Wednesday, July 23, 2008

Otak @ Brain : Mengapa perlu dijaga dengan baik..

salam sejahtera buat semua...

topik bicara hari ini ialah tentang otak atau brain.

semua sudah sedia maklum bahawa antara organ yang paling penting di dalam tubuh manusia ialah otak.
keistimewaan otak kita terzahir dari kedudukannya yang terletak paling atas dari organ-organ yang lain dengan berat lebih kurang 3 paun.
untuk memelihara otak ini, ianya dilindungi oleh tulang yang paling keras iaitu tempurung kepala dan lebih menakjubkan lagi, otak kita dikelilingi oleh air untuk mengekalkan tahap suhu agar ianya berfungsi dengan baik.

antara tugasan otak kita ialah;

1. ia mengawal suhu badan, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan.
2. ia juga memproses segala maklumat yang diterima dari semua deria (mata, telinga, hidung dsbnya)
3. ia mengawal gerakan fizikal apabila kita berjalan, bercakap, berdiri atau duduk.
4. ia juga membuatkan kita berfikir, bermimpi, memproses jawapan dan beremosi.

Kesemua tugasan ini dilakukan dengan baik secara kita sedari ataupun tidak.

Otak kita, tulang belakang atau spinal cord dan rangkaian saraf sebenarnya membentuk satu jaringan bersepadu dalam memproses maklumat dan sistem kawalan tubuh badan.

Kajian saintifik tentang otak kita dikenali sebagai neuroscience atau neurobiologi dan sudah tentu bidang ini sangat luas untuk kita terokai.

saya akan cuba memudahkan perkongsian maklumat tentang otak ini agar semua dapat 'idea' tentang otak dan peranannya serta betapa pentingnya organ ini perlu dijaga dengan baik.

secara asasnya, fungsi otak telah dibahagikan kepada dua;

1. otak kiri
2, otak kanan

otak kiri adalah terlibat dengan komunikasi menggunakan perkataan (nombor, huruf), berbahasa serta logika.
manakala,
otak kanan pula terlibat dengan komunikasi menggunakan gambar, imiginasi, kreativiti, emosi, perasaan, khayalan dsbnya.

kedua-dua otak ini saling berhubungan di antara satu sama lain dan berkomunikasi sesamanya.

minda @ pemikiran manusialah yang membuatkan otak kita 'bersatu' walau mempunyai tugasan yang berlainan dan berupaya untuk saling bekerjasama memahami arahan, melaksanakan tugasan tanpa konflik antara satu sama lain.

Otak kanan mempunyai kaitan dengan 'cara lama' iaitu memproses maklumat dalam bentuk gambar.
maklumat tentang gambar yang diproses itu akan dihantar ke otak kiri untuk diterjemahkan kepada 'cara baru' dengan analisa, justifikasi logika dsbnya.

Bahasa digunakan sebaik melalui pertuturan, penulisan dan gambaran. Dan pertuturan dan bahasa bergabung dengan gambaran juga ingatan akan berada dikeseluruhan otak kita.
Memahami atau memproses maksud pada semua maklumat tersebut adalah merupakan satu proses tahap kedua yang melibatkan proses gambaran serta proses bahasa.

dan paling penting, sikap kita terlibat dalam keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh otak kita.

jadi, kita kini tahu bahawa otak kita terlibat dalam memproses dan memahami maklumat setiap 'gambaran' yang diterima, dan tahap seterusnya otak kita juga terlibat dalam pembentukkan bahasa, emosi/perasaan, belaian dsbnya.

tidak terkecuali, keupayaan dalam menetapkan matlamat, logika serta penilaian serta pembentukkan bahasa penulisan dan gambaran-gambaran imiginasi.

sangat hebat bukan?...

soalannya sekarang, adakah keupayaan otak kita berada pada tahap yang optimum atau kita sendiri tidak tahu apakah tahap keupayaan otak kita sekarang?

saya teringat tentang satu bidalan;

apabila kita melihat seseorang itu, belum tentu kita tahu tahap keupayaan dia....
dan tahap keupayaan seseorang itu akan terbukti, tatkala dia memulakan bicara....
dan tahap keupayaan seseorang itu terbukti jelas, apabila dia menjawab soalan yang diberikan...

bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails