Monday, July 28, 2008

Awas : Musim 'Low Energy'...

salam sejahtera buat semua...

apa khabar hari ini?
doa saya awak semua hebat hendaknya...

pada pengamatan saya 'lately' ni...di dapati 'ruang angkasa' negara kita kini penuh dengan 'low energy vibration' dalam erti kata yang lain... banyak situasi, keadaan dan kejadian yang relate kepada keadaan 'getaran tenaga yang rendah'....

ini termasuk penyakit-penyakit yang kita kira 'simple' seperti demam, migrain atau sakit kepala tetapi berlarutan berhari-hari sehingga boleh memberi kesan yang maksima kepada kesihatan diri kita...

apatahlagi, musim buah-buahan kini melanda negara... sana-sini, kita boleh saksikan peniaga-peniaga buah di kiri & kanan jalan... kalau saya yang tinggal di ulu yam, banyak peniaga-peniaga 'cendawan lepas hujan' yang mempunyai dusun-dusun durian, manggis, rambutan serta dragon fruit yang membuka 'stall' pasang siap (seringkas satu payungdan alat penimbang) berniaga di sana...

makan buah-buahan memang baik untuk kesihatan namun pemakanan yang keterlaluan akan mengakibatkan kesihatan badan tergugat seperti memakan buah durian melampaui batas boleh menyebabkan suhu badan naik dan jika tiada sebarang kawalan boleh menyebabkan demam yang berpanjangan...

baru tadi saya sempat berbicara dengan seorang pegawai dari Sirim yang melakukan siri lawatan ke utara tanah air kita.... beliau mengatakan,di hentian Tapah (lebuhraya utara selatan/plus) lalat terlalu banyak... keadaan serupa berlaku di industri-industri hiliran yang dikunjunginya, di mana kilang-kilang tersebut (terutamanya kilang makanan segera), terlalu banyak lalat...

mmmm... risau juga, dan beliau pening memikirkan bagaimana lagi langkah-langkah pembendungan lalat ini boleh dilakukan... dan kita sedia maklum bahawa antara serangga yang boleh menyebarkan penyakit ialah lalat...

saya juga terbaca tentang satu kampung yang dilanda penyakit 'demam sendi'... penyakit itu kata pegawai perubatan di klinik tempat itu, seolah simtonya sama seperti penyakit demam denggi dan campak yang menyebabkan pesakit demam dan lemah sendi-sendinya..
hampir 80% penduduk kampung itu dijangkiti penyakit demam tersebut...

apapun, saranan saya..berhati-hatilah dalam pemakanan kita seharian... perhatikan bekal yang dibawa oleh anak-anak ke sekolah, perhati juga gerai atau restoran yang kita selalu kunjungi utk sarapan atau makan tengahari di ofis... bukan apa, cegah dulu sebelum dijangkiti...

minum banyak air 'kosong' atau air suam atau mineral.... dan jangan lupa...'energize' air tersebut agar ianya dari air 'plain' menjadi air tenaga....

denan langkah-langkah tersebut, dapatlah kita sedikit sebanyak menghindari dari 'low energy' di sekeliling kita...insya Allah...

wasalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails