Tuesday, May 13, 2008

Suami Curang : Lelaki-lelaki yang durjana....


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا {1}
[Yusufali 4:1] O mankind! reverence your Guardian-Lord, who created you from a single person, created, of like nature, His mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women;- reverence Allah, through whom ye demand your mutual (rights), and (reverence) the wombs (That bore you): for Allah ever
----------------------------------------------------
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
----------------------------------------------------
salam semua...
'lately' ni saya banyak bertemu kes-kes 'penganiyaan' ke atas para isteri yang dilakukan oleh para suami-suami...
penganiayaan itu meliputi kes-kes yang melibatkan 4 elemen diri iaitu; mental, emosional, spiritual & fizikal.
jika kita amati Firman Allah dalam surah An-Nisa', dari permulaan surah lagi Allah telah memberi peringatan kepada para lelaki-lelaki tentang hakikat perkahwinan dan hakikat sebagai seorang hamba yang telah diberi amanah untuk 'menjaga' para isteri-isteri masing-masing dengan baik...
saya suka mengelar para-para suami-suami yang 'genuak' @ pendera isteri ini sebagai lelaki-lelaki durjana...
mengapa gelaran sedemikian?... kerana mereka-mereka ini telah mengingkari perintah-perintah Allah dalam melunaskan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.
ada suami yang kelibatnya sangat alim...namun apabila berhadapan dengan isteri, alim-alim tadi boleh bertukar menjadi 'seekor singa'...
ada suami yang nampak sangat 'bagus'...namun kebagusan itu disalah gunakan dengan bermain kayu tiga dibelakang isteri...
ada suami yang nampak macam penyayang...namun apabila di depan anak isteri...sepak terajang menjadi sebahagian dari budaya kehidupan...
apahal mereka ni jadi camtu?....
adakah tiada keimanan di dada? atau hanya berpura-pura? atau hanya berlakon sahaja?...
sifir saya sangat mudah...
setelah memikirkan masak-masak dan setelah mempertimbangkan segala aspek, maka setelah keputusan dibuat untuk memperisterikan gadis tercinta, maka sang suami itu perlulah jujur luaran dan dalaman...
sang suami itu perlu ikhlas dalam menunaikan tugas serta tanggungjawab terhadap setiap amanah-amanahnya...
untuk kekal berkasih sayang, seorang suami itu perlu terus-terusan mendalami serta mempraktikkan segala ilmu-ilmu rumahtangga dan kehidupan...
para suami adalah 'pendidik' yang ulung dalam keluarga yang dibinanya..
para suami ialah guru, ustaz dan point of reference untuk para isteri dan anak-anak...
para suami yang 'degil' dan bodoh sombong dalam menambah ilmu di dada bolehlah diumpamakan sebagai manusia-manusia yang 'munafik' kerana hanya memakai topeng dalam kehidupan...tanpa ada rasa ikhlas dan bersungguh dalam memperbaiki kelemahan diri dan menambahbaikkan kekuatan yang ada...
memang tidak dapat dinafikan, apabila suami 'gagal' dalam meneruskan kasih sayang maka 'syaitan' akan mula memainkan peranannya...
tiupan-tiupan ke telinga oleh syaitan durjana agar suami menjadi curang adalah 'wajib' kerana itu janji mereka tatkala mereka dilaknat oleh Allah....ya janji mereka untuk menyesatkan anak-anak adam...
apabila tiada keikhlasan di dada...maka jangan cerita pasal keimanan... kerana keimanan seseorang itu akan diuji apabila ada keikhlasan dalam diri..
jika tiada keimanan... permainan yang menanti adalah permainan nafsu-nafsi...
dan lebih dahsyat lagi...apabila seorang suami itu mengalami sindrom ketagihan.
bukan sahaja seseorang itu boleh ketagih dadah, syabu atau ubat batuk.... seseorang itu boleh ketagih untuk bercinta dengan wanita lain...
dan ketagihan ini tidak mengambil kira status wanita tersebut...anak dara atau isteri orang, semuanya boleh jadi... mereka-mereka yang ketagih ini akan tidak berhenti dari memburu cinta-cinta terlarang demi untuk memuaskan nafsu masing-masing...
maka mangsa yang menderita ialah para isteri-isteri yang bersungguh-sungguh tunduk taat kepada sang suaminya....dan lebih malang lagi apabila sang isteri 'tercium' lagak 'ngeri' suaminya dan menuntut penjelasan...tangan dan kaki akan hinggap di badan....
namun ada juga suami yang 'buat derk' dengan permintaan isteri untuk penjelasan... maka 'makan hati ulam jantung'lah para isteri-isteri itu...
apa yang boleh kita lakukan dengan suami-suami curang @ lelaki durjana ini?...
kita boleh mengubatinya....
ya.. mengubati mereka dengan 'kekuatan diri'...
kekuatan diri yang saya maksudkan ialah kekuatan mental, emosional, spiritual dan fizikal..
dan untuk mendapatkan kekuatan ini, formula utamanya ialah ketenangan diri sang isteri itu...
hanya ketenangan diri sahaja yang dapat menjana kekuatan getaran 'magnet' untuk 'memulih'kan semula suami...
bagaimana mendapatkan kekuatan diri?...
dengan cara;
1. ketenangan minda
2. kestabilan emosi
3. kekuatan semangat @ spiritual
4. kesihatan fizikal
bagaimana untuk mendapatkan kesemua yang di atas?...
caranya ialah dengan melakukan 'thorough self check' ke atas 4 elemen di atas..
dan seterusnya melakukan 'alignment, attunement dan affirmation' semula ke atas diri...
insya Allah.. kebahagian, kecerian dan kasih sayang itu akan kembali menjengok kemuka pintu rumah semula...dan sang suami mula 'tertambat' dan menjadi insan sejati...
wasalam

5 comments:

Anonymous said...

Kekuatan diri untuk wanita:

1. ketenangan minda
2. kestabilan emosi
3. kekuatan semangat @ spiritual
4. kesihatan fizikal

Selain dari di atas, saya ingin mengetahui bagaimana saya harus melayani suami curang atau gila perempuan? Just ignore him? Let him do whatever he wants to do? Jangan tanya samada dia nak balik ke tak, kemana dia nak pergi, dengan siapa dia keluar?

Alhamdulillah saya mempunyai kekuatan diri seperti di atas, cuma saya nak tahu bagaimana saya harus berreaksi untuk suami seperti itu?

Sifu Mirza said...

salam anon,

syukur, puan ada kekuatan sejajar dengan Al-Baqarah 286.

tanya kena mesti kena tanya.. ianya adalah hak seorang isteri terhadap suami...walau kita tahu jawapannya adalah 'tipuan' belaka...

& terus bertanya..ada sesi duduk bersemuka adalah satu kewajipan..

sehingga kita tidak mampu lagi berlaku adil terhadap diri kita sendiri... maka sewajarnya kita undur diri...

Allah Maha Besar... bukan mendoakan yang tidak baik..tetapi love will attract love, hatred will attract hatred & what goes round will comes round...

sebagai hambaNya... kita pohon kekuatan senantiasa dan pohon kemudahan dariNya...

'berreaksi'?... just be your trueself... just say it out politely.. your concern & your obligations etc..

tak perlu tiru orang lain..paling penting, reaksi itu perlulah ikhlas dan niatnya 'lillah hi taala'..

jgn tiru reaksi org lain sebab ianya tak real and infact it will 'back fire'...

doa saya Allah & Rasul bersama puan..

Anonymous said...

suami saya ini nampak bagus di mata ramai penyanyang pada anak2 dan bertanggungjawab cuma saya boleh nampak sayang dia pada saya bukanlah sayang yg utuh mgkin sayang yg terpaksa diberi krn saya adalah ibu kpd anak2 dan penyedia segala makan minum dan keperluan yg lain. Dia pun tak begitu mesra dgn saya cuma baik gitu2 aje. Disebabkan sayang yg tidak kuat suami saya mempunyai hobi suka berpoya2, bermain2 perempuan termasuklah berchatting2 lucah, berkongsi gambar lucah, dating dan terus ke perkara maksiat yg lain bersama dgn prmpuan2 yg dia kenal memalui internet. Saya pernah menegur secara baik dan secara gaduh shg dia hampir menceraikan saya. Tetapi disebabkan anak2 saya bersabar skrg ini suami msh meneruskan aktivitinya dlm keadaan yg lbh berhati-hati shg susah saya nak menghidu aktvitinya cuma sesekali saya dpt tangkap no2 yg cuba disembunyikan dari saya tp saya dpt tangkap sape mrk. Skrg ini saya cuma mendiamkan diri dan bersabar apa yg membuatkan saya bertahan skrg ini ialah dgn membanyakkan beribadat dan mendekatkan diri dgn Allah. Saya tidak pernah lupa berdoa supaya suami saya diberikan petunjuk, taufik dan hidayah yg boleh memberi kesedaran dan keinsafan kepadanya supaya berubah dan lebih mendekatkan diri kepd tuhan. Skrg ini saya pasrah sama ada panjang atau tidak jodoh saya hanya Allah saja yg tahu mana yg baik dan buruk utk saya, masa hadapan saya, agama saya dan yg paling penting utk anak2 saya.

Sifu Mirza said...

salam puan anon,

suami puan bukanlah seorang yang berperangai sebegitu...ada ramai lagi lelaki diluar sana yang lebih licik lagi malah ada yang berserban & berjubah namun itu hanya topengan atas nafsu syaitan yg ada dalam diri.

saya faham masalah puan.

apa yg puan lakukan sekarang bagi saya ada cukup baik; terus berbaik sangka dan berwaspada serta mencari ruang utk memberi teguran serta nasihat sebagai seorang isteri.

teruskan amanah sebagai seorang isteri laksana asiah (isteri firaun) yg teguh iman walau suaminya telah jauh mensyirikkan allah.

tingkatkan amalan serta ibadah puan seperti berzikir, bersedekah dan sentiasa bertasbih pagi & petang tatkala menyediakan makan pakai utk suami & anak-anak.

seeloknya sikap pasrah itu diganti dengan redho dengan sepenuhnya kerana saya yakin puan akan mendapat ganjaran serta nikmat & rahmat yang melimpah ruah dari Allah di atas kesabaran & keredhoaan puan ini.

teruslah berusaha & berdoa.
tingkatkan keimanan dan mantapkan pemahaman tentang hakikat pengabdian; yakni hakikat hamba & Pencipta, agar puan diberikan ketenangan dalam meredah hari-hari mendatang.

perbanyakkan membaca Al-Quran & memahami maksud ayat kerana ianya adalah ubat hati yang paling mustajab.

saya doakan puan akan beroleh kebahagiaan sebelum dipanggil bertemu Illahi walau barang sebentar, kerana itulah matlamat kehidupan... memperoleh jiwa yang tenang lagi yakin.

insya Allah.

hati kering said...

Kekuatan diri untuk wanita:

1. ketenangan minda
2. kestabilan emosi
3. kekuatan semangat @ spiritual
4. kesihatan fizikal

Alhamdulillah saya mempunyai kekuatan diri seperti di atas,tapi kalau sampai suami tu buat hubungan kelamin dgn si pompn n dlm ststus isteri org jugak.apa perlu kita buat pd mereka dgn bukti2 kukuh yg ada cth spt tompokkan air mani rambut darah haid dll bukti?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails