Wednesday, May 14, 2008

Mencari 'Lazat' dalam Ibadah....

salam semua...

apa khabar hari ini?... sudah pasti sangat ceria dan hebat...

dalam lafaz iftitah kita... kita ada menyebut perkataan 'wanusuki' iaitu ibadahku...

dan di antara 4 perkara yang kita ikrarkan bahawa sesungguhnya kesyumulan niat, lafaz dan perlakuan kita hanyalah untuk Robbul Jaleel, Tuhan Sekalian Alam...wanusuki adalah 'perjalanan hidup atau the process'...apa yang kita lakukan di setiap detik masa & ketika.

pernahkah kita menemui kelazatan dalam beribadah?
atau ibadah kita hanya sekadar topengan hidup untuk menjadi paparan kepada manusia lain?
atau kita hanya menjadi budayawan dan apa yang kita lakukan itu hanya ikutan?

jika kita tidak pernah ketemui lazat itu, pernahkah kita mengimpikan untuk mendapatkan atau mencapai kelazatan itu?

lazat selalu ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana kita berasa sangat-sangat puas dan kepuasan itu mencakupi keseluruhan mental, emosional, spiritual dan fizikal kita...dan dari segi sains metafizik..kita telah mencapai tahap getaran diri yang sangat tinggi... dan ianya berlaku dalam hanya satu saat sahaja..namun kenikmatannya sangat memberi kesan yang mendalam dan kita memang pasti mahukan saat itu dikecapi semula atau berulang lagi...

mmmm... dan pastinya kelazatan beribadah ini memang boleh dikecapi oleh semua kita..dengan syarat kita memperbetulkan niat kita, menyeiringkan lafazan kita dan menyamakan perlakuan kita...

bagaimana untuk mendapat tahap keseiringan @ keseimbangan niat, lafaz & perbuatan itu?

caranya ialah dengan memeriksa kembali niat yang kita tasdiqkan atau sematkan di dada kita... adakah ianya 'pure' kerana Tuhan atau ada 'copy' untuk diri kita?....

apabila melakukan sesuatu hanya untuk Tuhan, maka perlulah dihindari agar tiada unsur 'kesyirikan'...
kesyirikan yang dimaksudkan ialah tiada selain dari Allah.. maka jika kita niatkan perbuatan itu hanya untuk Allah maka jangan sesekali 'menyelitkan' diri kita pula...seolah kita nak menumpang sekaki pula...
nampak kecil tapi ia tetap 'menduakan' Tuhan...

maka dari niat lagi, keikhlasan kita diuji... dan bersungguh-sungguh memperbetulkan niat adalah satu 'jihad'.... ya, jihad melawan hawa nafsu yang sering condong ke arah 'diri' dan nafsu-nafsi...

niat yang 'pure' akan membuatkan seluruh atom di dalam badan kita bergetar dengan kadar kelajuan yang tinggi dan ianya akan 'connected' dengan atom-atom di alam yang mempunyai getaran yang sama tinggi...

maka ianya adalah selangkah lagi ke arah mencapai kelazatan beribadah...

selamat mencuba...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails