Monday, May 19, 2008

Dr. Mahathir keluar UMNO : Memeranjatkan tapi sudah dijangka...

salam semua...

sedang berehat bersama keluarga... saya menerima satu sms dari rakan... "Mahathir keluar UMNO..."

seperti biasa, bila menerima cerita berkisar kepada politik negara dsbnya, saya tidak akan terus menjawab..sebaliknya saya akan 'belayar' ke beberapa hos akhbar on-line... dan akhbar on line pertama yang saya kunjungi ialah Malaysia Kini.. (beritanya di sini..)

ya, berita yang dilapurkan ialah mantan PM kita, Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keluar dari UMNO (buat sementara, sehingga PM Pak Lah berundur...)

bagi saya ianya tidaklah memeranjatkan kerana mengikut sejarah beliau (Dr. M), beliau pernah disingkir dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman satu ketika dahulu...

dan mengikut sejarah Perdana Menteri Malaysia yang lepas-lepas... ada di antaranya yang 'meninggal dunia' dalam keadaan keluar dari UMNO...

apapun, keputusan yang diambil oleh Dr. M ini memang memberikan tamparan dan menungan kepada banyak pihak...luar dan dalam negeri...
dan kita boleh saksikan dalam seminggu dua ni banyak teori, analisis, pandangan dan sebagainya akan timbul di pasaran...

dan tiba-tiba...warna kelabu langit Malaysia bertukar menjadi sedikit warna-warni...

apapun, Dr. M bukannya 'budak tadika'... beliau adalah seorang negarawan yang dihormati dan disanjungi oleh banyak pihak, luar dan dalam negara... maka keputusan yang diambil sudah tentu telah membabitkan berbagai-bagai pro & kontra serta analisis oleh beliau sendiri sebelum ianya diambil...

orang lain boleh kata macam-macam... hanya Dr. M dan Tuhan sahaja yang tahu apa maksud sebenar tindakan beliau...

wasalam

2 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn komen tuan guru nik aziz. Lebih dr m keluar umno skrg .. dan terus bertaubat .. sblm panggilan dari kubur dtg .. kerana PARTI UMNO SESAT LAGI MENYESATKAN ...

mhelmi
KAWAN D NZ DULU ...

Sifu Mirza said...

salam bro, helmi...

lama tak jumpa yer...
bila nak blanja nescafe tarik?...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails