salam buat semua....
apa khabar? moga terus hebat hendaknya...
lama tak berbicara minda dengan semua....
maaflah ya...tuntutan program & kursus yang bertali arus menghambat masa untuk saya ke udara.....
topik @ tajuk yang dibawa ini lebih kepada pengamatan dan pemerhatian kepada arus 'energy' yang meliputi negara kita yang tercinta ini...
rata-rata, cerita saban hari adalah mengenai beberapa perkara;
1. kes liwat
2. kes rasuah
3. kes boros
4. kes sapa lebih berkuasa
5. kes rompak
6. kes kemalangan jiwa
7. kes debat
dan banyak lagi....
saban hari warganegara malaysia disumbat dengan bahan-bahan yang memualkan... yang pada mulanya nampak 'spicy' dan menarik namun lama kelamaan menjadi muntahan yang entah bila akan berakhir....
kes liwat yang melibatkan mantan timbalan perdana menteri adalah satu cerita yang sangat sensasi tetapi agak basi...
liwat meliwat ini adalah perkara biasa sahaja dan ianya wujud sejak zaman Nabi Allah Luth a.s lagi...
ianya menjadi luar biasa apabila melibatkan tuduhan ke atas pemimpin kita.
saban malam-saban detik ada manusia yang saling liwat meliwati antara satu sama lain...
dan jika anda 'terperangkap' dalam percubaan untuk diliwati...maka saranan saya cari jalan dan lari dari peliwat itu... jangan jadi bodoh dan memberikan punggung anda untuk diliwati...
dan saya rasa kalau anda tak beri, maka proses liwat tidak akan berlaku..kecuali anda juga 'syok' untuk diliwati....
kes rasuah yang melibatkan tuduhan keatas pegawai atasan yang telah diberi tugas dan diberi makan pakai oleh pembayar cukai amatlah memalukan...
ditangkap dengan wang tunai puluhan ribu di tangan adalah merupakan satu perkara 'jijik' yang dilaknat oleh Allah.
namun memang ada ramai manusia yang sanggup mengenepikan Tuhan mereka seolah Tuhan tidak nampak..dan lebih menyedihkan, sanggup memberi alasan, " kalau aku tak sapu, orang lain sapu"....
bolehkah kita menasihati mereka-mereka yang hitam hati ini?... jawapannya memang boleh , cuma nak terima atau taknak, itu terpulag kepada si pemakan najis ini.
kes boros membeli kenderaan yang canggih atas alasan penjimatan dalam jangkamasa panjang amatlah tidak boleh diterima atas alasan masih ramai lagi rakyat negeri yang miskin dan kedana yang memerlukan bantuan utk meneruskan kehidupan..lebih-lebih lagi kos kehidupan semakin sukar dijangka...
kes sapa lebih berkuasa juga sedang berlaku disekeliling kita... siapa yang memerintah, siapa yang diperintah dsbnya...
ini akan melibatkan ramai rakyat menderita dan tersepit ditengah-tengah antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
kau sokong aku, kau dapat bantuan... kau sokong depa, mampuslah kau..
sedangkan orang yang melafazkan ugutan 'lembut' ini adalah manusia-manusia yang diberi mandat utk memerintah dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita...
bodoh ke mereka ini, atau tak pergi sekolah ke..tak tahulah kita...
tapi perbuatan itu menampakkan betapa hamba-hamba Allah ini lupa akan ikrar iftitah yang disebut saban kali melakukan solat....
kes rompakan juga sangat menjadi-jadi, dan ianya secara 'indirect' merujuk kepada keadaan ekonomi negara kita yang turun naik tanpa dapat dikawal...
tidak terperanjat jika rompak ini menjadi budaya kerja 'part time' rakyat negara kita satu hari nanti...
kes kemalangan jiwa yang paling dahsyat dalam sejarahnegara ialah kes 'letupan' seorang wanita berbangsa mongolia...
bahan C4 yang digunakan utk meletupkan wanita ini adalah merupakan bahan yang 'clasiffied' atau 'exclusive' yang sangat memerlukan kelulusan peringkat tertinggi utk digunakan...
namun perkara berlaku... adakah sistem yang ada ada kepincangan atau berlaku salah guna kuasa...kerana kuasa?...
kes ini juga telah meletakkan badan keselamatan kita ke paras yang sukar utk dipercayai oleh rakyat...
kes debat harga minyak beberapa hari lalu mengundang pelbagai analisis.
jelas nyata, kehebatan mantan timbalan perdana menteri sebagai pemidato tidak boleh ditangkis oleh menteri penerangan negara kita.
saya ditanya oleh beberapa rakan tentang apa pandangan saya tentang debat tersebut...
jawapan saya, shabery adalah senior sekolah saya.... anwar adalah seorang pemimpin yang saya hormati...
so, basically saya katakan; ianya adalah debat antara MCOBA dan SDARA...
sapa menang?... sudah tentu anwar menang
sapa kalah?....... shabery memang kalah..tapi kalah beliau ialah kalah 'bertelur'...
alasan kalah 'bertelur'?... sebab saya tidak pasti ada pemimpin yang sanggup berdepan dengan anwar dan rancangan itu 'life'... hanya yang ada telur yang sanggup melakukannya...
dan sudah tentu ada 'agenda' disebalik debat itu... dan debat itu pastinya mendapat 'green light' dari peringkat tertinggi negara... untuk apa?.. hanya dia dan Tuhan yang mengetahui...
apapun, saya pernah menyatakan dalam posting terdahulu... negaraku; malaysia ini sedang dalam perjalanan kearah sistem 2 parti.. dan parti yang 'deliver' serta buat kerja untuk rakyat dan negara akan survive memerintah...bukan buat kerja utk famili atau kroni....
jumpa lagi...
wasalam
No comments:
Post a Comment