Thursday, April 23, 2009

EGO Lelaki....


salam semua...

lelaki terkenal dengan perkataan 'EGO'...
wanita terkenal dengan perkataan 'EMOSI'...

lelaki yang terlalu EGO dengan lelaki lain akan membuatkan diri mereka dipulau lalu diketepi...
lelaki yang bergelar kekasih yang 'lampai' EGO akan membuatkan pasangan menjadi rimas, panas lantas muak..
lelaki bergelar suami yang 'terlampau' EGO akan membuatkan isteri merana serta menderita...
lelaki yang bergelar bapa yang 'asyik' EGO akan membuatkan anak-anak tidak hormat tetapi takut kerana benci..
lelaki bergelar BOSS yang tinggi EGO akan membuatkan staff meluat serta menyampah lantas membenci...
lelaki yang EGO pada diri sendiri akan memusnahkan diri akhirnya...

lelaki yang EGO kepada Tuhan akan ditinggikan EGO mereka sebagaimana kehendak yang mereka hajati...

kerana EGO lelakilah;

alam percintaan menjadi hambar..
alam pertunangan menjadi bosan..
alam perkahwinan menjadi kusam..
alam keluarga menjadi tertekan..
alam pekerjaan menjadi kacau..
alam masyarakat menjadi haru biru..
alam kubur menjadi celaru..

ada ramai lelaki diluar sana;

rakan sekolah
rakan sekerja
adik
abang
kekasih hati
tunangan diri
suami
bapa
bapa mertua
datuk
pakcik
sepupu
cikgu
pensyarah
......

cuba kita 'measure' tahap EGO mereka.

dengan menggunakan skala;

1 = EGO terpimpin, 2 = EGO bertempat, 3 = EGO memanjang, 4 = EGO Melampau

--------------------------------

1. EGO terpimpin ialah bilamana seorang lelaki itu tidak akan sama sekali menggunakan EGOnya walaupun dia tahu bahawa dia boleh menggunakannya.

2. EGO bertempat ialah bilamana seorang lelaki itu bijaksana menggunakan EGO yang ada dengan sebaiknya dan bukan untuk kepentingan diri.

3. EGO memanjang ialah bilamana seorang lelaki itu senantiasa menggunakan EGO yang ada dalam melindungi kekurangan atau kelemahan diri dari semua pihak.

4. EGO melampau ialah bilamana seorang lelaki itu senantiasa berada dalam keadaan pentingkan diri sendiri @ selfish atau bersalah serta tidak mahu mendengar pendapat lain secara total @ menolak sebarang pandangan mentah-mentah tanpa mahu menilai terlebih dahulu.

----------------------

selamat mengukur...

:-)

8 comments:

SRISUFI said...

Salam hebat sifu...

Sifu ada teknik2 nak kalahkan ego lelaki tak?

~kongsikan ye~

Sifu Mirza said...

salam sri...

insya allah saya akan kongsikan cara bagaimana nak menghadapi ego lelaki..

:-)

sabar ya..

Unknown said...

Salam sifu...
Nice tips...

Tapi macam mane dengan ego wanita?
Sy penah dengar isu tu dan sy penah dilabelkan sebagai wanita ego. Tu pn sebab sy pnh ade arguement.
Salah ke sy nak pertahankan hak dan pendapat sy?

Iliana said...

sifu, ego lelaki yang terlampau tu memang menjengkelkan..tapi, masih ada ramai wanita yang sanggup dicucuk hidung menjadi minah turut pada keegoan tak bertempat tu~

arsaili said...

salam bro lama tak menjengah ke sini atas hambatan kerja. yea sebagai lelaki kita kena tahu managing our ego...ala2 pengurusan ego yang baik..ehehe....

- FEROZA - said...

Salaam Sifu..saya juga berminat nak tahu mcm mana nak handle lelaki dgn EGO Melampau..mmg betul kata Sifu pasal ego ni..dan mmg ia cukup membuat saya menderita...kalau boleh emailkan ke ferozash@gmail.com Terima kasih banyak2..

Unknown said...

salam.saya mohon utk share tips ni kt facebook

Sifu Mirza said...

salam shazrina..silakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails