salam...
dalam meniti perjalanan kehidupan ini, kita seringkali bertemu dengan banyak rintangan-rintangan yang perlu kita hadapi...
ada rintangan yang begitu mudah untuk kita lepasi...
ada rintangan yang begitu payah untuk kita lepasi...
namun atas rahmat Tuhan Robbil Alamin, kita akhirnya berjaya melepasi setiap rintangan-rintangan itu dengan jayanya...
yang menjadi saksi ke atas kejayaan kita mengharungi rintangan-rintangan tersebut ialah diri kita sendiri selain saksi utama yakni Allah s.w.t...
caramana kita melepasi rintangan-rintangan tersebut, terpulanglah kepada masing-masing...
ada yang berupaya melepasi setiap rintangan dengan kemudahan...
ada yang berupaya melepasi setiap rintanagn dengan penuh kepayahan...
apa yang pasti, parut calar serta luka akibat dari susahpayah menghadapi rintangan tersebut menjadi 'tanda' dan bukti buat kita...
namun yang paling penting ialah ilmu yang kita perolehi dari setiap rintangan yang kita hadapi dan ilmu yang kita amalkan atau gunakan dalam menghadapinya...
perjalanan hidup ini ialah satu perjalanan yang memungkinkan kita asyik serta lupa asal usul kejadian kita...
perjalanan hidup ini juga ialah satu perjalanan yang memungkinkan kita menjadi seorang insan yang terpuji...
caramana kita mengurus diri dalam perjalanan ini merupakan satu kepentingan yang paling utama kerana ianya menjadi alasan atas kejayaan kita mengharungi setiap rintangan yang ada...
kita pernah dengar tentang perkara 'sabar'...
kita pernah dengar tentang perkara 'ikhlas'...
sabar & ikhlas adalah merupakan 2 perkara yang berbeza...
sabar berada pada tahap emosi diri, manakala ikhlas berada pada tahap spiritual diri...
ingat tentang 4 elemen diri? mental, emosional, spiritual dan fizikal?
ya... sabar & ikhlas berada pada tahap yang 'invisible'... tak nampak namun sesekali ianya terzahir melalui tindak-tanduk fizikal atau perlakuan kita...
tidak ramai di antara kita yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi... dan tahap kesabaran yang tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh seseorang yang benar-benar ikhlas...
sijil, diploma, ijazah, master serta phd tidak memungkinkan diri kita mempunyai sifat sabar... kerana sabar ialah hasil dari 'kuliah rohani'...
ramai di antara kita yang solat 'patuk ayam'... hanya sekadar bersolat dan tidak mengerti maksud solat malah tidak memahami erti sebenar solat...
tahapan pertama kita bersolat ialah; solat merupakan satu perkara wajib dan mesti dilakukan oleh setiap orang islam kerana ianya adalah rukun agama apatahlagi ianya terletak ditangga kedua penting dari lima perkara yang kita ketahui...
tahapan kedua kita bersolat ialah; melakukan solat dengan penuh ikhlas dan disertai dengan sifat 'ihsan' iaitu 'perfection' atau excellence atau melakukan 'dengan terbaik'... bukan melakukan sebagai syarat solat sahaja...
tahapan kedua ini ialah hakikat penyembahan... kita sebagai hamba dan Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta setiap makhluk dan tidak Allah jadikan kita semua melainkan untuk beribadah kepadaNya...
tahapan ketiga kita bersolat ialah; hilang di dalam kenikmatanNya... inilah yang dikatakan khusyuk di dalam solat... kenikmatan yang disertai dengan perasaan kecil, perasaan hamba, perasaan kekasih, perasaan pengdambaan hanya kepada yang Satu, perasaan pengharapan kepada yang menciptakan...
begitulah sebahagian dari kisah atau episod dalam perjalana hidup...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini tanpa mendapat sebarang ilmu untuk kita amalkan...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini tanpa mendapat kefahaman tentang diri dan pencipta...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini dengan hanya sekadar berlakun sahaja...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini dengan hanya sekadar berkulit tanpa berisi... cantik diluar namun buruk dan hanyir di dalam...
kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba-hamba yang diciptakan oleh Allah untuk beribadah...
perjalanan hidup ini adalah ibadah...
dan dalam ibadah perlulah ada sabar & ikhlas...
moga mendapat kefahaman...
wasalam
No comments:
Post a Comment