salam semua....
semua amat arif tentang suasana politik di negara kita dewasa ini...
menerusi beberapa corong media yang ada disekeliling, kita disuapkan oleh cerita demi cerita yang menyenakkan telinga, menyesakkan dada dan menyerabutkan minda...
saya sempat menjengok laman blog datuk kadir jasin (beliau dahulunya seorang tokoh media).
antara postingnya...
"NEGARA kita Malaysia tidak syak lagi adalah antara negara di dunia yang mempunyai suasana politik yang paling cergas, kompleks dan sensasi.
Bercakaplah dengan mana-mana diplomat, pelabur, penyelidik dan wartawan asing mereka pasti mengakui hakikat ini.
Ada yang mengatakan ini merugikan dan tidak kurang pula berkata ia adalah contoh demokrasi yang sihat.
Apa pun kebenarannya, hakikat bahawa Malaysia berdiri teguh sebagai salah sebuah negara bekas tanah jajahan yang paling berjaya adalah hasil daripada suasana ini. Tentunyalah dalam suasana politik yang cergas, kompleks dan sensasi ini wujud aspek-aspek yang kurang sihat dan kurang produktif.
Justeru itu ada yang mengatakan kita menghabiskan terlalu banyak masa berpolitik. Antara ciri yang kurang sihat itu, pada pendapat sesetengah pihak, adalah keterdedahan politik kita kepada teori konspirasi (conspiracy theory) atau teori persekongkolan.
Teori konspirasi ditakrifkan sebagai teori yang diajukan untuk menerangkan sesuatu kes atau perkara sebagai satu plot atau percubaan oleh kumpulan atau pakatan sulit. (A theory seeking to explain a disputed case or matter as a plot by a secret group or alliance rather than an individual or isolated act.)
Maka tidak hairanlah jika wujud begitu banyak teori konspirasi mengenai pelbagai kejadian dan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam arena politik Malaysia."
cerita di atas timbul akibat dari kes terbaru yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri - DSAI
kebodohan dalam berpolitik dan kecelaruan dalam memahami proses demokrasi juga tidak kurang menyelimuti prasarana politk tanahair....
saya menjenguk ke laman blog maverick dan sempat membaca akhbar The Star....
antara postingnya tentang seorang Ahli Parlimen dari seberang laut (laut cina selatan)...
"Datuk Bung Mokhtar, the Barisan MP for Kinabatangan said there is no need to give federal funds, not even a single sen, to opposition controlled states.
“After giving so much the rakyat should at least support Barisan,” Bung Mokhtar said.Mr Bung, don't threatened the citizens; I warned you. You are not our boss; you are elected by the rakyat to serve the peoples' interest, not Barisan Nasional's interest.
Don't ever claimed that the Barisan government give money to the people; That money are tax payers money, not Barisan Nasional monies, nor monies from their families neither from Mr Bung's pocket.
If at all, the public monies had been pocketed into individuals from the legislature, people with the power to abuse public funds. The constitution provides that every citizen had a right to vote and the freedom to vote for any candidate of their choice at the general election and it is not for the government to use the peoples' money as a means to cause the voting public to be unduly influenced to vote for Barisan.
Mr Bung, your statement is a betrayal of yourself and of the people who had voted you as an MP to represent them.The rights of the citizens are provided in the constitution; not granted by Barisan Nasional and neither is it a goodwill nor a favor.
Mr Bung, you should be ashame of yourself; you should also be held for contempt of parliament as you had been elected by the citizen to represents the interest of the citizen, not your political party.
You have accepted to be responsible to the people and had accepted the fiduciary duty to act in the interest of the people; how could you threatened the rakyat and encourage the Barisan government to abuse their power and authority as to the management of the federal funds?
The rakyat must reject all these morons!!!"
begitu tidak matang & amat kampungan sekali politik yang cuba ditonjolkan di sini.
ambil sahaja contoh satu institusi kekeluargaan, yang merangkumi ayah, ibu dan beberapa orang anak.
Sudah pasti kita (ibubapa) perlu terus memberi makan, pakai & tempat tinggal & perlindungan untuk setiap ahli institusi keluarga tidak kira samada anak kita setuju atau tidak dengan pandangan kita....
sehinggalah mereka mampu berdikari. dan selagi mereka di bawah jagaan kita dan menyumbang kepada insitusi keluarga kita, maka perlu kita terus menyediakan apa yang sepatutnya....
Bung Mokhtar sebenarnya memalukan negara dan bukannya kerajaan yang memerintah; memalukan dari segi kecetekan dan mengikut nafsu dalam menuturkan kata-kata...
Bagaimana negara lain mahu menghormati negara kita jika imej yang ditonjol oleh Ahli-Ahli Parlimen kita hanya setaraf dengan minda kanak-kanak sekolah rendah mereka?....
saya hanya membawa dua senario untuk kita fikir & renungkan.... dan di samping itumengambil iktibar di manakah kedudukan kita sekarang ini dari tahap 'kemajuan' diri, keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara?
adakah kita berbangga dengan cerita-cerita liwat?
adakah kita berbangga dengan cerita pembunuhan demi pembunuhan yang berprofil tinggi serta memalitkan beberapa nama tokoh-tokoh hatta isteri mereka?
adakah kita bebangga dengan mengherdik mantan-mantap pemimpin besar yang tidak kurang jasanya kepada semua rakyat kita?
adakah kita berbangga melindungi pemegang-pemegang amanah rakyat dalam pentadbiran negara yang melakukan salahlaku seks, rasuah dan pecah amanah?
adakah kita berbangga melihat 'grass root' dilaga-lagakan demi mempertahankan 'tembolok' yang tak pernah penuh penuh?
adakah kita berbangga melihat badan-badan kehakiman yang 'mandul' dan boleh di pertikaikan intergretinya?
adakah kita berbangga melihat pasukan-pasukan keselamatan dan beruniform kita 'lemah' bak lalang yang boleh ditiup kekiri dan kekanan...
cukuplah....
sedarlah....
harta, pangkat dan nafsu seks memang tidak dapat dipuaskan hatta semacam mana sekali pun strategi kita lakukan....
kembalilah kepada Tuhan....
jika kita memilih selain dari Tuhan untuk menjadi pedoman hidup...secara lansung atau tidak lansung...secara kita sedari atau tidak sedari... tunggulah hari akhir hidup kita nanti....
sekadar menasihati diri dan rakan yang mahu memahami...
wasalam
No comments:
Post a Comment