Alhamdulillah saya diizinkan untuk kembali ke'udara' dan bertemu dengan semua...
sekadar berkongsi saat-saat percutian yang ada beberapa pakej 'in-one'....
bercuti sempena ulangtahun ke 14 perkahwinan, bercuti sempena cuti sekolah & bawa anak-anak berjalan...
amirul aizat, amirul yassir, aliah nurjannah dan amirul rashid 'berposing' di lobby "Eagle Ranch Resort, PD...
abang & angah dengan macam-macam skill...'unwind' ke'tensionan' lepas exam dlm kolam renang, meja pigpong, go-kart & horse riding...
sedang saya dan isteri duduk memerhatikan gelagat anak-anak di tepi swimming pool...saya mendongak ke atas dan terus terpaku melihat cantuman dedaun dari 2 pohon nyiur yang membentuk bentuk hati @ 'love'....
melalui pekan ketereh, kelantan....dalam perjalanan pulang ke kota bharu - perjalanan ini tidak termasuk di dalam perancangan percutian kami, namun perancangan Allah mengatasi segalanya..kami bergegas pulang ke KB sebaik 'check-out' kerana bapa saudara isteri kembali kerahmatullah malam tersebut...
Al-Fatihah buat 'Ayah Him'...moga tergolong ke dalam golongan para mukmin di sana..
dalam perjalanan pulang semalam, saya sengaja membawa anak-anak untuk melawat satu monumen bersejarah yang ada di Bandar Kuala Lipis... monumen itu ialah 'batu penanda kilometer' jalanraya yang menunjukkan '0'...
Kuala Lipis ialah bekas ibu negeri Pahang (1898 - 1955) dan pernah mengalami banjir besar (1892) yang hampir memusnahkan Kuala Lipis..
Batu Penanda Kilometer yang mencatatkan '0' itu ada yang mengatakan ianya terletak di tengah-tengah pekan Lipis dan ada yang mengatakan ianya terletak di tengah-tengah atau 'center' @ pusat Semenanjung Malaysia...
apapun...hayatilah segenap ilmu Allah yang terbentang luas, samada melalui catatan di dalam Al-Quran, kejadian alam semesta serta peristiwa seharian...pasti ada ilmu yang terangkum di dalamnya...
wasalam
1 comment:
saya akan ke sana nanti bang.
Tapi saya search maklumat lain tentang batu penanda ni tak jumpa. Untuk semenanjung, batu penandanya berakhir di mana?
Post a Comment