Sunday, September 24, 2006
Salam Ramadhan Al-Mubaraq....
Salam semua…..
Kali ini, Ramadhan datang lagi tapi dengan keadaan umat Muhammad agak ‘kurang’ membuat persediaaan.
Persediaan yang saya maksudkan ialah persediaan mental, spriritual & fizikal.
Selalunya seperti yang lepas-lepas, kedatangan Ramadhan amatlah dinanti dan terlalu sedikit yang tidak menantinya…kerana apa yer?
Keghairahannya makin berkurangan, apatah lagi kita sendiri memang mengetahui betapa ada satu malam dalam bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat 1000 bulan…. Atau kita sudah mula menerima betapa ‘fadhilat-fadhilat terawikh dan apa sahaja yang di’suap oleh orang-orang terdahulu tidak lain hanya ‘omongan’ semata…..tidak benar dan dibuat-buat…. Yer ker….?
Lebih-lebih lagi ada ‘contest’ tentang hadis shahih dan hadis non-shahih, perawi yang di’musykil’kan dan sebagainya…
Katanya kita semakin moden dan adakah moden membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan kita?..... jawapannya tentu ‘tidak’ dan dijawap dengan pantas oleh seorang yang begitu arif tentang hukum-hakam agama dan disokong oleh juak-juak yang sering bersolat hanya kerana mahu dikatakan alim……
Begitulah keadaan akhir zaman….. makin jauh kian jauh…..
Berapa kerat di antara kita yang boleh ‘merasai’ kehadiran Allah & Rasul di samping kita? Berapa kerat di antara kita yang boleh merasai kesebakan di dada dan tangisan di hati apabila sekadar membaca hanya tafsiran kalam-kalam Allah serta cebisan kisah hidup Rasulullah…..???
Sedih lain…….sebak lain….. dua rasa yang berbeza…..
Kita umat siapa?.... Muhammad? Isa? Musa? Ibrahim? Noh?.....
Umat Muhammad yer….??? Apa istimewanya menjadi umat Muhammad?.....Tak tahu?....tak mahu tahu?......
Mahu disuap?....atau tidak penting untuk tahu?.....
mmmmm……. Apapun…… salam Ramadhan Al_Mubarak dari saya buat semua yang saya kenali dan juga tidak kenali…..selagi tuan-tuan mengucap dua kalimah syahadah….kita adalah bersaudara…..
yang menghantar ‘ramadhan wishes’ melalui sms…. Syukran jazilan…. Maaf jka tak membalas…. Sebab mungkin terlepas pandang….
Moga tuan-tuan memperoleh taufiq & hidayah Allah serta rahmat dan kasih sayang Rasulullah….sentiasa….insya Allah…
Wasalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment