Monday, September 18, 2006
Suka, Sayang, Kasih, Cinta.....
salam buat semua....
suka, sayang, kasih & cinta.... nampak macam sama ajer tapi tidak pada perkataan juga tidak pada perasaaan dan tidak juga pada perbuatan...
agak payah juga nak membezakannya namun jika diri sendiri mengalaminya maka diri sendiri boleh membuat tafsiran masing-masing...
bila masa kita suka?
bila masa kita sayang?
bila masa kita kasih?
bila masa kita cinta?
suka terbentuk atau terjadi apabila deria rasa menerima isyarat pertama... cth. mata melihat sesuatu dan menghantar signal pada hati dan hati memproses signal tersebut lalu membandingkanya dengan gambaran-gambaran kesukaan diri seseorang itu.... ia juga boleh dalam bentuk pendengaran dsbnya.... asalkan ianya melibatkan deria rasa....
sayang terbentuk apabila apa yang kita sukai itu dirasai/dialami berulang-ulang kali sehinggalah membentuk satu perasaan kehilangan jika tidak mengalaminya dalam satu-satu tempoh masa...
kasih terbentuk apabila timbul perasaan mahu 'mengambil berat' akan apa yang disayangi itu... diri mula memikirkan perkara-perkara yang melibatkan peribadi atau perkara-perkara yang lebih intim dsbnya....
cinta mula terbentuk apabila kasih yang timbul itu mendapat respon dan mula menjalinkan perhubungan dua hala... di takat ini, jika sebelah pihak sahaja yang merasakan kecintaan dan pihak yang satu lagi hanya mempunyai rasa suka atau sayang sahaja, maka proses penyesuaian akan berlaku dan sepanjang proses penyesuaian ini berlansung...ianya akan menguji seseorang itu dan sudah tentu dalam ujian, ada yang lulus & ada yang gagal.....
kegagalan dalam bercinta kebanyakannya adalah terhasil akibat dari kurang tolak ansur sesama pasangan, sikap pentingkan diri sendiri, suka memerintah, egoistik, malas, lepas tangan, tidak peka dsbnya.....
apapun.... sikap waras perlulah ada dalam setiap diri manusia itu... kerana kewarasan sahajalah yang akan menerbitkan ketenangan dan ketenangan sahajalah yang akan mewujudkan keimanan dan keimanan sahajalah yang akan mengawal pertimbangan dalam setiap keadaan...
selamat bersukaan....
selamat bersayangan....
selamat berkasihan....
selamat bercintaan....
jgn pula lupa...atas segala-galanya...hanya ada satu cinta yang Abadi..... iaitu mencintai dan dicintai Illahi....
wasalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment