rata-rata semua rakyat 'terkezut ungka' semalam... dan kezutan itu masih lagi memberi getaran sampai ke hari ini...
ya, kita semua amat arif bahawa harga minya di pasaran global yang dikuasai oleh Amerika berada pada paras yang tinggi dan tidak menentu...
kita semua amat arif bahawa Amerika ini memang memanipulasi harga minyak di pasaran kerana ekonomi mereka berada pada tahap yang 'tidak cantik' dan hampir menjurus kepada inflasi yang teruk...
dan kita juga amat arif betapa negara-negara pengeluar minyak (negara teluk) telah dibonekakan oleh si Amerika dan tidak punya apa-apa kuasa utk menetapkan harga minyak yang digali dan di'rompak' secara terangan oleh si Amerika.
apa kita boleh lakukan?... hanya menerima sahaja apa yang di'kerah' dan di'arah' oleh si Amerika ini.
malang lagi, negara-negara teluk ini ialah negara Islam yang menjadi anggota OIC, namun hampeh dalam membantu negara-negara Islam miskin yang lain.
ya..meraka hanya sibuk dengan 3 "TA" yang disajikan oleh si Amerika...
dan akhirnya kita dihadiahkan oleh kerajaan dengan harga minyak yang paling tinggi kenaikan dalam sejarah negara iaitu 78sen seliter.
dan kita semua menanti apa lagi hadiah-hadiah seterusnya selain dari kenaikan harga minyak ini...
dan perlu diingat, minyak adalah bahan utama yang menjadi pemacu ekonomi makro atau mikro setiap dari kita...
malam semalam saya memanggil ahli keluarga saya utk 'bermesyuarat'... antara intipati atau minit mesyuaratnya ialah...
kata saya: kita tiada pilihan selain dari bekerja lebih keras - hard, harder & hardest!... lagi di masa hadapan.... utk anak-anak, saya pinta mereka utk belajar dengan lebih gigih lagi agar 'kecekapan' yang dimiliki nanti adalah pada tahap paling 'excellent'...
dan dengan kecekapan yang excellent sahaja dapat membantu kita semua 'survive' dalam arus 'segala yang mungkin' ini....
kerana dalam situasi sebegini...tiada siapa yang boleh kita harapkan utk membantu, tidak kerajaan, tidak rakan taulan, tidak sesiapa selain dari diri kita sendiri...!
dan selepas 'meeting' itu saya berasa amat puas... entah dari mana datang rasa puas itu hanya Tuhan yang mengetahui....
foto sekitar menanti utk memenuhkan tangki 'mobil' saya pak....(mulanya taknak isi, tapi bila dengar naik 78sen..terus masuk ke petrol station)
No comments:
Post a Comment