Thursday, October 16, 2008

Penenang Jiwa - Imam Al-Ghazali

salam semua...


pagi tadi saya le perpustakaan negara di jalan tun razak...

misinya nak pulang buku-buku yang dipinjam sebelum hari raya lagi (15 buah buku).

dan seperti selalu, saya akan pulang & buat pinjaman apabila ke sana...

namun, pagi ni..niat saya untuk pulang semua 15 buku-buku tu dan hanya nak pinjam dalam 3 buah sahaja...

bukan apa... tempoh 6 minggu untuk menghabiskan kesemua 15 buku tu memang mustahil..

lagipun saya meminjam untuk sekadar melakukan rujukan diri dan staf di pejabat (jika mereka berminat dengan tajuk-tajuk yang saya pinjam...)

tapi...rupanya pagi tadi saya 'gagal' untuk memujuk hati agar pinjam 3 buah buku sahaja... kesudahannya saya tetap meminjam 15 buah buku lagi.... dan pinjaman kali ini banyak berkisar kepada judul tentang diri, kisah para nabi, hadis sahih bukhari dsbnya...

namun paling bersyukur, saya dapat meminjam buku karangan Prof. Yusuf Qardhawi berjudul "Fiqh Keutamaan"...

buku ini mula mengamit saya semasa menanti giliran isteri saya dipanggil masuk bertemu doktor di Kampung Baru Medical Centre (kini Al-Islam Medical Center)...

saya tertarik kerana buku tersebut berkisar tentang 'priorites & secondaries'... dan sudah tentu ianya sarat dengan selitan fakta-fakta dari kitab suci serta hadis-hadis...

dan sudah tentu saya tidak sabar-sabar untuk membaca, mencungkil intipati, meniti pengertian serta mendapat kefahaman buku di atas... Penenang Jiwa oleh Imam Al-Ghazali...terdapat 111 bab di dalam buku tersebut.. jumlah mukasurat 438....

insya Allah... insya Allah

2 comments:

Anonymous said...

Salam ukhwah fillah. Saya juga sedang tercari-cari buku Penenang Jiwa karangan Imam Ghazali. Buku ini akan digunakan sbg kitab kuliah Muslimat di surau saya. Ada idea tak di mana boleh dapatkan buku ni?

Sifu Mirza said...

salam ukhwah fillah kembali..

anda boleh mencari buku tersebut di sekitar jalan masjid india, di pustaka indonesia atau pustaka mukmin di jalan tar berdekatan semua house..

saya doakan pencarian awak dipermudahkan..

insyaallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails