Leadership atau kepimpinan adalah satu elemen diri yang perlu ada dalam setiap individu.
Leadership atau kepimpinan yang ada pada diri terbahagi kepada beberapa jenis dan ianya bergantung kepada pembawaaan diri seseorang itu.
Pembawaan diri seseorang itu dipengaruhi oleh faktor persekitaran, antaranya corak kepimpinan yang dibawa oleh ketua keluarga, corak zaman pembelajaran yang ditempuhinya, corak rakan-rakan pergaulannya, corak serta jenis idolanya dan sebagainya...
Pembawaan ini akan bersatu dengan 'daya dalaman' atau karisma diri lalu membentuk corak kepimpinan yang tersendiri.
Ada corak kepimpinan yang keras serta penuh disiplin, ada corak kepimpinan yang umpama lalang, ada corak kepimpinan yang 'asal ke boleh', ada corak kepimpinan yang demokratik dan sebagainya....
Cuba kita lihat kepada institusi kekeluargaan kita, dari zaman kita anak-anak sehinggalah ke zaman kita berkeluarga...
Jenis kepimpinan apa yang kita terima (zaman anak-anak) dan jenis kepimpinan apa yang kita gunapakai (zaman kita bekeluarga)....
Jika kita seorang yang menggunapakai kepimpinan disiplin tetapi demokratik maka hasilnya akan menjurus kepada institusi yang penuh dengan sistem yang sentiasa besesuaian dengan masa dan ketika.
Jika kita seorang yang menggunapakai kepimpinan 'asal ke boleh' maka hasilnya akan menjurus kepada institusi kekeluargaan yang boleh dipengaruhi oleh anasir luaran samada baik atau sebaliknya.
Jika kita seorang yang menggunapakai kepimpinan 'lalang' maka hasilnya akan menjurus kepada institusi kekeluargaan yang kaki jilat & kaki bodek serta boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.
Mari kita buat sedikit analisis tentang corak kepimpinan ini. Apakah asasnya untuk mendapatkan corak atau cara kepimpinan yang ideal?
Asasnya ialah pendirian dan pegangan seseorang itu....paling mudahnya ialah pegangan Agamanya yang mantap dan pendirian dirinya yang tegap.
Agama mengajar setiap penganutnya untuk berbuat baik kepada semua manusia... agama juga tidak pernah mengajar penganutnya untuk berbuat jahat hatta merancang kejahatan kerana setiap agama membawa cerita betapa kejahatan itu datang dari dalam diri sendiri dan juga datang dari hasutan syaitan lalu diri membenarkan syaitan serta hawa nafsu berleluasa..
Islam mengajar betapa setiap manusia itu mempunyai darjat sebagai pemimpin dan manusia ini digelar sebagai Khalifah...
Tugasan sebagai Khalifah adalah satu kemestian yang perlu dilaksanakan dalam rangkakerja bernama 'ibadah'.
Dan perlaksanaan ibadah itu tadi mempunyai pertalian terus dengan Al-Khaliq iaitu pencipta sekalian alam...pertalian ini dizahirkan di dalam doa iftitah kita dengan menyebut bahawa 'segala-galanya' adalah kerana Allah Ta Ala...
Maka manusia yang bergelar pemimpin ini tidak dibiarkan bersendirian oleh Allah dalam mengolah carabagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, di mana diutusnya seorang contoh atau suri taulan yang turun memberi rahmat ke seluruh alam...
Suri Taulan serta contoh ini membawa sifat-sifat yang terpuji serta ketrampilan yang cemerlang, bermula dari sifat utama iaitu Al-Amin, diikuti dengan sifat-sifat Benar, Amanah, Menyampaikan serta Bijaksana...
Mengambil contoh ini, maka adalah menjadi satu keperluan bagi setiap kita yang bergelar Khalifah membawa, mengadaptasi serta menggunapakai sifat-sifat tersebut dalam setiap gerakkerja kita sebagai pemimpin.
Mengambil contoh sifat Benar/Siddiq - benar yang membawa maksud dan pengertian sacara luaran dan dalaman bagi diri kita yakni kita perlu niat dengan kebenaran, bercakap dengan kebenaran dan melaksanakan tindak tanduk juga dengan kebenaran....
Contoh di atas sahaja sudah cukup membuktikan betapa integriti seseorang pemimpin itu akan menyerlah atau 'tersungkur' ke bumi dengan mengunapakai sifat 'Benar' sebagai kayu pengukur asas dalam menilai kemampuan serta kebolehan malah kekuatan dorongan seseorang itu sebagai pemimpin hebat.
dan memang diakui, bahawa ramai yang bergelar pemimpin tiada lansung ciri-ciri asas tersebut.
tidak kira pemimpin itu merupakan pemimpin satu institusi kekeluargaan atau kemasyarakatan atau kenegaraan, asas yang diturunkan oleh Allah itu boleh digunapakai setiap masa dan setiap zaman.
hanya pemimpin yang lemah lagi lembik sahaja yang sering mencari alasan untuk mengelak dari 'amanah' dan menuding jari ke sekeliling tanpa mahu melakukan muhasabah diri.
pemimpin jenis ini adalah pemimpin yang lembik lagi keliru...dan sudah pasti corak kepimpinan ini akan menghancurkan apa sahaja institusi yang dipimpinnya....
ingat asas kepimpinan cemerlang?... benar, amanah, menyampaikan serta bijaksana (siddiq, amanah, tobligh dan fatonah) atau truthful, trustworthy, sharing & brilliant.
adakah ada asas tersebut di dalam diri kita atau pemimpin kita?
jika ada..Alahmdulillah... dan soalan seterusnya, adakah sifat-sifat tersebut 'seiring' dengan niat, lafaz serta perbuatan?....
tepuk dada, tanya selera...
tepuk tangan, tanda suka...
tepuk dahi, tanda kecewa...
tepuk tampar, tunggulah harinya...
wasalam
No comments:
Post a Comment