salam...
sana sini kita dengar laungan 'Ubah Cara Hidup!'...
bagi saya... 'ubah cara hidup' ini akan berlaku secara otomatik... ia lebih kepada 'adjustment' atau 'balancing' act yang kita lakukan apabila permintaan mengatasi pengeluaran.
laungan ubah cara hidup ini tetiba muncul dari gua mulut orang-orang politik yang berbelanja macam maharaja... tetapi berlakon macam orang biasa... kita boleh tengok dari segi penampilan dan gaya pakai pada majlis-majlis tertentu... kalau jumpa orang miskin, depa pakai baju yg nampak macam murah... kalau hadiri majlis anjuran si kaya atau kapitalis..depa pakai macam gorden gecko atau donald trump...
ini biasa... istilahnya 'nak cari makan'....& nak cari sokongan...kununnya memahami atau marhain.. tapi pada hakikatnya seorangpun tak nak ikut contoh Rasulullah, para sahabat atau paling dekat Umar Abdul Aziz..
balik pada tajuk...
saranan saya; kita tak perlu ubah cara hidup untuk survive dalam dunia yang seba kalut dan negara yang serba caca marba sekarang...
jadi apa yag perlu kita lakukan?; kita perlu kemaskini keupayaan diri, tingkatkan kecekapan diri dan terus 'terjah' dunia yang mencabar ini dengan lebih yakin, fokus dan komited.
kalau dulu kita dah lama 'tidur'... tetapi terkejut dari tidur dengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang...maka kita jgn melatah... kita perlu bangkit dan mantapkan diri...
pepatah melayu ada banyak memberi motivasi;
antaranya 'seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' - merujuk kepada apabila kita melakukan sesuatu biarlah sampai habis... dan istilah ini juga telah disalah gunakan oleh segelintir kita dengan cara negetif antaranya "alang-alang merompak, biar sampai kosong bank", "alang-alang cari projek, biar sampai makan tak habis"..dsbnya.
yg nak ambil secara negetif, biarkan.... nanti depa kena jawab; tak kat dunia kena bahana, kat akhirat gerenti tak lepas...
yg nak ambil secara positif, bagus teruskan sampai jadi 'expert' atau 'understanding your subject matter'...
dalam keadaan sekarang; yg rata-rata semuanya dah ikat perut, mana ada ruang lagi nak mengubah cara hidup?.... himpitan sudah sampai ke tembok.... mahu tak mahu, kita kena bingkas bangun dan laungkan; aku kena harung hidup ini dengan menjadi manusia yang cekap @ competent!.... i dont deserve to live like this...i have to fight for myself & family!
and remember; only those who's competent will earn success! they enjoy it, not because they deserve it but the EARN it!
all the best to all...
wasalam
No comments:
Post a Comment