Monday, June 23, 2008

Jantung Yang Bergegup; Qalbu Yang Berdetik

keluh kesah qalbu ini
melihat manusia bertopeng-topengan
lafaz di mulut bak manisan halwa
sedang hati di dalam penjara
semakin resah qalbu ini
mendengar si topengan mula berbicara
ayat tersusun bak syair berlagu
sedang hati berisi cuka
turun naik degupan jantung
tidak terhenti sedetik jua
di bawa diri kemana sahaja
tanpa menyoal - kemana kita
qalbu yang berdetik milik Ilahi
sejak azali sampai kembali
bicara & topeng terus menjadi-jadi
sehingga lupa masa kembali
adakah mereka lupa
atau tidak mencari
atau mencari tapi menafikan
atau sengaja lalai & leka
adakah mereka lara di buai dunia
atau tidak sanggup menerima derita
atau mencari hanya apa yang disuka
atau sengaja menidak cerita
adakah mereka tidak punya Tuhan
atau memang tidak punya Nabi
atau memilih nabi-nabi mereka sendiri
serta menyembah selain Ilahi
mencari adalah satu perkara
sudah bertemu apa pula ceritanya
mempercayai adalah satu perkara
adakah yakin kesudahannya
boleh bermain dengan api
hanya setakat membakar diri
jangan sekali bermain cahaya
kelak menyesal sepanjang masa
mirzamohd
230608

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails