Tuesday, September 26, 2006
Membersih Hati Mengemas Diri.....
Salam…
Marilah kita sama-sama membersihkanlah hati yang mengbungkam rasa dendam, marah, hasad, dengki, sakit hati, iri hati, malas, tamak, haloba, riak, sombong, takbur dan yang seiring dengannya di kesempatan kita ‘memalui’ bulan penuh keberkatan ini…..
Nak mula di mana yer?.... mulalah di hati dahulu kerana segala sifat-sifat itu terletak dihati kita…..
Nak mula bagaimana yer?..... bermulalah apabila timbul sahaja niat dihati dan laksanakanlah segera dalam masa 48 jam dari timbulnya niat tadi…..
Nak mula bila masa?......mulakanlah di waktu dinihari dengan solat taubat 2 rakaat…..zikir-zikir taubat seperti ‘astaufirullah hal azeem….’ Atau ‘astaufirullaha innallah ha kanatau wa ba….’….. buatlah paling minimum 1000x…. lafazlah serentak dengan turun naik nafas….
Azamlah untuk melakukan solat taubat itu setiap malam…… insya Allah…. Dengan izin Allah…..bersihlah hati kita dari sifat-sifat mazmumah tersebut….
Hati yang bersih akan menghasilkan ‘Aura’ atau medan elektrik statik yang mengelilingi seluruh tubuh badan. Setakat fitnah, seranah atau sebagainya yang ditujukan kepada kita, jika Aura kita setebal 2 - 3 kaki, sudah cukup untuk mempertahankan diri kita dari apa ‘tenaga negetif’ yang sampai….
Dan janganlah kita lupa, ‘Qalbu Mukminun Baitillah’ = ‘Hati Orang Beriman itu Rumah Allah’…..
Kalau hati kita cantik, tulus, mulus & suci….. nescaya jadilah ia Rumah Allah…. Dan sudah tentu jika hati kita malap, gelap, kotor…..nescaya jadilah ia rumah syaitan…… dan penuh dengan nafsu-nafsi…..
Segala-galanya adalah dari hati…. Dan ingat… hati adalah Raja……di dalam tubuh kita…. Jangan sampai biarkan nafsu menguasai diri…. Kerana nafsu hanya boleh dijinakkan setelah 1000 tahun dikurung tanpa makanan dan tidak dengan membakarnya di api neraka……
Wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment