membawa pemikiran kita semua jauh dari kekalutan yang dihadapi di dalam negara adalah satu cara utk kita 'kembali' membersihkan diri dari semak-samun serta kekotoran nafsu-nafsi diri atau persekitaran...
dengan pembersihan yang dilakukan...melalui pelbagai cara (solat taubat, insaf, muhasabah, istigfar, berselawat dsbnya...) kita akan menjadi 'bekas' baru yang mampu menampung kemasukan ilmu-ilmu yang bermenafaat.
diri yang 'tepu' dan 'beku' akan menjadi halangan kepada 'perubahan' demi perubahan yang sepatutnya berlaku ke atas diri...
diri yang 'tepu dan beku' hanya akan menambah sesak lagi serta memberi jalanyang serba buntu untuk diri bergerak kehadapan...
diri yang 'tepu serta beku' hanya merupakan perangkap nafsu-nafsi yang mahu melihat manusia itu gagal mencapai tahap insan kamil lagi mukammil....
lets take ourself to a new journey... heading toward the Creator the Almighty God... dan terus moving forward...
tinggalkanlah 'kerak-kerak' duniawi yang memang tak akan habis-habis ceritanya..maka akhirnya akan membuang masa dan ketika lalu kita meninggalkan dunia dengan tangan kosong tanpa sebarang makna...lebih dahsyat, mati dalam 'kawah redho'... kawah yang penuh dengan redho yang 'terpaksa diucap' akibat dari himpitan dan 'terpaksa' mengaku Tuhan itu segala-galanya....
adakah kita perlu dipaksa utk jadi cemerlang?
adakah kita perlu dipaksa utk berubah?
adakah paksaan itu akan memberikan 'kemanisan' atau 'dzuk' dalam kehidupan serta ibadah yang kita lakukan?
semua umat islam mengimpikan Islam akan 'naik' semula... menjadi gemilang dan terbilang seperti zaman kegemilangannya dahulu...
itu semua impian...
impian itu boleh terlaksana dengan pemahaman yang mendalam tentang Islam...
pemahaman tentang lorongan 4 talian iaitu syariat, tariqat, hakikat serta makrifat....
(syariat adalah perihal luaran atau kulit seperti hukum-hakam, do's & don't.... tariqat ialah perjalanan seseorang muslim itu dalam menuju ke hazrat Illahi, hakikat ialah keyakinan atau kebenaran spiritualiti atau keyakinan di atas kebenaran yang kita lafazkan...dan makrifat ialah perletakan Haq atau muktamat dalam meng'Esa'kan Allah dan perletakan kita sebagai para hamba-hambaNya yang istimewa....)
sebagai seorang insan...perjalanan hidup ini haruslah berasaskan kepada keserantakkan berjalan di atas empat-empat lorongan itu....
dan keserentakkan perjalanan di atas keempat-empat lorongan itu digelar perjalanan tasauf.... maka mereka-mereka di atas jalan itu digelar ahli sufi...
ahli-ahli sufi yang senantiasa merendahkan pandangan...
ahli-ahli sufi yang sentiasa meredupkan nafsu...
ahli-ahli sufi yang sentiasa duduk di dalam gengaman Al-Khaliq....dan binasa di dalam kekuasaanNya...
Alhamdulillah...jika kita amati betul-betul keadaan agama Islam kini, ianya berada dalam tekanan demi tekanan..tekanan ke atas agamanya dan tekanan ke atas umatnya atau penganutnya...
namun atas dasar agama islam ini bukanlah ciptaan manusia maka, penganutnya hanya perlu mengimani apa yang sepatutnya di imani (6 rukun iman) serta mengislami apa yang sepatutnya di islamikan (rukun islam) berpandu kepada Ayat-Ayat @ Firman-firman Allah di dalam kitab Agung Al-Quran serta diberi pula contoh yang mulia serta pemberi Rahmat kepada sekelian Alam yakni Rasulullah s.a.w...
tiada manusia atau muslim yang mampu untuk 'menjaga' agama Islam ini dengan segenap kudrat serta iradatnya....
hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk menjaga agama Islam ini tanpa memerlukan sebarang bantuan maharaja, perdana menteri, menteri atau rakyat biasa...
mereka-mereka yang mengaku beragama Islam adalah sama sahaja di kalangan mereka... mereka tetap hamba-hamba yang diberi beberapa amanah; amanah sebagai pemimpin (khalifah: ketua keluarga, ketua masyarakat dsbnya), amanah untuk melunaskan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang...., amanah untuk memakmurkan muka bumi ini dengan ilmu-ilmu yang dipinjamkan...., amanah untuk berlaku seadil yang mungkin kepada setiap makhluk tanpa mengira paras rupa, wang ringgit atau harta pangkat...
namun manusia terus-terusan lupa... dan lagak mereka seolah-olah merekalah Tuhan dan sangat berkuasa....
ingat, perjalanan ini menuntut 3 perkara yang perlu seiring... iaitu niat, lafaz dan perbuatan... jika tiada seiringan berlaku.... maka tunggulah hari pembalasan kelak... di mana tiada sebesar zarrahpun perlakukan kita akan terlepas.... semuanya akan dihitungkan.... (cth. muka boleh buat muka seposen dan tunjuk baik depan orang, namun jika niat dan perbuatannya tidak seposen macam muka....)
dan percayalah, keserongan diri di dalam perjalanan ini...akan diserongkan mengikut hajat kita... berapa sahaja darjah yang kita mahu ianya serong....
mungkin kita terlupa tentang apa yang Imam Agung serta Suri Teladan kita sabdakan pada khutbah terakhir buat kita semua.....
sukacita saya kongsikan buat semua di hari Isnin yang mulia ini....
No comments:
Post a Comment