaran boleh dibuat pada hari kursus tersebut.

sekian.... selamat berpuasa..... jumpa di sana...

Friday, September 15, 2006

Teambuilding kat PD




Salam…

Maaflah sebab lama tak update blog ni….

Bukan aper, saya ada di Eagle Range Resort, Port Dickson bersama-sama Management Team, Strawberry Park Resort, Cameron Highland.

Bersama-sama mereka berkongsi ilmu bawah topik ‘TEAMING FOR EXCELLENCE’ versi Teambuilding…ada indoor & outdoor…

mmmmmm…… first time handle kursus kena cakap 3 bahasa…. English 60%, BM 35% dan Bahasa Thai 5%.......

why Bahasa Thai?.... sebab seorang dari participant tu ‘chef’ dari Thailand….

Anyway it was real fun there! Spent 2 fantastic days with great people from great resort…

Yeah… its true, Cameron people cannot stand hot weather….

Bila borak dengan bro. ismail odin… dia hanya boleh tahan 3 hari sahaja ‘kat bawah’…. Lebih hari kalu…. Masakkkkk!!!!!…. Memang logik pun…. Dilahirkan di tempat sejuk… ala-ala orang Switzerland gamaknya….

To all graduates…… All The Best!!! Do Communicate More!!!
TEAM = Together Everyone Achieve More


Tuesday, September 12, 2006

Bacalah....Bacalah Dengan Nama Tuhanmu....



Salam Semua…

Lama tak menulis…..tangan gatal jer memanjang….. …

Bagaimana tabiat membaca anda semua?..... harap ada perubahan….perubahan positiflah hendaknya…

Satu ketika dahulu, kerajaan ada menyarankan agar rakyat Malaysia meningkatkan minat dalam membaca dan menyarankan membaca satu buku satu bulan…. Bukan satu buku satu tahun…. …

Alhamdulillah….saya cuba menyahut seruan itu dan akibatnya saya kengkadang terbeli lebih dari satu buku dalam sebulan….

Orang ‘Antartik’ kata…. ‘Lead by example’…. So saya cuba juga utk lead & jadi example pada anak-anak saya….

Maka….kesannya bolehlah dilihat sedikit sebanyak….

Bacalah…. Bacalah dengan nama Tuhanmu……

Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di gua Hira’….1400 tahun dahulu…

Kenapa Allah suruh ‘Baca’ yer?... tidak ‘Tulis’ atau ‘Dengar’ dan sebagainya?

Ingat….. sedikit pekalah kepada ‘clue-clue’ yang diberikan oleh Allah buat hamba-hambaNYA…. Hanya hamba-hambanya yang tidak asyik masyuk dengan dunia sahaja yang dapat mengenalpasti setiap ‘clue-clue’ yang diberi….

Selamat membaca…..

Saturday, September 09, 2006

KURSUS REIKI LEVEL 1



Salam Semua…

Saya akan mengadakan Kursus REIKI Level 1 pada 23 September 2006 bertempat di No. 9-10, The Boulevard, Midvalley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur.

Kepada yang berminat, bolehlah beri nama, no. tel untuk saya hubungi.
Yuran adalah sebanyak RM100.00 sahaja.

Pastikan anda adalah 20 yang pertama. (hanya 20 orang sahaja layak untuk setiap sesi)

Dalam Kursus REIKI Level 1 ini, anda akan diajar:

1. Asas Ilmu REIKI
2. Pengenalan kepada warna-warna alam
3. Pengenalan kepada warna-warna peribadi
4. Teknik dan cara-cara mengenalpasti warna peribadi
5. Teknik dan cara-cara mengenalpasti tenaga positif & negative
6. Teknik dan cara-cara ‘scan’ penyakit
7. Teknik dan cara-cara menyalurkan tenaga positif kepada diri sendiri.

Kurus ini merangkumi pelajaran dari segi teori dan amali serta ujian.

Di akhir kursus ini, anda akan diberikan Sijil REIKI Level 1 dan layak untuk mengamalkan Ilmu Reiki untuk kegunaan peribadi.

Wasalam

Wednesday, September 06, 2006

Apa itu REIKI?




Apa itu Reiki?... Reiki berasal dari Bahasa Jepun yang bermaksud Rei = Universal (Alam Semesta) dan Ki = Life Force (Tenaga Hayat).

Reiki ialah satu ilmu yang berkaitan dengan Tenaga Hayat Alam Semesta yang merangkumi Keseimbangan Diri & Alam Semesta, serta Teknik Penyembuhan atau Rawatan menggunakan ‘Tenaga Alam Semesta’ tersebut.,

Reiki adalah satu ‘perkara’ yang telah lama dipraktikkan (ada yang mengatakan ianya bermula seawal zaman Nabi Isa A.S) dan ianya di pelopori semula secara sistematik pada sekitar 1800 oleh Dr. Mikao Usui dari Jepun dan Reiki terus dikemaskini dari masa ke semasa oleh Master-Master mengikut kesesuaian tempat dan keadaan tanpa mengubah prinsip-prinsip asas ‘Just For Today’ Reiki.

Prinsip Asas Reiki

1. Just For Today… (hanya untuk hari ini sahaja..)
2. Do Not worry…. (jangan sesekali risau…)
3. Do not get angry… (jangan sesekali marah)
4. Show your gratitude… (pamirkan kesyukuran…)
5. Be honest….. (jujur & ikhlaslah..)
6. Honour all living thing…. (menghormati setiap hidupan….)

Tiada had masa atau kuasa bagi Reiki. Ianya terbuka, asli dan dipenuhi dengan kasih sayang tanpa batasan. Dan setiap kali kita menggunakan Reiki, tenaga yang mengalir itu akan berganti dengan sendirinya atas dasar tindakbalas keseimbangan kepada diri & alam.




Reiki lebih dikenali sebagai salah satu kaedah di bawah perubatan Supplementari @ Alternatif.

Terdapat 4 tingkatan dalam pembelajaran Reiki; Level 1, 2, 3 (Advance Level) dan Master.

Tingkatan teratas ialah Master Teacher dan mereka lebih dikenali sebagai Sifu.

Monday, September 04, 2006

Penerima Reiki Level 1 teramai dalam sejarah...



TAHNIAH!

Sebanyak 34 individu-individu dari Sabak Bernam telah ditauliahkan sebagai penerima REIKI Level One pada hujung minggu lepas.

Moga ilmu Allah ini digunakan sebaiknya…

Tahniah buat anda semua…

WARNA-WARNA DIRI

Setiap dari kita mempunyai warna diri yang tersendiri...

Warna-warna diri ini mempunyai perwatakan-perwatakan yang berbeza...
Dan kegunaan warna-warna yang sama seperti warna diri sudah tentu akan meningkatkan 'kehebatan' diri, keserlahan diri, keyakinan diri kerana....

Warna-warna mempunyai tenaganya masing-masing...kerana...Tidak Allah Jadikan Sesuatu itu dengan sia-sia....termasuklah warna....

Berikut saya perturunkan warna-warna peribadi berserta dengan ciri-cirinya....
Moga mendapat sedikit sebanyak ilmu & pengetahuan darinya...




WARNA PUTIH..
SIFAT – Spiritual (Kerohanian) ELEMEN – Angin – PUSAT KAWALAN - Pineal

Perwatakan
Merupakan seorang yang amat peka dengan suasana, bijaksana, boleh membaca situasi, bersemangat tinggi, cendiakawan, meminati muzik, berkeyakinan tinggi dan dapat memotivasikan orang lain serta layak menjadi pemimpin.

Kelemahan
Egoistik, keras hati, mudah putus asa, suka bersendirian, murung, sentiasa bimbang, mudah terpengaruh, ketakutan, suka memerintah orang lain, meterialistik & lemah semangat.

Kebolehan
Daya Imaginasi yang baik, muzik, kreatif, fotografi, warna

Kerjaya
Perkhidmatan Awam, kebajikan, kaunseling, PR

Gangguan
Hiper Aktif, Mabuk/Pitam, Pening, Lesu, Letih, Tekanan Darah

Penyakit
MINOR – migrain, ENT, imun sistem, demam, tengkuk
MAJOR – Epilepsi, Imsomnia, Down Sindrom, Histeria, Alergi

TERAPI SESUAI : Audio, Muzik, Sensori & Sensasi, Input & Output




WARNA PINK
SIFAT – Emosional (Emosi) ELEMEN – Api – PUSAT KAWALAN - Hipotalamus

Perwatakan
Merupakan seorang yang periang, berfikiran terbuka, menghayati, memahami perasaan orang lain,bertimbang rasa dan rasional membuat sesuatu keputusan, penyayang, matang dan pemurah, suka bersendirian dan amat kreatif

Kelemahan
Sensitif melulu, suka merajuk, pemarah, serius, suka termenung, suka membenci, mudah sedih, dengki, kuat cemburu & pemalu.

Kebolehan
Daya Imaginasi, berkhayal, holistik, muzik, kreatif, fotografi, warna

Kerjaya
Usahawan, arkitek, artis, perancang strategik

Gangguan
Khayal, mengantuk, terlalu ikut perasaan, sinus, tekanan darah

Penyakit
MINOR – Demam kelenjar, ENT, berdengkur, selsema
MAJOR – Angin Ahmar, Shock, pembuluh tersekat, katarak, resdung

TERAPI SESUAI : Visual, Sentuhan, Bau-bauan, warna




WARNA HIJAU
SIFAT – Mental (Akal) ELEMEN – Air – PUSAT KAWALAN – Pitutuari

Perwatakan
Merupakan seorang yang berilmu, daya ingatan tinggi, pemikiran kritikus, penganalisa bijak, perancang, pengerak objektif sesuatu kerja, peramah, suka bergaul, pintar, mudah mengingati seseorang.

Kelemahan
Malas berfikir, lembab, keliru, pelupa, gelojoh, sangat berkira, suka kmen, celupar.

Kebolehan
Disiplin mental yang tinggi, analatikal, tumpuan, berbahasa, berhemat, terperinci & logikal

Kerjaya
Ahli Fizik, Jurutera, Pengurus Kewangan, Teknikal, Peguam, Pengamal Perubatan

Gangguan
Angin, Gastrik, Sakit Belakang, lenguh-lenguh, alahan kulit, kejang

Penyakit
MINOR – migrain, senak perut, keracunan, ulser, loya
MAJOR – Diabetis, buah pinggang, hepatitis, toksin, hormon seks

TERAPI SESUAI : Verbal, Kaunseling, Bahasa, Saikologi




WARNA BIRU
SIFAT – Fizikal (Jasmani) ELEMEN – Tanah – PUSAT KAWALAN – Spinal Cord

Perwatakan
Merupakan seorang yang intelek, matang, aggresif, berpandangan jauh, penuh gaya, kemas, bercita-cita tinggi, tegas, cekal, tabah, bertanggungjawab, fizikal yg kuat dan bertenaga, ahli sukan.

Kelemahan
Super Egoistik, keras hati, amat pelupa, berfikiran sempit, putus asa, tidak sensitif, konflik dalaman, penting diri, menindas, opurtunis.

Kebolehan
Disiplin mental yang tinggi, analitikal, terperinci, logikal

Kerjaya
Pentadbir, Auditor, Akauntan, Perancang Operasi

Gangguan
Bisa-bisa tulang, sakit saraf, kebas, kejang kaki, usus sensitif

Penyakit
MINOR – migrain, gout, sembelit, cirit-birit, pundi kencing
MAJOR – Dingin, ED, tulang reput, prostate, toksin

TERAPI SESUAI : Keseimbangan Aktiviti Fizikal, Pergerakan


Untuk mengetahu warna peribadi, ianya boleh dilakukan melalui kaedah REIKI, Kinesologi, Kamera Aura dsbnya....

Perlu diingat... warna kegemaran tidak semestinya adalah warna peribadi...

wasalam

Warna-Warna.....

Salam Sejahtera buat semua...



Doa saya.... hari ini hidup & dunia anda semua disinari & diwarnai oleh keceriaan.
Nak cerita sikit pasal warna-warna...

Manusia amat bertuah kerana dikurniakan deria yang bukan sahaja boleh melihat warna malah boleh menggunakan warna-warna untuk memberi
menafaat kepada tubuh badan serta persekitaran.

Menurut kajian sains, hanya manusia, kura-kura & sotong (oktopus) sahaja yang boleh melihat warna dengan lengkap.

Warna yang wujud sebenarnya mempunyai tenaganya yang tersendiri. Tenaga dari warna-warna menghasilkan frekuensi-frekuensi tenaga yang boleh memberi keseimbangan kepada sistem kehidupan.

Seseorang yang mempunyai kesihatan yang seimbang, kehidupan yang baik, persekitaran yang baik, pengawalan emosi yang baik, perhubungan sesama makhluk yang baik dan paling penting hubungan cemerlang dan hebat dengan Sang Pencipta sudah tentu mempunyai warna-warna kehidupan yang bercahaya. Dan cahaya inilah yang selalu dinamakan Aura Diri.

WARNA PUTIH

LOKASI :ATAS KEPALA/UBUN-UBUN
NAMA POIN/CAKRA : CROWN
MENGAWAL : PINEAL GLAND, MATA KANAN, OTAK ATAS/MINDA

Warna putih ini akan berubah kepada warna keperakan dan seterusnya keemasan bergantung kepada kekuatan rohani seseorang dalam satu-satu keadaan.
Menggunakan warna putih terutamanya di bahagian kepala akan membuatkan seseorang itu meningkatkan kesedaran rohani & mengguatkan tenaga jasmani tubuh badan.
Penggunaan warna putih juga akan membantu seseorang itu berkomunikasi dengan baik dan bergerak dengan pantas

WARNA INDIGO/PURPLE

LOKASI : ANTARA KENING
NAMA POIN/CAKRA : THIRD EYE
MENGAWAL : PITUITARY GLAND, MATA KIRI, OTAK BAWAH, TELINGA/HIDUNG, SISTEM SARAF

Ianya berkait rapat dengan daya gerak rasa, imaginasi dan spontan yang berkaitan dengan kekuatan minda.
Ia mewakili kuasa utk mengenengahkan idea dalam gambaran kreatif dan mengumpulkan arahan dari Crown Cakra untuk membuatkan sesuatu itu berhasil.
Merawat pasangan yang masih belum mendapat zuriat melalui warna ini dan fokus kepada lokasi Third Eye boleh membantu.

WARNA BIRU

LOKASI : LEHER/TEKAK
NAMA POIN/CAKRA : THROAT
MENGAWAL : THYROID, ALATAN VOKAL, TEKAK & LALUANNYA

Warna biru ini terletak di lokasi leher atau tekak.
Ianya mengawal kelenjar Tiroid, Vokal & Alatannya serta Tekak & laluannya.
Contoh terbaik ialah apabila seseorang itu menghadapi masalah beguk – menyapu nila di sekitar lokasi beguk (leher)
Ianya adalah penghubung di antara ingatan dan luahan dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan dunia sekeliling kita.

WARNA HIJAU

LOKASI : TENGAH DADA
NAMA POIN/CAKRA : HEART
MENGAWAL : SISTEM PEREDARAN DARAH/ANGIN, , SARAF, HATI / JANTUNG

Warna hijau ini terletak di bahagian dada.
Ianya mewakili Elemen Angin di mana segala wujudnya perasaan senang, mudah bergerak, ringan tubuh badan, dihormati dan menarik perhatian ramai.
Ianya adalah pusat kepada rasa Cinta, Harmoni, memberi dorongan dan menghasilkan cahaya kepada ROH.
Permasalah dalam perhubungan selalunya mendapati adalah kerana poin atau cakra ini berlaku sekatan.

WARNA KUNING

LOKASI : TENGAH PERUT
NAMA POIN/CAKRA : SOLAR PLEXUS
MENGAWAL : SISTEM SARAF, PERUT, PANKREAS, BUAH PINGGANG, HEMPEDU, KEYAKINAN DIRI

Di lokasi ini kita akan merasakan kehangatan, kegembiraan dan ketingian nilai sesuatu..
Ia juga menentukan nilai keyakinan diri serta kekuatan dalaman.
Apabila ianya melalui perubahan, kita akan dapat rasakan ianya boleh berubah dari seorang yang melihat kehidupan dengan keceriaan kepada seseorang yang melihat kehidupan yang kabur.

WARNA OREN

LOKASI : BAWAH PERUT
NAMA POIN/CAKRA :SACRAL, MENGAWAL, SISTEM PRODUKTIVITI, URIN, CECAIR KELAMIN, AIR LIUR

Oren terletak di lokasi bawah perut.
Berkaitan dengan kesuburan lelaki & wanita.
Contoh paling baik ialah pengantin yang memakai inai.
Penggunaan warna oren boleh membantu seseorang itu mendapat tenaga untuk memperbaiki sistem produktivitinya.
Ia berkait rapat dengan kawalan cecair dalam badan.

WARNA MERAH

LOKASI : DASAR SPINAL COD
NAMA POIN/CAKRA : ROOT
MENGAWAL : ADRENAL, BUAH PINGGANG, TULANG BELAKANG, TULANG-TULANG, GIGI, KUKU DSBNYA

Warna merah terletak di bahagian paling bawah.
Ianya memberikan tenaga yang agak rendah dan berfrekuensi perlahan.
Ia ada kaitan dalam mengawal deria bauan.
Ia juga menentukan hasrat yang tinggi, tenaga hayat dan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu.
Mudah tertutup disebabkan oleh kekecewaan hidup dan kurangnya keperluan seks.

Ok?..... Ada ok?...... ;-).... insya Allah ok....

wasalam

Saturday, September 02, 2006

WORLD!!!....HERE I COME.....




Bersama kakitangan-kakitangan Perpustakaan Awam Selangor, Bahagian Sabak Bernam dalam siri Kursus Motivasi ‘Tenaga Tinggi’ Topik Khidmat Pelanggan Yang Cemerlang

Saya amat bersyukur ke hazrat Allah Azza Wa Jalla kerana memberi saya kesempatan dan ruang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang di‘pinjam’kan kepada saya buat semua peserta kursus di Sabak Bernam.

Tiada yang lebih membahagiakan apabila dapat melihat semua peserta begitu berminat dalam menerima ‘suapan’ demi ‘suapan’ yang saya sampaikan dengan izinNYA…. Syukur Alhamdulillah….

Syukran Master Roy, Bro Fahmi & Bro Man kerana dorongan dan bantuan serta kepercayaan….

Buat Bro Allen Lee at PEOPLElogy……thank you for your support….thanks lots bro!
To David, Chandra, Thiru & Siva….. thanks for your support

‘Wama Karu, Wama Karullah…..Wallah Hu Khairun Ma Kirin….

Regards & Wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails