salam semua...
alhamdulillah....
esok 29 May 2008, saya akan melintasi satu titik dalam garis masa perkahwinan saya.
titik itu menjadi saksi yang saya dan isteri telah melepasi tahap 7 tahun kedua atau 5110 hari atau 122,640 jam atau 7,358,400 minit....
14 tahun bersama-sama dan dikurniakan dengan 4 + 1 (insya Allah, nov ini) anak-anak adalah detik-detik paling indah dalam hidup ini...
suka duka pahit maung dalam melayari bahtera perkahwinan adalah lumrah...
saya hanya berpegangkan kepada prinsip melunaskan 'amanah' yang Allah berikan dalam setiap tugasan dengan usaha yang 'terhabis' terbaik di alam perkahwinan ini...basicaly its a 'do or die mission'....
mengajar dan dalam masa yang sama belajar bersama-sama ahli keluarga adalah satu kewajiban.. di mana setiap detik & peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan itu wajiblah difahami dengan mengambil ilmu darinya untuk meningkatkan lagi keimanan dan merendahkan lagi dahi yang sujud kepadaNya...
kepada Allah, hambaMu ini memanjatkan kesyukuran atas segala limpah serta kurnia yang diberikan, secara sedar ataupun tidak... ampun dan taubat dipinta di atas segala kelalaian hambaMu ini dalam tugasan yang diberi...Tiada Engkau tiadalah daku...
buat isteri dan anak-anak yang tersayang.... terima kasih atas sokongan dan dorongan....juga terima kasih kerana memahami perjuangan ini...
and to me... selagi hayat dikandung badan...tiada apa yang boleh menghalang melainkan tiba waktu untuk kembali ke hazrat Mu...Ya Robbul Jalel...
SubhanAllah...Alhamdulillah...AllahhuAkhbar....
No comments:
Post a Comment