Friday, May 23, 2008
Cuti Sekolah pun bermula...
salam semua...
wah..cuti sekolah dah pun bermula..
apa aktiviti yang telah disediakan untuk anak-anak kita?
apapun dalam keadaan semua barangan & perkhidmatan 'naik harga' sekarang...maka berhematlah sedikit dalam perancangan kita..
perancangan utk anak-anak semasa cuti ini amat kritikal kerana hari-hari yang berlalu selama 2 minggu ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya buat mereka..
jangan tunggu 'plan' dari mereka sebaiknya kita telah menyediakan 'master plan' untuk mereka..
susun dengan baik masa-masa yang terluang itu dengan perkara-perkara serta aktiviti yang dapat menjana kekuatan peribadi anak-anak kita... dalam erti kata lain..biarlah cuti ini menjadi pemangkin kepada perubahan anak-anak kita dari beberapa segi, antaranya ialah sahsiah diri, ilmu pengetahuan dan kesedaran dalaman...
jika kita kekurangan 'budget' maka rancang aktiviti yang boleh 'suit' budget kita..seperti membawa mereka ke perpustakaan dan jangan lupa 'register' nama mereka untuk menjadi ahli..
boleh juga bawa mereka ke tempat-tempat bersejarah yang berdekatan.. dan semasa lawatan itu, pastikan kita ada bersama-sama mereka untuk memberi penerangan dan dalam masa yang sama kita turut boleh belajar sekali...
jika kita ke tempat kerja dan tidak mendapat cuti, saya syorkan kita membuat jadual waktu utk mereka...bila 'time' belajar, bila 'time' bermain dsbnya...
jika kita 'target' utk meningkatkan penguasaan bahasa ingeris anak-anak, maka cari buku cerita bahasa ingeris utk mereka baca dan apabila kita balik dari kerja, kita bersoal jawab dengan mereka dan minta mereka ulang baca beberapa bahagian...ini untuk memastikan mereka 'mengikut' jadual dan kita serius tentang jadual tersebut...
wa imanya... rancanglah dan laksanakan mengikut apa yang kita rancang... insya Allah..akan mendapat hasilnya...walaupun nampak kecil tetapi ianya memberi impak yang besar buat mereka di masa hadapan...
wasalam...
selitkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment