Friday, September 29, 2006

Redho atau 'Terpaksa' Redho??

Salam Semua…

Sedar tak sedar, sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini….. seperti yang kita tahu, Rejab ialah bulan Allah, Sya’aban ialah bulan Rasulullah dan Ramadhan ialah bulan umat Islam….

Dan anugerah istimewa Allah buat umat Islam dan HambaNYA pada bulan Ramadhan ini ialah terdapat satu malam pada 10 malam terakhir yang padanya kegandaan ibadah selama 1000 bulan….insya Allah….

Terpanggil untuk membicarakan perihal ‘redho’…..

Apa sebenarnya redho bagi kita?

Adakah redho itu maknanya kita menerima dan menyerah segala-galanya kepada Allah setelah tidak mampu atau tidak terdaya lagi untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam hidup…. Dan dalam masa yang sama, kita menanti satu ‘miracle’ akan berlaku….???? Adakah itu istilah atau makna redho bagi kita????

Hidup kita ini sudah tentunya mendambakan keredhoan Allah semata-mata dan tidak lebih atau tidak kurang dari itu….

Tiada gunanya suami yang kacak, isteri yg cantik, anak yang cerdik, harta yang bertambun, kereta yang menjalar sekiranya kehidupan atau diri kita tidak mendapat keredhoan Allah s.w.t….

Tiada gunanya segala apa yang kita kecapi tanpa keredhoan Allah….

Untuk mendapat redho Allah, kita terlebih dahulu wajib redho dengan apa yang kita lakukan, apa yg kita hadapi dan apa yg kita alami…..

Memang payah untuk kita mendapat redho dan memang payah untuk kita redho sekiranya ianya ada melibatkab kepentingan diri kita sendiri….

Ya…. Redho ini selalu kita ungkit dalam satu-satu perkara yang kita sudah sampai ke tembuk atau tersepit…. Dan jarang kita kaitkan redho ini dengan kesenangan yang Allah kurniakan… kerana sebagai cth. Apabila kita mendapat 1,000 ringgit atau 10,000 ringgit atau 100,000 ringgit atau 1,000,000 ringgit keuntungan…adakah kita redho??? Kita jadi takut untuk redho kerana takut tidak akan dapat lagi keuntungan sebegitu dan kita yg sentiasa diselaputi mainan nafsu…akan merasakan payah atau takut untuk mengucapkan keredhoan kepada Allah…. Sedangkan kita tahu, apabila kita redho dengan seikhlas hati, maka Allah akan meredhoi seluruhnya insya Allah…..

Begitulah cerita redho sedikit sebanyak…..

Redho juga ada kaitan dengan keyakinan…. Keimanan…. Kepercayaan…..

Dikatakan di atas pintu Luh Hul Mahfuz…. Terdapat ayat bergantungan di atasnya yang lebih kurang bermaksud “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu PesuruhNYA”…..

Sejauh mana kita ‘naik saksi’??? sedalam mana keyakinan kita?... setebal mana keimanan kita???

Hanya kita sahaja yang mengetahuinya….. selain dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa….

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails