Tuesday, June 03, 2008

Harga Minyak akan naik...; Maka keperitan rakyat marhain akan bermula...


salam semua....

dalam timbul tengelam berita dari radio sinar yang saya dengar semalam semasa perjalanan pulang ke rumah....

bunyinya 'harga minyak mungkin naik Ogos ini...'

'hah'...at last kata saya...

dan tiada apa yang boleh dikatakan lagi, hanya menanti masa detik serta ketikanya...walau telingan ini pernah mendengar janji kerajaan bahawa apa yang berlaku sekalipun..'harga minyak tetap tidak akan naik...'

dan saya 'terlupa' bahawa janji itu dibuat sebelum pilihanraya dahulu...

kini, sudah hampir 100 hari hari keramat itu berlalu.... 'terompet' pertama dibunyikan....

'trompet' yang ditiup oleh menteri hal ehwal pengguna ini hanya 'test' market dulu...tengok reaksi rakyat... dan kasi buai-buai sikit dengan cerita negara jiran yang sudah menaikkan harga minyak (indonesia 30% kenaikan..)

dan nanti ada 'trompet-trompet' kecil yang di'interview' yang mengatakan harga minyak negara kita masih murah berbanding dengan harga minyak di United Kingdom (tanpa mengambil kira kos kehidupan di sana dsbnya..)

dan sejak harga minyak naik, terbaru harga beras melambung tanpa kawalan... beras cap rambutan yang dulunya RM19 utk 10 kilo kini dah jadi RM31...

bersiap sedialah utk menghadapi keadaan ini...
suka tak suka....

mahu tak mahu...

harga minyak akan mempengaruhi semua harga barangan dan perkhidmatan...

dan apabila semua harga melambung naik... maka inflasi akan menjenguk kepintu rumah kita...

semua kena ikat perut...

yang bergaji rm10 ribu, mulalah semput sikit...
yang bergaji rm5 ribu, mulalah senak sekali sekala...
yang bergaji rm2 ribu, mulalah mengikat perut...
yang bergaji rm1 ribu, mulalah berpuasa...

yang bergaji ribu ribu ribu & ribu.... apa yang dirasanya?...
takda rasa apa-apapun.... cakap ajer prihatin.... rakyat tidur bawah 'kolong'...awak tidur dalam air-cond berselimut comforter dari Italy....bangun tidur 'mak mah' dah siapkan sarapan...makan dua suap, terus campak bagi kucing makan....pergi ofis singgah kat starbuck pekena kopi rm15... duduk 2 jam kat ofis, pergi 'sabit rumput 18 lubang'.....

kat tepi-tepi jalan sana... rakyat marhain sibuk mengkuis-kuis mencari tin-tin minuman utk dihantar ke pusat 're-cycle'....

dan masa terus berlalu... orang yang jadi pemimpin memang lain-lain rupa... tapi perangai main 'photostate' ajer... sebab sistem tak pernah cuba nak ubah atau memang taknak diubah sebab takut 'miss sorruuu'...

inilah hakikat.... inilah realiti....

apabila manusia itu hanyut dengan 3 'Ta'..... tahTA = kuasa, harTA = kekayaan, waniTA = nafsu
dan kita tunggu tiupan 'trompet' seterusnya....
wasalam

2 comments:

Mr Jagatraya said...

Aku kesal dengan kerajaan sekarang yang terus menerus menaikkan harga minyak secara mendadak.Kalau 3-5 sen bolehla lagi.Ini,70 puluh sen.Boleh beli 2 biji kuih tu..Tapi,formula 3 TA tu mcm menarik pulak..hehe

Sifu Mirza said...

salam jagatraya...

inilah realitinya...

kerajaan yg memerintah bertanggungjawab sepenuhnya di atas perjalanan kehidupan rakyat yg diperintahnya...tidak kira rakyat itu sokong dia atau tidak...

di negara-negara maju... any government that perform (dlm erti kata menjaga rakyat & negara dgn baik) will survive....

kalau tak..lagi 5 tahun...masa utk mengundi akan tiba...

formula 3 TA tu memang standard sejak dahulu lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails