Monday, June 30, 2008

Well Done MIDA Leaders!

salam semua...

alhamdulillah..syukur ke hazratNya... program ARP Team Building buat petugas MIDA yang berlansung di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor berjalan dengan lancarnya.

doa saya buat semua perserta yang hadir... moga anda terus di'selimuti' oleh unconditional love serta melakukan perubahan demi perubahan demi kejayaan diri, keluarga & kerjaya...








*p/s - utk foto-foto yg lain, boleh klik ke link Foto & Kisah disebelah kanan sana...foto-foto yg lain juga akan diuploadkan di laman web sca-insan.com.

Thursday, June 26, 2008

CARA HIDUP @ WAY OF LIFE : TAK PERLU UBAH!



salam...
sana sini kita dengar laungan 'Ubah Cara Hidup!'...
bagi saya... 'ubah cara hidup' ini akan berlaku secara otomatik... ia lebih kepada 'adjustment' atau 'balancing' act yang kita lakukan apabila permintaan mengatasi pengeluaran.
laungan ubah cara hidup ini tetiba muncul dari gua mulut orang-orang politik yang berbelanja macam maharaja... tetapi berlakon macam orang biasa... kita boleh tengok dari segi penampilan dan gaya pakai pada majlis-majlis tertentu... kalau jumpa orang miskin, depa pakai baju yg nampak macam murah... kalau hadiri majlis anjuran si kaya atau kapitalis..depa pakai macam gorden gecko atau donald trump...
ini biasa... istilahnya 'nak cari makan'....& nak cari sokongan...kununnya memahami atau marhain.. tapi pada hakikatnya seorangpun tak nak ikut contoh Rasulullah, para sahabat atau paling dekat Umar Abdul Aziz..
balik pada tajuk...
saranan saya; kita tak perlu ubah cara hidup untuk survive dalam dunia yang seba kalut dan negara yang serba caca marba sekarang...
jadi apa yag perlu kita lakukan?; kita perlu kemaskini keupayaan diri, tingkatkan kecekapan diri dan terus 'terjah' dunia yang mencabar ini dengan lebih yakin, fokus dan komited.
kalau dulu kita dah lama 'tidur'... tetapi terkejut dari tidur dengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang...maka kita jgn melatah... kita perlu bangkit dan mantapkan diri...
pepatah melayu ada banyak memberi motivasi;
antaranya 'seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' - merujuk kepada apabila kita melakukan sesuatu biarlah sampai habis... dan istilah ini juga telah disalah gunakan oleh segelintir kita dengan cara negetif antaranya "alang-alang merompak, biar sampai kosong bank", "alang-alang cari projek, biar sampai makan tak habis"..dsbnya.
yg nak ambil secara negetif, biarkan.... nanti depa kena jawab; tak kat dunia kena bahana, kat akhirat gerenti tak lepas...
yg nak ambil secara positif, bagus teruskan sampai jadi 'expert' atau 'understanding your subject matter'...
dalam keadaan sekarang; yg rata-rata semuanya dah ikat perut, mana ada ruang lagi nak mengubah cara hidup?.... himpitan sudah sampai ke tembok.... mahu tak mahu, kita kena bingkas bangun dan laungkan; aku kena harung hidup ini dengan menjadi manusia yang cekap @ competent!.... i dont deserve to live like this...i have to fight for myself & family!
and remember; only those who's competent will earn success! they enjoy it, not because they deserve it but the EARN it!
all the best to all...
wasalam

Pangkorrrrrr....Tungguuuu....!!!!


salam semua...

ketika menulis, saya sedang menanti saat untuk bertolak ke Pulau Pangkor dan akan berada di sana selama 4 hari 3 malam...

tugasan?... ya melunaskan tugasan untuk warga MIDA dalam program ARP-Team Building "Bengkel Strategik Urusetia MIDA"

insya Allah, saya akan ke'udara' dari sana sekiranya diberi kesempatan...

untuk semua..have a nice day & weekend ahead...
remember... give your very best in whatever you are doing...& ask yourself 'whats next? in-order to gain motivation booster...

tak salah 'scold' diri sendiri atas kesilapan.... tapi memang salah jika tidak mendapat 'iktibar' atau learning points dalam setiap 'kesilapan' itu...

think positive....
unconditional love will make u enjoy & happy & appreciate your colorful life...

adios amigos...

regards & wasalam

Monday, June 23, 2008

Jantung Yang Bergegup; Qalbu Yang Berdetik

keluh kesah qalbu ini
melihat manusia bertopeng-topengan
lafaz di mulut bak manisan halwa
sedang hati di dalam penjara
semakin resah qalbu ini
mendengar si topengan mula berbicara
ayat tersusun bak syair berlagu
sedang hati berisi cuka
turun naik degupan jantung
tidak terhenti sedetik jua
di bawa diri kemana sahaja
tanpa menyoal - kemana kita
qalbu yang berdetik milik Ilahi
sejak azali sampai kembali
bicara & topeng terus menjadi-jadi
sehingga lupa masa kembali
adakah mereka lupa
atau tidak mencari
atau mencari tapi menafikan
atau sengaja lalai & leka
adakah mereka lara di buai dunia
atau tidak sanggup menerima derita
atau mencari hanya apa yang disuka
atau sengaja menidak cerita
adakah mereka tidak punya Tuhan
atau memang tidak punya Nabi
atau memilih nabi-nabi mereka sendiri
serta menyembah selain Ilahi
mencari adalah satu perkara
sudah bertemu apa pula ceritanya
mempercayai adalah satu perkara
adakah yakin kesudahannya
boleh bermain dengan api
hanya setakat membakar diri
jangan sekali bermain cahaya
kelak menyesal sepanjang masa
mirzamohd
230608

Cerita di dalam Ceritera

di dalam kesiangan ada kemalaman...
di dalam kegelapan ada keterangan...
di dalam diri ada cahaya...
cahaya yang menerangi perjalanan hidup...

rembulan kesiangan.....

kata orang;
'sampaikan rindu di angin lalu....
nyatakan hasrat yang terpendam di kalbu...
pada rembulan yang setia menunggu...
walaupun malam telah berlalu...'


kabut berlalu membawa berita...
seribu makna buat yang peka...
hasrat hati ingin bertanya...
bilakah akan tiba masanya...



*sekitar panorama di kala masa antara masa di dalam masa.....
*lokasi genting view resort - lokasi program tenaga tinggi di sana (20 - 21 June 2008)

Syabas to all 'Great Leader of Hicom Yamaha'...

salam semua...

maaf kerana lama 'menyendiri'... bukan apa...
saya & sahabat 'sedikit' sibuk menyediakan 'kandungan' program 'tenaga tinggi' @ high frequency' untuk para 'leader-leader' Hicom Yamaha Manufactoring sepanjang minggu lepas...

program tersebut dilunaskan di Genting View Resort selama 3 hari 2 malam.

sangat mengujakan dan seperti biasa, masa terlalu cepat berlalu...rindu begitu menebal dan tekad serta azam sarat memnuhi dada...

to all my beloved leaders at Hicom Yamaha.... 'as i have the trust & faith in all of you... you too must have it in you...!' keep youself 'alive & hidup'... coz' only orang yang hidup sahaja yang akan terus melakukan perubahan demi perubahan untuk kecemerlangan diri....

forgive & forget the past.. look forward for a better of you, family & organization!








utk foto-foto (also video) yg lain di sepanjang program, boleh ke web firma latihan saya atau foto & kisah (link ada di tepi sana....sabar, foto & video banyak so ambil masa sikit utk upload...)
regards & wasalam

Monday, June 16, 2008

Teruslah beri 'Preasure' pada Islam (agama & umatnya)

salam semua....

membawa pemikiran kita semua jauh dari kekalutan yang dihadapi di dalam negara adalah satu cara utk kita 'kembali' membersihkan diri dari semak-samun serta kekotoran nafsu-nafsi diri atau persekitaran...

dengan pembersihan yang dilakukan...melalui pelbagai cara (solat taubat, insaf, muhasabah, istigfar, berselawat dsbnya...) kita akan menjadi 'bekas' baru yang mampu menampung kemasukan ilmu-ilmu yang bermenafaat.

diri yang 'tepu' dan 'beku' akan menjadi halangan kepada 'perubahan' demi perubahan yang sepatutnya berlaku ke atas diri...

diri yang 'tepu dan beku' hanya akan menambah sesak lagi serta memberi jalanyang serba buntu untuk diri bergerak kehadapan...

diri yang 'tepu serta beku' hanya merupakan perangkap nafsu-nafsi yang mahu melihat manusia itu gagal mencapai tahap insan kamil lagi mukammil....

lets take ourself to a new journey... heading toward the Creator the Almighty God... dan terus moving forward...

tinggalkanlah 'kerak-kerak' duniawi yang memang tak akan habis-habis ceritanya..maka akhirnya akan membuang masa dan ketika lalu kita meninggalkan dunia dengan tangan kosong tanpa sebarang makna...lebih dahsyat, mati dalam 'kawah redho'... kawah yang penuh dengan redho yang 'terpaksa diucap' akibat dari himpitan dan 'terpaksa' mengaku Tuhan itu segala-galanya....

adakah kita perlu dipaksa utk jadi cemerlang?
adakah kita perlu dipaksa utk berubah?
adakah paksaan itu akan memberikan 'kemanisan' atau 'dzuk' dalam kehidupan serta ibadah yang kita lakukan?


semua umat islam mengimpikan Islam akan 'naik' semula... menjadi gemilang dan terbilang seperti zaman kegemilangannya dahulu...

itu semua impian...


impian itu boleh terlaksana dengan pemahaman yang mendalam tentang Islam...

pemahaman tentang lorongan 4 talian iaitu syariat, tariqat, hakikat serta makrifat....


(syariat adalah perihal luaran atau kulit seperti hukum-hakam, do's & don't.... tariqat ialah perjalanan seseorang muslim itu dalam menuju ke hazrat Illahi, hakikat ialah keyakinan atau kebenaran spiritualiti atau keyakinan di atas kebenaran yang kita lafazkan...dan makrifat ialah perletakan Haq atau muktamat dalam meng'Esa'kan Allah dan perletakan kita sebagai para hamba-hambaNya yang istimewa....)


sebagai seorang insan...perjalanan hidup ini haruslah berasaskan kepada keserantakkan berjalan di atas empat-empat lorongan itu....


dan keserentakkan perjalanan di atas keempat-empat lorongan itu digelar perjalanan tasauf.... maka mereka-mereka di atas jalan itu digelar ahli sufi...


ahli-ahli sufi yang senantiasa merendahkan pandangan...
ahli-ahli sufi yang sentiasa meredupkan nafsu...
ahli-ahli sufi yang sentiasa duduk di dalam gengaman Al-Khaliq....dan binasa di dalam kekuasaanNya...


Alhamdulillah...jika kita amati betul-betul keadaan agama Islam kini, ianya berada dalam tekanan demi tekanan..tekanan ke atas agamanya dan tekanan ke atas umatnya atau penganutnya...


namun atas dasar agama islam ini bukanlah ciptaan manusia maka, penganutnya hanya perlu mengimani apa yang sepatutnya di imani (6 rukun iman) serta mengislami apa yang sepatutnya di islamikan (rukun islam) berpandu kepada Ayat-Ayat @ Firman-firman Allah di dalam kitab Agung Al-Quran serta diberi pula contoh yang mulia serta pemberi Rahmat kepada sekelian Alam yakni Rasulullah s.a.w...


tiada manusia atau muslim yang mampu untuk 'menjaga' agama Islam ini dengan segenap kudrat serta iradatnya....


hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk menjaga agama Islam ini tanpa memerlukan sebarang bantuan maharaja, perdana menteri, menteri atau rakyat biasa...


mereka-mereka yang mengaku beragama Islam adalah sama sahaja di kalangan mereka... mereka tetap hamba-hamba yang diberi beberapa amanah; amanah sebagai pemimpin (khalifah: ketua keluarga, ketua masyarakat dsbnya), amanah untuk melunaskan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang...., amanah untuk memakmurkan muka bumi ini dengan ilmu-ilmu yang dipinjamkan...., amanah untuk berlaku seadil yang mungkin kepada setiap makhluk tanpa mengira paras rupa, wang ringgit atau harta pangkat...


namun manusia terus-terusan lupa... dan lagak mereka seolah-olah merekalah Tuhan dan sangat berkuasa....


ingat, perjalanan ini menuntut 3 perkara yang perlu seiring... iaitu niat, lafaz dan perbuatan... jika tiada seiringan berlaku.... maka tunggulah hari pembalasan kelak... di mana tiada sebesar zarrahpun perlakukan kita akan terlepas.... semuanya akan dihitungkan.... (cth. muka boleh buat muka seposen dan tunjuk baik depan orang, namun jika niat dan perbuatannya tidak seposen macam muka....)


dan percayalah, keserongan diri di dalam perjalanan ini...akan diserongkan mengikut hajat kita... berapa sahaja darjah yang kita mahu ianya serong....


mungkin kita terlupa tentang apa yang Imam Agung serta Suri Teladan kita sabdakan pada khutbah terakhir buat kita semua.....


sukacita saya kongsikan buat semua di hari Isnin yang mulia ini....




Happy 'Belated' Mothers Day & Happy Fathers Day..

(icu, along, acit, aliah, mrs, mak & syidah)

salam semua...

malam sabtu yang lepas, saya ada di seremban...
bertempat di rumah ibu saudara saya...

acaranya ringkas...makan-makan... & makan..makan...
dan acara di akhiri dengan penyampaian 'hadiah' atau 'surprise'...

memang hadiah yg diberi tidak dapat membalas segala jasa dan keringat ibu yang mendidik dari dalam kandungan hingga kini, namun sekurang-kurangnya ianya dapat mencetus kegembiraan di sanubari ibu... selamat hari ibu, mak....

buat arwah bapa saya...Al-Fatihah buat abah.... & selamat hari bapa

Friday, June 13, 2008

Gaji 2x sebulan.... ramai akan sengsara..

salam...

before saya pen-off for today...
teringat pula perihal warta terbaru 'gomen'..

orang 'gomen' akan mendapat bayaran gaji 2 kali sebulan bermula ogos ni...

teringat masa kerja dulu... saya pernah menerima gaji 2 kali sebulan...
memang perit tapi itu 'solution' yang terbaik buat masa itu...

namun yang menerimanya, bak kata Fomca, semua akan suffer....sekiranya tidak pandai me'manage' gaji tu...

sifir biasa;
bayaran 15hb akan guna utk belanja dapur, expenses harian dsbnya..
bayaran 30hb akan guna utk bayar kereta, rumah dan berkaitan...

so, teorinya (yg saya dah alami..) memang cukup bulan akan kering... sekiranya duit 15hb dah habis...

so yg menerima gaji 2 kali nanti...beringatlah sikit...

wasalam

The 'TEN' Years Cycle...

salam,

we are now right in the middle of 2008.

looking ourself on the mirror...

remember 1997/1998?....

remember 1987/88?

what are the significant 'things' happened on that year? nothing other than the downturn of our country's economy...

tengok belakang balik.... yes i can still remember... sangat susah...
ekonomi bergerak dengan sangat 'slow'... kerja susah nak dapat..& people do almost everything to get what we called 'money'....

project-project almost takda... ramai kontraktor jatuh 'bankrup' atau muflis...

of those years, my memories still bearing the 1997/1998 sceanarios... dan masa tu kita semua kenal sangat Mr. George Soros...
yes, that man (soros) were among those who 'robbed' me & my partner.
we are doing 'advertising' business at that time....
we lost almost everthing... (except our beloved family)
and that happened in the midst of our journey to become 'young millionaire'...

there goes some of my sentimental 'momento'...

and now, the 10 years cycle is back...

nothing is in good shape today... we all know...

this posting is about to remind me & perhap you my friends out there....
to take extra cautious on all steps to be taken... beringat sebelum terlambat...
quickly do some affordable 'adjustment' to accomodate the 'dry days'...

insya Allah...we'll survive this 'ujian' with flying colors...

Seminggu 'menyepi'....

salam semua....

apa khabar hari ini?
doa saya anda ceria hendaknya...
maaf kerana 'lama' menyepi dari berposting... bukan apa, melunaskan tugasan demi tugasan yang 'beratur' atau siap sedia menunggu...

isnin - menyelesaikan 'perlambakkan' kertas-kertas di atas meja yang telah ditinggalkan since last week...sambil meng'adjust' energy diri yang 'berteraburan'.
selasa - attending in-coming programs; itinerary, contents, budget etc..
rabu - ke PD, menjengok rakan mengendalikan program bersama warga Canon Opto di Ancasa Resort
khamis - attending budget meeting
friday /today - rush to PD for program closing.

masa menulis ni.......................flat.... tengah energizing diri... mental, emosional, spiritual dan fizikal....
insya Allah.... will recover.... becoz? becoz esok malam ada 'majlis' sambutan 'Hari Ibu & Bapa' kat seremban.... balik kampung lah...

saya masih lagi dengar pasal kebisingan tentang kenaikan kos kehidupan... yes that's real, tak boleh lari lagi... semua orang suffer....

and lets us stop talking about it....sebab? sebab itu adalah negetive vibes, getaran negetif yang boleh menghambat diri, keluarga & kerjaya....

no more 'bising' pasal minyak.... no more bising pasal harga barang naik....
just find the solution... kalau kena beli motor, belilah, usahakan...kalau kena naik lrt, naiklah..tahankan... kalau kena makan sikit, makan sikitlah...sabar...

stop pointing finger to anybody...memang 'gomen' bertanggungjawab keseluruhan 'decission' ini... let specific body fight for it...fomca, cap etc...

kita rakyat, mahu tak mahu..inilah yang tersedia dihadapan... yang pastinya mesti ada D.U.I.T..... dan terus ada D.U.I.T.....apa tu?.... (Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawwakkal)

itu 'gomen' punya cerita... 5 tahun sekali punya affair... sendiri tahu mau pangkah kat mana..sebab lepas tu... ikut ajerlah...Redho... :-)

kalau gomen tak betul, kita tahu mau buat aper sapa mereka... kalau depa 'hencing huat' (kencing kuat) sini (dunia) boleh cuba lepaskan diri dengan banyak jawapan atau 'songeh'.. tapi akhirat sana... akan terima balasan...

simple...

akhirnya....sifirnya mudah; kena kerja lebih keras, kena kerja dengan cekap, kena terus tambah ilmu, kena selalu muahsabah, kena selalu bersyukur...dan seterusnya...

insya Allah, benih yang ditanam akan menghasilkan pohon yang rendang serta berbuah lebat... dengan syarat terus 'istiqomah' menjaga baja, siraman dan anasir yang mengganggu-gugat.

all the best..
have a nice weekend...
regard & wasalam...

Tuesday, June 10, 2008

Syabas Warga CTRM-AC....anda memang CHAMPION!

salam semua....

bersama-sama warga CTRM-AC, Batu Berendam, Melaka untuk program 'One Solid Family' memang mengujakan....

semua yg hadir hebat-hebat belaka....

progam yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini sememangnya begitu padat dengan aktiviti luar dan dalam kelas...

ada banyak ilmu yang terkandung dalam perjalanan module program tersebut yang boleh diserapi oleh diri samada secara lansung atau tidak lansung..

waimanya....bottom linenya ialah utk diri terus bermotivasi...always ask ourself this question - 'What is next?' each time when we 'pause' to celebrate & to appreciate our achievement in the undertaking task...

and of course... pencarian ilmu itu tiada titik noktahnya di duniawi ini...

all the best to all of you....

p/s : foto akan diupload (semuanya di website sca-insan.com) dan sebahagiannya di link Foto & Kisah di sebelah kanan sana..

wasalam

Monday, June 09, 2008

Harga Barang Semua Naikkkk!.... Think Postive Think Positive..

salam semua....

hari ni... masuk ofis agak lewat selepas bawa isteri untuk 'check-up'...

actualy, saya baru lepas bersama-sama warga-warga CTRM dari Batu Berendam, Melaka untuk program team building di Eagle Ranch, PD dari hari Jumaat hingga Ahad (semalam).

syabas buat semua peserta yang hadir bagi sesi program tersebut...
anda semua memang 'CHAMPION!!!'.... nanti saya uploadkan foto & videonya yer....

anyway hari ni saya nak kongsi satu video..kisah tentang 'Positive Thinking'.... dan gangguan kepada yang tengah baru nak positive thinking...

dalam pencarian untuk menjadi seorang yang positif, kita selalunya secara 'tidak sengaja' ter'kantol' untuk jadi negatif balik.... yg membuatkan kita 'kantol' pun bukan sapa...samada dari diri kita sendiri atau dari pengaruh kawan....

anyway.. lets enjoy this video...


wasalam

Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik....Tungguuu....Ada Lagi Ada Lagi....

salam semua...

rata-rata semua rakyat 'terkezut ungka' semalam... dan kezutan itu masih lagi memberi getaran sampai ke hari ini...

ya, kita semua amat arif bahawa harga minya di pasaran global yang dikuasai oleh Amerika berada pada paras yang tinggi dan tidak menentu...

kita semua amat arif bahawa Amerika ini memang memanipulasi harga minyak di pasaran kerana ekonomi mereka berada pada tahap yang 'tidak cantik' dan hampir menjurus kepada inflasi yang teruk...

dan kita juga amat arif betapa negara-negara pengeluar minyak (negara teluk) telah dibonekakan oleh si Amerika dan tidak punya apa-apa kuasa utk menetapkan harga minyak yang digali dan di'rompak' secara terangan oleh si Amerika.

apa kita boleh lakukan?... hanya menerima sahaja apa yang di'kerah' dan di'arah' oleh si Amerika ini.

malang lagi, negara-negara teluk ini ialah negara Islam yang menjadi anggota OIC, namun hampeh dalam membantu negara-negara Islam miskin yang lain.
ya..meraka hanya sibuk dengan 3 "TA" yang disajikan oleh si Amerika...

dan akhirnya kita dihadiahkan oleh kerajaan dengan harga minyak yang paling tinggi kenaikan dalam sejarah negara iaitu 78sen seliter.

dan kita semua menanti apa lagi hadiah-hadiah seterusnya selain dari kenaikan harga minyak ini...
dan perlu diingat, minyak adalah bahan utama yang menjadi pemacu ekonomi makro atau mikro setiap dari kita...

malam semalam saya memanggil ahli keluarga saya utk 'bermesyuarat'... antara intipati atau minit mesyuaratnya ialah...

kata saya: kita tiada pilihan selain dari bekerja lebih keras - hard, harder & hardest!... lagi di masa hadapan.... utk anak-anak, saya pinta mereka utk belajar dengan lebih gigih lagi agar 'kecekapan' yang dimiliki nanti adalah pada tahap paling 'excellent'...

dan dengan kecekapan yang excellent sahaja dapat membantu kita semua 'survive' dalam arus 'segala yang mungkin' ini....
kerana dalam situasi sebegini...tiada siapa yang boleh kita harapkan utk membantu, tidak kerajaan, tidak rakan taulan, tidak sesiapa selain dari diri kita sendiri...!

dan selepas 'meeting' itu saya berasa amat puas... entah dari mana datang rasa puas itu hanya Tuhan yang mengetahui....


foto sekitar menanti utk memenuhkan tangki 'mobil' saya pak....(mulanya taknak isi, tapi bila dengar naik 78sen..terus masuk ke petrol station)

foto kenangan - tangki yang full!


doa saya buat anda... yakinlah pada diri sendiri... lets embrace these challenges and prove to ourself that we are the person yang 'tidak takut berumah di tepi pantai'....
wasalam

Tuesday, June 03, 2008

Harga Minyak akan naik...; Maka keperitan rakyat marhain akan bermula...


salam semua....

dalam timbul tengelam berita dari radio sinar yang saya dengar semalam semasa perjalanan pulang ke rumah....

bunyinya 'harga minyak mungkin naik Ogos ini...'

'hah'...at last kata saya...

dan tiada apa yang boleh dikatakan lagi, hanya menanti masa detik serta ketikanya...walau telingan ini pernah mendengar janji kerajaan bahawa apa yang berlaku sekalipun..'harga minyak tetap tidak akan naik...'

dan saya 'terlupa' bahawa janji itu dibuat sebelum pilihanraya dahulu...

kini, sudah hampir 100 hari hari keramat itu berlalu.... 'terompet' pertama dibunyikan....

'trompet' yang ditiup oleh menteri hal ehwal pengguna ini hanya 'test' market dulu...tengok reaksi rakyat... dan kasi buai-buai sikit dengan cerita negara jiran yang sudah menaikkan harga minyak (indonesia 30% kenaikan..)

dan nanti ada 'trompet-trompet' kecil yang di'interview' yang mengatakan harga minyak negara kita masih murah berbanding dengan harga minyak di United Kingdom (tanpa mengambil kira kos kehidupan di sana dsbnya..)

dan sejak harga minyak naik, terbaru harga beras melambung tanpa kawalan... beras cap rambutan yang dulunya RM19 utk 10 kilo kini dah jadi RM31...

bersiap sedialah utk menghadapi keadaan ini...
suka tak suka....

mahu tak mahu...

harga minyak akan mempengaruhi semua harga barangan dan perkhidmatan...

dan apabila semua harga melambung naik... maka inflasi akan menjenguk kepintu rumah kita...

semua kena ikat perut...

yang bergaji rm10 ribu, mulalah semput sikit...
yang bergaji rm5 ribu, mulalah senak sekali sekala...
yang bergaji rm2 ribu, mulalah mengikat perut...
yang bergaji rm1 ribu, mulalah berpuasa...

yang bergaji ribu ribu ribu & ribu.... apa yang dirasanya?...
takda rasa apa-apapun.... cakap ajer prihatin.... rakyat tidur bawah 'kolong'...awak tidur dalam air-cond berselimut comforter dari Italy....bangun tidur 'mak mah' dah siapkan sarapan...makan dua suap, terus campak bagi kucing makan....pergi ofis singgah kat starbuck pekena kopi rm15... duduk 2 jam kat ofis, pergi 'sabit rumput 18 lubang'.....

kat tepi-tepi jalan sana... rakyat marhain sibuk mengkuis-kuis mencari tin-tin minuman utk dihantar ke pusat 're-cycle'....

dan masa terus berlalu... orang yang jadi pemimpin memang lain-lain rupa... tapi perangai main 'photostate' ajer... sebab sistem tak pernah cuba nak ubah atau memang taknak diubah sebab takut 'miss sorruuu'...

inilah hakikat.... inilah realiti....

apabila manusia itu hanyut dengan 3 'Ta'..... tahTA = kuasa, harTA = kekayaan, waniTA = nafsu
dan kita tunggu tiupan 'trompet' seterusnya....
wasalam

Monday, June 02, 2008

Kita Mampu Merancang; Perancangan Allah Mengatasi Segala Perancangan...

salam semua...

Alhamdulillah saya diizinkan untuk kembali ke'udara' dan bertemu dengan semua...

sekadar berkongsi saat-saat percutian yang ada beberapa pakej 'in-one'....

bercuti sempena ulangtahun ke 14 perkahwinan, bercuti sempena cuti sekolah & bawa anak-anak berjalan...


amirul aizat, amirul yassir, aliah nurjannah dan amirul rashid 'berposing' di lobby "Eagle Ranch Resort, PD...

'acit' & aliah heppi bila ada 'swimming pool'....


abang & angah dengan macam-macam skill...'unwind' ke'tensionan' lepas exam dlm kolam renang, meja pigpong, go-kart & horse riding...


sedang saya dan isteri duduk memerhatikan gelagat anak-anak di tepi swimming pool...saya mendongak ke atas dan terus terpaku melihat cantuman dedaun dari 2 pohon nyiur yang membentuk bentuk hati @ 'love'....

melalui pekan ketereh, kelantan....dalam perjalanan pulang ke kota bharu - perjalanan ini tidak termasuk di dalam perancangan percutian kami, namun perancangan Allah mengatasi segalanya..kami bergegas pulang ke KB sebaik 'check-out' kerana bapa saudara isteri kembali kerahmatullah malam tersebut...


Al-Fatihah buat 'Ayah Him'...moga tergolong ke dalam golongan para mukmin di sana..


acit 'terjah' batu penanda kilometer '0'...

dalam perjalanan pulang semalam, saya sengaja membawa anak-anak untuk melawat satu monumen bersejarah yang ada di Bandar Kuala Lipis... monumen itu ialah 'batu penanda kilometer' jalanraya yang menunjukkan '0'...

Kuala Lipis ialah bekas ibu negeri Pahang (1898 - 1955) dan pernah mengalami banjir besar (1892) yang hampir memusnahkan Kuala Lipis..

Batu Penanda Kilometer yang mencatatkan '0' itu ada yang mengatakan ianya terletak di tengah-tengah pekan Lipis dan ada yang mengatakan ianya terletak di tengah-tengah atau 'center' @ pusat Semenanjung Malaysia...

apapun...hayatilah segenap ilmu Allah yang terbentang luas, samada melalui catatan di dalam Al-Quran, kejadian alam semesta serta peristiwa seharian...pasti ada ilmu yang terangkum di dalamnya...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails