Wednesday, May 21, 2008

Nak Kaya Cepat?....

salam semua...

saya amat pasti kita semua menginginkan kehidupan yang senang lenang.... dalam istilah wang ringgitnya ialah menjadi kaya...

mampukah setiap orang menjadi kaya?...
jawapannya mudah....mampu.... ya semua mamu untuk jadi kaya..

dan kekayaan itu adalah satu yang subjektif bergantung kepada kemahuan masing-masing..
ada orang cukup dengan ada rm50k di dalam akaun simpanan...sudah boleh mengatakan diri dia kaya...
ada orang yang cukup dengan 100k di dalam akaun dan hidup tanpa hutang piutang..itu sudah boleh ditakrifkan sebagai kaya...
ada orang yang tak pernah merasa cukup..walau dah ada sejuta ringgit dalam bank akaun...

so takrif kekayaan ini amatlah subjektif...

dan perjalanan untuk mengecapi kekayaan ini pun berbagai-bagai... bahkan apabila kita tanyakan soalan kepada mereka-mereka ini...semuanya seolah-olah dah jadi 'ahli falsafah'... pa tidaknya, semua jawapan akan berkisar tentang 'perit getir perjuangan mereka'... cerita kesusahan dsbnya...

yalah...masing-masing mahu berkongsi pengalaman masing-masing...

tetapi apa yang saya pasti..utk menjadi kaya, ianya memerlukan banyak pengorbanan yang meliputi pengorbanan mental, emosional, spiritual serta fizikal...
dan pengorbanan ini tidak termasuk mereka-mereka yang kaya 'otomatik' atau mewarisi kekayaan dari orang tua atau sesiapa...

anyway...

nasihat saya..jika kita terserempak di dalam perjalanan kehidupan kita seharian dengan 'janji kekayaan' yang berbaur "too good to be true"... maka berwaspadalah hendaknya...

contoh "too good to be true" ialah... dengan melabur sedikit wang ringgit dan dengan melakukan sedikit sahaja kerja, kita boleh menuai hasil yang berkali ganda...

haaa... itu kena jaga-jaga...

baru-baru ini saya menerima satu e-mail dari seorang rakan..e-mailnya ialah tentang Bill Gates yang kununnya mahu berkongsi kekayaan beliau... e-mail tersebut hanya memerlukan kita 'memanjang-manjang' kan e-mail yang diterima kepada rakan-rakan kita... dan dalm tempoh terdekat, kita akan memperoleh sejumlah imbuhan....

sangat mudah bukan?... ya.. cerita sebegini adalah termasuk ke dalam cerita "too good to be true"...

satu ketika dahulu, saya juga dipelawa oleh rakan malah jiran untuk melabur ke dalam satu bentuk pelaburan internet... bunyinya kalau tidak silap saya "swiss cash"... dan ada beberapa skim lagi yang kununnya lebih baik dari itu...

saya hanya beri soalan kepada si rakan & jiran saya itu... ke mana wang yang saya laburkan itu pergi?... siapa yang boleh saya 'pegang' jika berlaku sebarang 'kerugian'?... saya mahukan gambaran yang jelas tentang siapa 'up-line' saya dan ke mana wang saya pergi?...

saya tidak mendapat jawapan yang jelas... dan alasan yang diberikan sangatlah boleh diragui... beliau hanya bermain dengan 'zikir'...bonus banyak, cepat kaya etc.... yang saya tidak terasa terkesima pun...

anyway....

utk jadi kaya bukanlah suatu yang mustahil..
utk jadi kaya, ianya memerlukan pengorbanan yang bersungguh-sungguh..
utk jadi kaya, ianya memerlukan kita memahami 'subject matter' dengan mendalam atau total..
utk jadi kaya, ianya juga ada pasangannya..iaitu mengeluarkan zakat serta perlu menginfaqkan sebahagian kekayaan itu ke jalan jihad...

utk jadi kaya bukanlah susah...
utk jaid kaya, kena kerja keras..
utk jadi kaya, memerlukan sedikit masa dan kesabaran...
utk jadi kaya, memerlukan sikap istiqomah dan daya tahan...

tanya pada diri kita.... siapa yang mencipta kekayaan itu?...
tidakkah lebih baik mendapatkan Pencipta kekayaan itu dahulu dan secara otomatisnya kemudian kita akan beroleh kekayaan yang diingini?....

wasalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails